Tuesday, November 6, 2012

Kerajaan tidak tumpu usaha mencegah zina

Kurangnya aspek pencegahan mengakibatkan bilangan anak luar nikah semakin bertambah setiap tahun, kata Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff.

Beliau berkata, kerajaan hanya memberi tumpuan kepada aspek penyelesaian dan mengabaikan aspek pencegahan seperti pembasmian premis-premis hiburan yang memberi ruang kepada golongan yang belum berkahwin melakukan penzinaan.

"Apa yang berlaku hari ini antaranya adalah manifestasi daripada wujudnya premis-premis yang menyebabkan peluang untuk mereka melaksanakan kerja-kerja yang tak baik ini berleluasa termasuk kelab malam, pusat hiburan dan sebagainya," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikiaan sebagai mengulas jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom secara bertulis kepada soalan beliau di Dewan Rakyat.

Beliau dalam soalannya meminta Perdana Menteri menyatakan status 250,204 anak luar nikah yang berdaftar di Malaysia sejak tahun lepas serta usaha yang dilakukan kerajaan bagi menangani isu zina yang semakin merebak dan mengurangkan kadar kelahiran anak haram di Malaysia.

Menteri berkata, kerajaan melalui pelbagai agensi telah melaksanakan pendidikan agama bermula pendidikan kanak-kanak pra-sekolah, program J-Qaf, Kelas Asas Fardhu Ain (KAFA), kelas-kelas Pendidikan Agam Islam di sekolah sama ada di sekolah rendah atau sekolah menangah, termasuk juga kelas-kelas Takmir di masjid-masjid seluruh Malaysia.

Siti Zailah yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat juga berkata, kerajaan wajar memebrikan galakan kepada badan bukan kerajaan (NGO) termasuk pihak swasta untuk sama-sama membantu menangani masalah sosial dalam negara.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...