Saturday, December 31, 2011

Tanam bayi, dua beradik direman..

PERBUATAN TERKUTUK TETAP TIDAK MENDAPAT REDHA ALLAH

Disebut didalam al-Quran betapa kejinya kelakuan Firaun apabila mereka membunuh anak-anak lelaki rakyatnya dikalangan Bani Israel. Ia difirmankan:-
إِذْ أَنْجَاكُمْ مِنْ آلِ فِرْعَوْنَ يَسُومُونَكُمْ سُوءَ الْعَذَابِ وَيُذَبِّحُونَ أَبْنَاءَكُمْ وَيَسْتَحْيُونَ نِسَاءَكُمْ وَفِي ذَلِكُمْ بَلَاءٌ مِنْ رَبِّكُمْ عَظِيمٌ
Ketika dia menyelamatkan kamu dari (Fir’aun dan) pengikut-pengikutnya, mereka menyiksa kamu dengan siksa yang pedih, mereka menyembelih anak-anak laki-lakimu, membiarkan hidup anak-anak perempuanmu; dan pada yang demikian itu ada cobaan yang besar dari Tuhanmu”. (Surah Ibrahim: 6)

dua beradik (adik depan) yang direman dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam semalam.


SHAH ALAM - Seorang remaja perempuan bersama kakaknya direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes penemuan mayat seorang bayi lelaki yang ditanam berhampiran Stesen Komuter Padang Jawa di sini Isnin lalu.
Majistret Nor Kamilah Aziz membenarkan permohonan polis untuk menahan reman remaja berumur 17 tahun dan kakaknya berumur 24 tahun itu mulai semalam sehingga 31 Mei ini.
Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Nor Kamilah pada pukul 12.30 tengah hari iaitu kira-kira satu jam setengah selepas mereka tiba di Mahkamah Majistret di sini semalam.
Siasatan kes tersebut dibuat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaluddin ketika dihubungi di sini semalam mengesahkan penahanan reman kedua-dua individu tersebut.
Menurut beliau, sehingga petang semalam, polis masih mengesan bapa kepada bayi tersebut yang dipercayai turut terbabit dalam menanam mayat bayi itu.
"Setakat ini, tiada tangkapan terbaru dibuat termasuk dua lagi individu yang disyaki bersekongkol dengan pasangan itu untuk menanam mayat bayi berusia di antara enam hingga tujuh bulan itu," katanya

Jahilliah Moden di Malaysia -- Bayi depan tadika


SENTUL: Seorang pesara tentera yang dalam perjalanan pulang daripada menunaikan solat Subuh di surau berdekatan rumahnya di Taman Setapak, dekat sini, terkejut apabila dimaklumkan seorang lelaki tidak dikenali mengenai penemuan bayi di depan sebuah tadika di taman berkenaan, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, lelaki berusia 50-an itu ingin pulang ke rumahnya selepas menunaikan solat Subuh di surau berdekatan sebelum terserempak lelaki tidak dikenalinya dan memberitahu perkara itu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi berkata, pesara tentera itu bergegas ke tadika berkenaan dan menjumpai bayi terbabit yang diletakkan di dalam beg plastik dan berkeadaan baik.
“Lelaki itu membawa bayi terbabit ke Balai Polis Danau Kota dan membuat laporan,” katanya.

Menurutnya, bayi lelaki yang ditemui dibalut dengan tuala sebelum diletakkan dalam plastik itu dipercayai baru dilahirkan. Polis membawa bayi itu ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan lanjut.

“Walau terdapat banyak kesan gigitan nyamuk di mukanya, pihak hospital bagaimanapun mengesahkan bayi itu sihat.

“Bayi itu kini diletakkan dalam jagaan HKL,” katanya.

ANAK HAARAM DAH BERSEPAH-SEPAH - TAK APAYAH AJAR PENDIDIKAN SEK PUN?


AKIBAT HUKUM ISLAM TIDAK DI DAULATKAN

Maka terjadilah
Perkara sebegini


Gejala maksiat di kalangan remaja perempuan dan lelaki yang membabitkan penuntut-penuntut beragama Islam di beberapa buah sekolah menengah daerah Sandakan, termasuk orang dewasa semakin meruncing.

Perbuatan mereka ini bukan sekadar menjatuhkan maruah dan martabat Islam, bahkan telah mencemarkan nama baik kesucian Agama Islam.

Terdapat beberapa taman peranginan yang telah dikenal pasti dan dicap sebagai tumpuan sarang maksiat tempat mereka melakukan zina dan sebagainya dengan pasangan masing-masing di siang hari mahupun sebelah malam.

Antaranya ialah Taman Chong Thien Vun Bukit Bendera, Taman Peranginan Indah Jaya, Taman Grand View, Taman Tun Razak, Tembok Jalan Pantai termasuk Taman Tangga Seribu,” kata Hj Awang Japar @ Omar Naib Ketua Bahagian USIA Sandakan.

“Yang menghairankan, kenapa para ibubapa mereka begitu mudah melepaskan anak-anak gadis mereka bekeliaran pada siang dan malam hari tanpa rasa bimbang kalau anak-anak gadis mereka diapa-apakan seperti dirogol dan diperkosa oleh lelaki yang tidak bertanggungjawab,” kata Hj Awang yang kecewa dengan sikap ibu bapa yang gagal mendidik anak mereka sehingga terjemak dengan amalan yang kurang sihat.



Kata Haji Awang, beliau malu dengan bangsa lain yang tidak seagama dengannya, sewaktu mereka melakukan perkara yang tidak senonoh secara terang-terang tanpa berselindung bercumbu-cumbuan di khalayak ramai seperti yang terdapat di tembok Jalan Pantai sekarang ini.



“Boleh dikatakan saban petang dan saban malam mereka tidak lagi mengenal mahgrib mahupun malam jumaat mereka melakukan maksiat dengan sewenang-wenangnya sahaja tanpa rasa segan silu dengan perpakaian menutup aurat bertudung kepala pula tetapi perangai masha Allah, Nahuzubllah Minzalik,” ujar Hj Awang lagi.

Sesiapa sahaja tidak dapat menafikan sambung Hj Awang kerana Daerah Sandakan kini seolah-olah seperti negara barat terutama apabila anak-anak gadis remaja berpakaian menjolok mata, dedah sana, dedah sini sehingga mengghairahkan lelaki apabila melihat cara mereka berpakaian itu.

Sebagai hamba Allah dan umat Islam, Haji Awang saya mengecam dan mengutuk perbuatan di kalangan remaja Islam yang telah mencemarkan nama baik dan kesucian Agamah Islam

Kata Hj Awang lagi, adalah mustahil pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS) Sandakan tidak mengetahui langsung atau sengaja membuta tuli tentang hal ini, sedangkan salah satu tempat dan lubuk terbesar di mana tempat para remaja melakukan maksiat terang-terang di hadapan mata iaitu di tembok sepanjang jalan pantai, dan termasuk di lorong-lorong belakang bangunan Gentingmas Mall di pusat bandar ini. - Baca selanjutnya

ANAK HAARAM DAH BERSEPAH-SEPAH - TAK APAYAH AJAR PENDIDIKAN SEK PUN?

Bayi dibuang


ANGGOTA polis memeriksa mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat ketika dijumpai di Damansara semalam.


PETALING JAYA - Lagi kes pembuangan bayi. Kali ini melibatkan bayi lelaki yang mayatnya ditemui di tepi Jalan SS22/48 berhampiran Sekolah Kebangsaan Damansara Jaya di sini semalam.
Bayi yang masih bertali pusat itu ditemui oleh seorang lelaki pada pukul 6.15 petang ketika pulang dari kerja sebelum memaklumkannya kepada polis.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, siasatan awal mendapati, bayi itu ditemui dalam keadaan tidak berbalut dengan kain mahupun plastik.
"Bayi lelaki itu dipercayai dilahirkan tidak lebih dari tiga jam lalu kerana masih terdapat kesan darah pada badannya. Polis masih menunggu laporan bedah siasat untuk mengetahui jika terdapat kecederaan lain pada bayi itu," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian semalam.

Derita Budya Darat


MANGSA... mendakwa mengenali suspek menerusi laman sosial Facebook.
MANGSA... mendakwa mengenali suspek menerusi laman sosial Facebook.
BUKTI... barang milik kasanova yang ditemui keluarga mangsa yang menahannya.
BUKTI... barang milik kasanova yang ditemui keluarga mangsa yang menahannya.
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ‘buaya darat’ mungkin tidak akan melupakan pembalasan diterimanya selepas kemaluannya nyaris dipotong oleh waris enam daripada 10 gadis, kebanyakannya siswi institusi pengajian tinggi (IPT) dari sekitar Lembah Klang yang pernah diperdaya, termasuk diragut ‘kesucian’, sejak dua tahun lalu.
Malah, sebagai balasan atas perbuatan durjananya terhadap gadis berkenaan sebelum ini, gambar lelaki terbabit dalam keadaan berbogel turut dirakam untuk menyedarkannya dan memastikan dia tidak mengulangi tindakan sama.
Dia yang berusia lingkungan 30-an dan dipercayai mengamalkan pelbagai ajaran dan ilmu kebatinan berkaitan wanita, akhirnya kecundang selepas waris keenam-enam keluarga terbabit berpakat ‘menuntut pembelaan’.

Akibatnya, 15 telefon bimbit mengandungi pelbagai gambar bogel gadis ditidurinya dibuang, manakala dia dibogelkan di satu kawasan sebelum kemaluannya cuba dipotong, selain beberapa barangan pelik miliknya dirampas.


Bagaimanapun, kejantanan lelaki terbabit tidak diusik apabila ada ahli keluarga mangsa enggan melampaui undang-undang, selain memikirkan nasib isteri dan dua anaknya yang masih bergantung hidup kepadanya.

PERUTUSAN TAHUN BARU 2012 KEPADA MUDA MUDI MELAYU.!!

GUA GENERASI Y

Remaja kini lebih memandang budaya barat sebagai unggul dan harus diikuti jika mahu sentiasa up to date.

Golongan remaja ini dikenali sebagai Generasi Y atau dalam bahasa Inggeris disebut Young Generation. Generasi Y ini lahir selepas Generasi X dimana ia merupakan perkembangan antara generasi yang setiap generasi memiliki sejarah, karakter, cara pandang dan berfikir tersendiri.

Generasi Y ini digunakan sebagai istilah rasmi bermula dari Amerika Syarikat, ketika 78 juta orang lahir antara tahun 1982 sehingga 2000. Ketika ini, bermulanya revolusi perkomputeran dan kesedaran akan keperluan informasi. Ia juga boleh dikatakan golongan masyarakat yang amat bergantung kepada teknologi samaada untuk mendapatkan maklumat atau bersosial secara maya. Sekadar tidak langsung telah mengubah cara hidup masyarakat yang bergantung pada teknologi dan kemasukan budaya barat amatlah mudah

Bukan dikatakan semua budaya barat adalah tidak baik tetapi apa yang baik dalam budaya barat tidak diambil untuk diaplikasikan oleh remaja. Contohnya sikap rajin berusaha untuk mencapai apa yang diingini, berdikari tanpa bergantung harap pada ibubapa dan berani mencuba sesuatu yang baru.

Tetapi menyedihkan perkara-perkara begini tidak dicuba oleh remaja dan mereka lebih terdorong mengikut budaya yang tidak baik dengan melulu. Remaja kini hanya bertindak mengikut keinginan mereka sendiri berdasarkan apa yang didapati di media massa tambahan lagi dengan pemikiran yang cetek ilmu pengetahuan dan pengalaman hidup menambah lagi kesan negative terhadap remaja.

Hal ini mungkin disebabkan pengaruh media massa yang tidak membantu pembangunan remaja dan masyarakat yang selari dengan tuntutan agama dan negara. Amat rugilah remaja yang tidak menggunakan usia remajanya dengan baik kerana usia waktu ini yang menentu kan kehidupannya pada masa hadapan



SELAMAT MENGAWAN 
menyambut tahun baru…menyambut detik jam dua belas malam, bagi menandakan beredarnya tahun lama dan tibanya tahun baru. Di dalam perhimpunan tersebut, pastinya akan dipenuhi oleh remaja-remaja dan anak-anak muda, lelaki dan perempuan bergaul bebas, berpegang tangan dan berpelukan, sambil menggoyangkan badan dengan dihiburkan oleh artis-artis terkenal negara…

lebih teruk lagi,pergaulan bebas itu diakhiri dengan seks bebas dan sebagainya…tahun baru sepatutnya berazam untuk menjadi lebih baik atau positif,tapi kalau dah sambutan sedemikian rupa…tu bukan makin baik…makin teruk

dah macam trend pula sekarang ini, apabila ada sahaja sambutan atau acara menarik berkonsepkan hiburan, pasti mereka tidak lepaskan peluang untuk melakukan maksiat.Sudah menjadi adat kebiasaan, apabila datangnya tahun baru Masihi, maka diadakan pesta-pesta atau majlis-majlis bagi menyambut kedatangan tahun baru tersebut, bukan sahaja oleh orang-orang Kristian yang mengingati tarikh kelahiran Nabi Isa a.s. tetapi juga oleh orang-orang Islam yang jahil tentang ajaran Islam.

Inilah agaknya sikap sebahagian generasi muda kita, yang lahir dan celik mata aja, depa nampak semua dah ada, depa nampak kesenangan.

Bagi gua apa nak jadi pada negara kita untuk masa akan datang, semua bergantung pada anak-anak muda kita yang ada pada hari ini. Itulah yang Ibnu Khaldun kata, “Remaja yang baik pada hari ini, adalah pemimpin yang baik pada masa akan datang”.



Beribu2 manusia sanggup meredahi kesesakan jalan raya untuk menyambut tahun baru di Dataran Merdeka,

Beribu2 manusia sanggup bersesak untuk melihat konsert di Dataran Merdeka.. Namun hanya beratus sahaja yang memnuhi Masjid Negara untuk membaca doa akhir dan awal tahun sempena tahun baru Islam.

Bak kata member gua

Melayu = Islam..tapi dah mcam x ada agama..

Melayu KL
: Hilang pegangan diri.. oh melayu..kau makin LAYU... kau makin SAYU.. kau makin PILU..Lemas dalam dakapan SYAITAN.. Lemas dalam dakapan sang Jantan Durjana..

Mantap sngguh melihat gadis2 dan jejaka melayu d KL..

>skirt paras lutut = mantap bagi jantan gersang..
>togok arak d depan umum = kejayaan bagi sang syaitan celaka..

Islam kini hanya tinggal nama, pegangan ntah ke mana..

si MELAYU yang LAYU..


Hasilnya:
Arkid Tiewnama - 

KL, 26 Mac : mayat bayi lelaki ditemui oleh org awam dlm keadaan tragis, satu dari tangannya putus akibat digigit anjing..

KL, 30 Mac : janin bayi lelaki yg dijadikan bahan pemujaan ditemui di dlm balang plastik di hadapan pintu pagar Kuil Foo Yan di Jinjang Utara

Hulu Selangor, 11 April : mayat bayi lelaki ditemui dlm timbunan sampah di sg. Choh

Ipoh, 20 April : seorg bayi CACAT yg dilahirkan tanpa mata, hidung serta mulut tidak sempurna selain tgn dan kakinya juga cacat ditemui ditinggalkan di Pertubuhan Kebajikan Kanak-kanak Cacat...( masih berotak ibubapanya...bagus la drpd dibunuh )

Subang Jaya, 6 Mei : mayat bayi yg baru lahir ditemui hanyut di sg. Klang

Melaka, 12 Mei : sepasang remaja berusia 19 dan 15 tahun ditahan krn disyaki menanam bayi mereka berhampiran sg. Melaka selepas bayi tersebut meninggal dunia di Taman Melaka Baru, Batu Berendam

Shah Alam, 25 Mei : janin lelaki yg baru lahir ditemui ditanam berhampiran landasan kereta api di Padang Jawa.

Petaling Jaya, 1 Jun : mayat seorg bayi lelaki ditinggalkan di bahu jalan di Jalan SS22/48, Damansara Jaya

nota:
usah bimbang, tempat khas disediakan disini
nak selamat, baca sini
kahkahkah

Tengok Nii.. Sambutan Tahun Baru 2012 Islam bersatu.


Sham Kamikaze bersama Rakannya sedang membuat persembahan
Ustaz Azhar Bersama Zizan Raja Lawak..Dalam Program Tazkirah
Program Maksiat Anjuran "Bangsat"..DiMana ada Maksiat
Di situ lah ada syaitan Sihat..
Golongan muda ditarbiyyah cara menyambut tahun baru
berkonsepkan Islam..Di mana Tempat Hidup Islam
di Situ syaitan Tenggelam..



Tahniah Kerajaan Negeri Selangor kerana menganjurkan
sambutan Tahun Baru ke arah Islam..Jangan jadi seperti
syaitan,Program Maksiat sebagai matlamat kerana mereka
ini Bangsattt..Hancusss oo...

Gambar : Artis Kita yang semakin berani...

Kenalkah anda siapakah artis diatas ini? Beliau bukanlah dari Hollywood mahupun Bollywood tapi dari tanah air kita sendiri… apa nak jadi ni?

Dulu masa Allahyarham Tok Mat jadi Menteri Penerangan tak jumpa pulak aku artis Melayu yang seberani ini.. tapi sekarang??


Gambar: Fasha Sandha Ke Parti Pelancaran Majalah LISA Versi Malaysia

Anda perasan atau tidak tarikh hari ini, cantik susunan nombor 11.11.11 untuk melakukan sesuatu yang istimewa sebagai memori.

Kami pasti ramai pasangan bercinta di’luar sana bakal membawa hubungan mereka ke satu aras baru hari ini dengan ikatan pernikahan. Tahniah dari kami walau siapa pun diri anda.

Awal malam semalam, satu majlis pelancaran untuk sebuah majalah baru di’pasaran Malaysia LISA yang di’adaptasi dari keluaran luar negara.

Ramai hadirin yang turut serta memeriahkan majlis ini termasuk beberapa orang selebriti tempatan seperti Lisa Surihani, Nur Fazura, Liyana Jasmay, Awal Ashaari, Sazzy Falak, Shaheizy Sam & pastinya yang menjadi perhatian — Fasha Sandha.

Demi Tuhan kami tidak tahu nama khas pakaian yang cukup awesome di’kenakan oleh Fasha Sandha malam tadi tetapi menurut seorang ‘pakar fesyen’ yang bersama kami malam tadi, persalinan Fasha Sandha ini cukup berani & sesuai dengan tubuh badan’nya.

Tidak kami mahu mengulas lanjut dan gambar Fasha Sandha di parti pelancaran majalah LISA versi Malaysia yang berlangsung di The Intermark, Kuala Lumpur selepas ini. Enjoice!

Enjoice!

Jawab Selamba: Rogol Sebab Tak Tahan Dia Mandi Bogel, Lagipun Isteri Saya Dalam Pantang

Rogol adik ipar ketika isteri dalam pantang

“Yang Arif, saya melakukan perbuatan itu kerana tidak tahan melihat dia mandi berbogel, ditambah lagi ketika itu bekas isteri saya sedang berada di hospital melahirkan anak bongsu kami,” jawapan spontan tertuduh, Awang Ismail, 52, selepas mengaku bersalah merogol bekas adik iparnya di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Duda kepada tiga anak itu tanpa segan silu mengaku, merogol bekas adik iparnya yang ketika itu baru berumur 15 tahun sehingga melahirkan seorang anak perempuan pada 4 Jun 2010 disebabkan kurangnya keimanan dalam diri untuk melawan godaan nafsu syaitan itu.

Bagaimanapun, perbuatan keji tertuduh yang beralamat dari Kampung Alor Batu, Jabor, Kuantan itu terbalas selepas hakim, Datuk Zainal Abidin Kamarudin menjatuhkan hukuman penjara selama 32 tahun selepas pengakuan bersalah tertuduh atas dua pertuduhan mengikut Seksyen 376 B (1) Kanun Keseksaan itu direkodkan.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh pada :Ogos 2009, di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Padang Limau Nipis, Bukit Payong, Marang telah melakukan persetubuhan dengan mangsa.

Manakala, mengikut pertuduhan kedua, tertuduh dituduh sekali lagi melakukan perbuatan terkutuk itu di tempat sama pada September 2009.

Zainal Abidin kemudiannya menjatuhkan hukuman 16 tahun penjara bagi pertuduhan pertama dan 16 tahun penjara untuk pertuduhan kedua yang diarahkan berjalan secara berasingan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Zalina Awang @ Mamat manakala tertuduh tidak diwakili mana-mana peguam bela.

Mengikut fakta kes, mangsa yang ketika itu berumur 16 tahun telah membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Payong pada 27 Jun 2010 dengan mengatakan dirinya telah dirogol dan telah pun melahirkan seorang bayi perempuan di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun.

Rentetan laporan polis dibuat, pada 7 Julai 2010, polis telah menjalankan siasatan terhadap tertuduh yang ketika itu masih berstatus abang ipar mangsa dan telah mengambil sampel darah mangsa bagi tujuan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Hasil ujian didapati, mangsa telah dirogol oleh tertuduh berdasarkan keputusan laporan kimia DNA yang diperoleh pihak polis setelah pihak Jabatan Kimia membuat perbandingan antara DNA mangsa, anak mangsa dan tertuduh.

Bagaimanapun, selepas mengetahui dirinya diburu, tertuduh telah melarikan diri namun berjaya ditangkap oleh anggota polis Balai Polis Jaya Gading, Pahang, pada 30 September lalu, kira-kira jam 1.40 pagi.

Dengan itu, tertuduh telah didapati melakukan kesalahan yang boleh dihukum penjara tidak kurang dari enam tahun dan tidak lebih dari 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan. -SH

Ulasan GB

Iktibar: Oleh itu wahai kaum Hawa, untuk mengelakkan dari dirogol jangan mandi open-air.

Ku berpesan kepada diriku dan semua: Didiklah diri dan anak-anak (terutama perempuan) supaya tidak mandi dalam keadaan bertelanjang.

Sudah menjadi trend orang sekarang mandi berbogel apatah lagi sekarang sudah ada bilik mandi serba lengkap, menyangkakan tiada yang melihat.

Ingatlah selain malaikat, Allah juga sentiasa Maha Melihat. Hadith Nabi saw:

قَالَ بَهْزٌ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ عَنْ
النَّبِىِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
الله أَحَقُّ أَنْ يُسْتَحْيَا مِنْهُ


Bahaz berkata dan menerima dari ayahnya,
dari neneknya dari Nabi s.a.w. sabdanya : "Allah itu lebih berhak untuk dimalu daripada seluruh manusia"
Hadis sahih riwayat Bukhari.

khalwat, masalah sosial.Sewa Bilik untuk Ehem-ehem


DUNGUN – Tindakan seorang gadis sunti yang masih menuntut di institutsi pengajian tinggi awam (IPTA) menyewa sebuah bilik hotel murah untuk memadu asmara bersama pasangannya membawa padah apabila bilik penginapan mereka diserbu pihak berkuasa, awal pagi kelmarin.

Menyedari bilik mereka didatangi tetamu tidak diundang kira-kira jam 1.50 pagi itu, teman lelakinya yang juga seorang rakan sekolej dikatakan nekad terjun melalui tingkap lalu terjatuh di atas bumbung sebuah kenderaan yang di letakkan di ruang letak kereta di bangunan terbabit sebelum berjaya melarikan diri.

Siasatan awal ke atas gadis terbabit mendapati, dia mendaftar masuk ke bilik hotel yang disewa dengan kadar RM50 itu kira-kira jam 5 petang selepas turun dari bas ekspres di tempat hentian bas berdekatan.

Ketika ditemui, gadis berasal dari Klang, Selangor itu memberitahu, dia menyewa bilik hotel murah itu untuk bertemu teman lelakinya.

Gadis berusia 19 itu turut mengakui dia mula menjalinkan hubungan cinta dengan teman lelakinya yang melarikan diri dari bilik hotel itu sejak dua tahun lalu dan sempat melakukan adegan panas bersama pasangannya sebelum bilik mereka diserbu pihak berkuasa.

Katanya, dia sama sekali tidak menyangka kali pertama menginap di hotel terbabit akhirnya memerangkap dirinya setelah dicekup pihak berkuasa jabatan agama.

“Saya terkejut apabila bilik saya tiba-tiba diketuk pada waktu awal pagi, tak sangka pula diserbu pencegah maksiat, saya ingat hotel itu selamat,

“Bagaimanapun ketika berada di bilik itu, saya sempat melakukan beberapa adegan panas, dan nyaris melakukan hubungan seks dengannya, nasib baik saya sempat menolak keinginannya untuk menodai saya,” katanya yang merupakan penuntut semester empat Diploma Perakaunan di sebuah IPTA.

Ketika ditanya mengenai nasibnya selepas pihak pengurusan IPTA mendapat tahu kes membabitkan dirinya, remaja terbabit memberitahu dia kini buntu memikirkan perkara itu, apatah lagi dia hanya menunggu dua semester lagi untuk memastikannya mendapatkan segulung diploma seperti yang dicita-citakan.

“Saya tidak berniat untuk melakukan perkara sumbang.

“Saya benar-benar menyesal, jika diberi peluang, saya bertaubat untuk tidak mengulanginya lagi, berilah saya peluang terakhir,” katanya.

Dia dibawa ke pejabat Unit Penguat kuasa Syariah untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan selepas dijamin oleh ibu bapanya.

Anak sulung daripada dua beradik itu bagaimanapun bakal dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan khalwat mengikut Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001 manakala teman lelakinya yang berjaya melarikan diri itu sudah dikenal pasti identitinya dan kini sedang diburu pihak penguat kuasa syariah untuk tindakan selanjutnya.



P/s: Tidak sempat dinodai? Biar betul dik?
Aduhai!

khalwat, masalah sosial, seks bebas.Cubaan Remaja Belasan Tahun "Ehem-ehem" di Tandas Masjid Terbantut



[SH] Hasrat sepasang kekasih untuk melampiaskan gelora nafsu serakah mereka di dalam bilik mandi sebuah masjid di sini kelmarin tidak kesampaian apabila dicekup oleh penduduk kampung.

Perbuatan terkutuk pasangan belasan tahun tersebut untuk memadu asmara berjaya dikesan oleh jemaah sebuah masjid di Kampung Pasir Tumboh, dekat sini setelah menyedari terdapat motosikal diletakkan di pekarangan kawasan tersebut.

Seorang penduduk yang dikenali dengan panggilan Pok Cik Ya berusia 60-an memberi­tahu, kira-kira jam 4.20 petang dia melihat terdapat seorang remaja perempuan yang ber­baju kurung memasuki bilik mandi bersebelahan dengan tandas wanita.

Menurutnya, sejurus itu terdapat seorang lelaki memasuki bilik sama dan dia terus memaklumkan kepada jemaah masjid yang bersiap sedia untuk mengerjakan solat Asar berhubung kelakuan mencurigakan itu.

“Selepas beberapa minit berada di dalam bilik mandi, sekumpulan jemaah bertindak mengetuk pintu tetapi pasangan terbabit enggan membukanya.

“Beberapa minit kemudian pasangan terbabit membuka pintu tersebut dan remaja lelaki tadi keluar lalu melarikan diri, dengan meninggalkan teman wanitanya yang kemudiannya menyusul keluar dengan berpakaian lengkap,” katanya ketika ditemui di masjid tersebut semalam.

Bagaimanapun katanya, lelaki terbabit yang cuba melarikan diri dari masjid itu berjaya ditahan semula oleh penduduk kampung kira-kira 200 meter dari masjid tersebut.

”Dengan kerjasama penduduk kampung dan jemaah masjid berkenaan, kita menahan pasangan terbabit dan pada masa sama kita menghubungi keluarga masing-masing untuk tindakan lanjut,” katanya.

Dia berkata, sejurus kemudian, keluarga pasangan terbabit datang ke tempat kejadian untuk berbincang sebelum membawa pulang ke rumah masing-masing.

Katanya, pasangan terbabit dipercayai bukan penduduk di kawasan berkenaan tetapi perbuatan keji itu mengejut jemaah masjid dan penduduk kampung apabila terserempak mereka melakukan perbuatan maksiat di dalam bilik mandi yang terletak di dalam kawasan masjid.

Menurutnya, kelakuan pasangan terbabit telah mengaibkan orang Islam kerana menggunakan kawasan masjid melakukan maksiat dan remaja sekarang sudah tidak mempunyai perasaan malu serta takut untuk melakukan perbuatan terkutuk di masjid.

Katanya, sepanjang tinggal di kampung ini, tidak pernah berlaku kejadian seperti ini dan penduduk terkejut apabila ia dilakukan penduduk bukan tempatan.


P/s: Sudah tidak kira tempat! Silap-silap, lepas ini ada remaja yang kantoi ehem-ehem di dalam masjid!

Cubalah tanya Muhyiddin sebab moral pelajar sekolah hari ini teruk sangat. Nasihat Muhyiddin supaya menitikberatkan soal moral dan akhlak pelajar bukan hanya sibuk tentang hal obesiti dalam kalangan pelajar.  Kementeriannya dan kerajaan pimpinannya harus melakukan sesuatu agar remaja di negara ini tidak berlumba-lumba memecahkan dara dan teruna sebelum bernikah secara sah!

Anak luar nikah, khalwat, seks bebas Bersekedudukan Sehingga Lahir Anak Luar Nikah.


[SH] LEDANG - Tindakan berani sepasang kekasih bersekedudukan selama setahun sehingga melahirkan seorang bayi perempuan mengundang padah apabila mereka dicekup berkhalwat oleh Penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL), awal pagi semalam.

Kegiatan mereka itu terbongkar dalam serbuan oleh PPADL, kira-kira jam 12.30 pagi di sebuah rumah di Bukit Gambir di sini, selepas pihak berkuasa menerima aduan daripada orang ramai.

Bayi perempuan berkenaan kini berada dalam jagaan wanita itu yang dilahirkan pada 16 Oktober lalu dan telah didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Daerah Ledang.

Namun, lebih mengejutkan apabila ibu bapa lelaki berkenaan turut bersubahat dan hanya membiarkan anak lelakinya bersekedudukan dengan teman wanita dalam satu rumah yang turut didiami mereka.

Lelaki berkenaan berumur 30 tahun dan pasangannya, 34, ditahan untuk siasatan lanjut.

Malahan, wanita berasal dari Sagil dan tidak pernah berkahwin itu turut mendakwa menyewa rumah berkenaan sejak setahun lalu.

Manakala, lelaki berkenaan yang juga pengawal keselamatan, difahamkan telah berumah tangga dan memiliki empat anak yang kini dalam proses bercerai dengan isterinya.

“Saya sedar kesilapan saya dan kami ada merancang untuk bernikah sebaik menyedari teman wanita hamil.

“Tetapi kerana beberapa halangan termasuk masalah kewangan menyebabkan perancangan ini tergendala begitu sahaja,” katanya ketika disoal penguat kuasa.

Sementara itu, Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, serbuan di rumah berkenaan dijalankan sepasukan anggota PPADL yang diketuai Pegawai Penguat kuasa, Mohd Zainal Kadiran.

Menurutnya, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, bapa lelaki terbabit membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan meskipun terpaksa menunggu hampir 15 minit.

“Pemeriksaan lanjut menemui seorang wanita memakai baju-T dan berseluar sedang menidurkan bayi perempuan di ruang tamu.

“Manakala, lelaki berkenaan pula sedang tidur dalam bilik dengan hanya berseluar pendek,” katanya.

Sulaiman berkata, pasangan itu kemudian ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.

“Mereka dibawa ke Balai Polis Bukit Gambir untuk laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat agama untuk siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing,” katanya.

Menurutnya, mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya.

P/s: 1Malaysia rosak apabila pendekatan agama dipinggirkan, hukum agama dipersendakan! 

Khalwat. Status Bertunang, Sudah Tidur Sebilik.

 
[SH] LEDANG – “Saya tak nak perkara ini heboh dan kami akan kahwin bulan depan.”

Itu permintaan seorang lelaki apabila dicekup berkhalwat bersama tunangnya oleh Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL) dalam sebuah hotel di sini, awal pagi semalam.

Lelaki berusia 27 tahun dan pasangannya berusia 24 tahun ditahan dalam serbuan kira-kira jam 2 pagi itu, ketika sedang berdua-duaan dalam bilik di sebuah hotel.

Lelaki itu mendakwa, dia berada di bilik hotel tersebut sekadar untuk menemani tunangnya dan akan pulang ke rumah ibunya di Sagil sebaik sahaja hujan berhenti.

“Tunang saya tiba dari Masai kira-kira jam 5.30 petang dan dia datang ke sini kerana mahu menghadiri majlis pertunangan adik perempuan saya hari ini (semalam).

“Saya bawa dia ke hotel ini kerana dia tidak mahu tidur di rumah ibu saya disebabkan malu dengan ahli keluarga yang lain,” katanya ketika disoal siasat penguat kuasa yang turut disertai Sinar Harian.

Mereka sudah bertunang sejak setahun lalu dan bakal mendirikan rumah tangga pada Januari tahun depan.

“Sementara menunggu hujan teduh, saya tertidur dan tidak sangka penguat kuasa akan memeriksa bilik ini,” katanya.

Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, berdasarkan aduan orang awam, sepasukan anggota yang diketuai Pegawai Penguat Kuasa, Mohd Zainal Kadiran memeriksa hotel berkenaan.

Menurutnya, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki berbaju T dan berseluar pendek membuka pintu.

“PPADL terpaksa menunggu hampir 15 minit sebelum lelaki berkenaan membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan.

“Pemeriksaan lanjut menemui seorang wanita memakai baju-T dan berseluar sedang bersembunyi di sebalik langsir bilik hotel berkenaan” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, pasangan itu kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.

“Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke Pejabat Agama untuk siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing,” katanya.

Katanya, mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Curang, khalwat, seks bebas.Sepasang Kekasih Berpelukan Telanjang Bulat di dalam Rumah Orang


Saya petik:

ALOR GAJAH: Seorang wanita yang juga isteri orang ditemui dalam keadaan mengaibkan apabila berpelukan dalam telanjang bulat dengan teman lelakinya dalam bilik di sebuah rumah Kampung Baru Lendu, Alor Gajah, pagi kelmarin.

Lebih memalukan apabila kejadian kira-kira jam 8.15 pagi itu disedari pemilik rumah berkenaan, Sutini Hamzah, 61, bersama anak lelakinya, Ainol Adnan, 38, yang datang ke rumah itu selepas dimaklumkan jiran mengenai tindakan sepasang kekasih tidak dikenali menginap di rumah mereka tanpa kebenaran.

Ainol ketika ditemui berkata, sebaik dia dan ibunya tiba di rumah itu, mereka mendapati pintu pagar depan, tingkap dan pintu utama rumah terbuka luas seperti sudah lama ditinggalkan.

Katanya, dia memberi salam sebanyak tiga kali, namun tidak bersahut sebelum masuk ke dalam rumah yang mempunyai empat bilik itu untuk melakukan pemeriksaan, namun mendapati tiada sebarang kesan rumah itu diceroboh.

“Bagaimanapun, apabila saya dan ibu masuk ke bilik terakhir, kami terkejut apabila terserempak sepasang kekasih bertelanjang bulat dalam keadaan berpelukan nyenyak tidur seperti orang kepenatan.

“Gelagat mereka sedang berpelukan intim di atas katil amat mengaibkan, malah mereka tidak sedar kehadiran kami,” katanya.


P/s: GILA!!!

Khalwat, seks bebas.Duda dan Dara Dicekup 3:15 Pagi

[SH] LEDANG - Keengganan membuka pintu bilik hotel ketika diketuk Penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL) akhirnya terjawab apabila menemui sepasang kekasih yang hanya berselimut dalam bilik  berkenaan, kelmarin.
 
Mereka ditahan ketika sedang berdua-duaan dalam bilik di salah sebuah hotel di Tangkak, di sini, pada serbuan jam 3.15 pagi untuk siasatan lanjut.
 
Malahan, pasangan itu juga mendakwa panas menyebabkan mereka hanya berselimut dalam bilik hotel itu apabila disoal siasat penguat kuasa. 

Lelaki berumur 34 tahun itu seorang duda, manakala, pasangannya berusia 20 tahun baru dikenali selama lima bulan.

“Kami baru pulang dari Johor Bahru kerana membawa teman wanita bertemu dengan ahli keluarga di sana sebelum mengikat tali pertunangan.

“Kami merancang untuk bertunang tahun depan dan terlebih dahulu memperkenalkan dia dengan saudara mara,” katanya kepada Sinar Harian.
 
Menurutnya, mereka tiba di Tangkak lewat malam kerana keletihan dan mengambil keputusan untuk bermalam di sini.

“Saya akan menghantar teman wanita pulang pada keesokan hari di rumahnya di Negeri Sembilan tetapi tidak bernasib baik apabila dicekup khalwat oleh penguat kuasa,” katanya.

Sementara itu, Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, berdasarkan aduan awam, sepasukan anggota yang diketuai Pegawai Penguat kuasa, Mohd Zainal Kadiran memeriksa hotel berkenaan.

Menurutnya, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki yang hanya berselimut membuka pintu.
 
“PPADL terpaksa menunggu hampir 10 minit sebelum lelaki berkenaan membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan.
 
“Pemeriksaan lanjut menemui seorang wanita tanpa pakaian dan hanya berselimut sedang bersembunyi dalam tandas,” katanya.
 
Sulaiman berkata, pasangan itu kemudian ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.
 
“Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang untuk laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat agama untuk siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga masing-
masing,” katanya.
 
Menurutnya, mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Khalwat, seks bebas, warga asing. Dari Gerai Pau ke Bilik Tidur.


LEDANG – “Saya mahu ambil telefon bimbit,” itu helah seorang wanita untuk melepaskan diri daripada ditahan ketika dicekup berkhalwat oleh Penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL) di sebuah rumah di Parit Bunga di sini, awal pagi kelmarin.

Ketika serbuan dibuat kira-kira jam 3.30 pagi itu, wanita berusia 23 tahun terbabit dan pasangannya warga Indonesia ditahan kerana didapati berdua-duaan dalam bilik di rumah berkenaan.

Lelaki terbabit yang bekerja sebagai buruh binaan sudah setahun setengah berhijrah ke negara ini dan baru sebulan mengenali wanita itu ketika membeli pau di gerainya yang terletak kira-kira 15 meter dari rumahnya.

Sejak itu, mereka saling bertukar-tukar nombor telefon bimbit dan wanita itu sering dilihat penduduk berhampiran datang ke rumah lelaki terbabit pada awal pagi untuk bersembang.

Kadi Daerah Ledang, Su­laiman Maidin berkata, berda­sarkan aduan orang awam, sepasukan anggota diketuai Pe­­gawai Penguat kuasa, Mohd Zainal Kadiran dan dibantu penduduk kampung memeriksa rumah tersebut.

Menurutnya, PPADL terpaksa memecahkan pintu rumah itu apabila pasangan terbabit enggan membuka pintu setelah memberi salam dan menunggu kira-kira 15 minit.

“Pemeriksaan lanjut menemui seorang wanita tidak berbaju dan berkemban sedang sembunyi dalam bilik.

“Manakala pasangannya tidak berbaju dan berseluar berada di dapur dan dipercayai cubaan untuk melarikan diri setelah menyedari kehadiran penguat kuasa,” katanya.

Sulaiman berkata, pasangan itu kemudian ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hu­bun­gan mahram atau suami isteri.

“Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat agama untuk siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing,” katanya.

Katanya lagi, mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dike­nakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya.

Cabul, Warga Asing. Paksa Budak Pegang kemaluan, Mat Bangla Didakwa

TELUK INTAN - Gara-gara melakukan lucah melampau terhadap seorang kanak-kanak bawah umur, dua warga Bangladesh dalam proses pulang ke negara asal dihadapkan Mahkamah Majistret Teluk Intan, di sini, semalam.

Bagaimanapun, Hakim Majistret Teluk Intan, Mohd Izham Ali menangguhkan sebutan kes pada 9 Februari tahun hadapan kerana tertuduh tidak memahami Bahasa Malaysia selain ketiadaan jurubahasa untuk kes itu.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Hidayah Ismail manakala tertuduh tidak diwakili mana-mana pihak dan tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-duanya.

Selain itu, pihak Mahkamah Majistret turut tidak membenarkan kedua-dua tertuduh untuk diikat jamin.

Menurut fakta kes Tertuduh pertama, Mutimah, 39, berasal daripada Bangladesh, melakukan perbuatan lucah melampau terhadap seorang kanak-kanak warga tempatan berusia lapan tahun pada 12 Disember lalu kira-kira 3 petang di Ladang Sabrang, Teluk Intan.

Tertuduh melakukan perbuatan itu dengan menggosokkan alat kemaluan di belakang mangsa di dalam sebuah bilik premis di Ladang Sabrang dekat Teluk Intan.

Sementara itu, rakan senegaranya, Md Shidul Islam, 39, melakukan perbuatan kelucahan melampau terhadap seorang kanak-kanak warga tempatan berusia lapan tahun pada 19 Disember lalu, kira-kira 3 petang.

Tertuduh melakukan itu dengan memaksa mangsa memegang kemaluan tertuduh di dalam sebuah bilik di Ladang Sabrang, dekat Teluk Intan.

Kes di siasat di bawah seksyen 377 C iaitu melakukan kelucahan melampau ke atas seseorang dan jika disabitkan kesalahan, kedua-dua tertuduh boleh dikenakan hukuman lima tahun penjara serta sebatan.

Bongkar!! Jumlah Sebenar Pendatang Asing Di Sabah.

Ini bukan angan-angan Mat Jenin semata & tidak mustahil sama sekali untuk warga asing di Sabah bakal menjadi majoriti, kerana disediakan sekali dengan statistik yang jelas untuk anda perhatikan taburan warga asing di Sabah mengikut daerah. Kalau disemak rekod melalui Jabatan Perangkaan Malaysia, jumalah penduduk negara Sabah sudah pun mencecah sekitar 3.2 juta. Malangnya di sini jumlah warga asing di Sbah terus mengekori rapat di belakang peratusan ketika ini sudah pun mencecah 27%. 

Adakah jumlah tersebut akan menurun? Tidak mungkin. Tetapi…..adakah mungkin jumlah warga asing di Sabah akan terus bertambah. Mungkin…tiada mustahil kalau ada banyak lagi “projek-projek yang diatur di Sabah. 
warga asing di sabah Warga Asing di Sabah Tidak Lama Lagi Bakal Jadi Majoriti & Menjajah Negeri Sabah?
Berdasarkan ranking jumlah warga asing di Sabah :
  1. Warga asing di Tawau : 171, 409
  2. Warga asing di Sandakan : 148,438
  3. Warga asing di Kinabatangan : 117,689
  4. Warga asing di Kota Kinabalu : 112,145
  5. Warga asing di Lahad Datu : 77,003
Kalau orang Kuala Lumpur contohnya, mengadu tidak senang dengan kehadiran & lambakan warga asing, agaknya apa pula perasaan orang Sabah  melihatkan jumlah warga asing di negeri mereka ketika ini?
pendatang asing Warga Asing di Sabah Tidak Lama Lagi Bakal Jadi Majoriti & Menjajah Negeri Sabah?
Gambaran warga asing di ibukota
Itu baru statistik warga di Sabah yang telah berjaya direkodkan, yang tidak sah?
Isu warga asing di Sabah bukan baru, tetapi sudah melepasi tempoh 40 tahun lamanya. Kami pasti isu seperti ini adalah isu yang penting bagi rakyat negeri Sabah. Undang-undang di Malaysia sudah tersedia ada, tetapi malangnya penguatkuasaan & dasar yang lemah. Harap kerajaan persekutuan mengambil serius perkara ini. Itu harapan kami
Itu belum masuk lagi berita mengenai kedatangan pekerja asing sekitar 100,000 yang “dibawa khas” dari Nepal? ~beritasemasa

Inilah Wajah Belia "Hidup Melayu" Yang Merompak dan Membunuh..


Kes pembunuhan seorang kerani bank, Rozana Mohd. Yusak yang ditemui mati dengan 15 tikaman minggu lalu memasuki episod baharu apabila polis dapat menahan tiga lelaki semalam bagi membantu siasatan kes yang bermotifkan samun itu. Suspek-suspek berusia di antara 19 dan 22 tahun itu ditahan dalam dua serbuan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria, Lembah Pantai di sini manakala seorang lagi suspek diberkas di Kampung Dato’ Keramat.
Sumber memberitahu, siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek datang ke rumah Rozana untuk menyamun wang serta barangan peribadi mangsa pada hari kejadian.
Bagaimanapun, katanya, ketika itu hanya dua daripada suspek naik ke rumah mangsa manakala seorang lagi menunggu di bawah.
“Maklumat yang kita dapat mengatakan salah seorang suspek berumur 19 tahun yang merupakan teman lelaki mangsa bercadang mencuri wang serta komputer riba mangsa untuk dijual kepada rakannya yang berusia 22 tahun. Jenayah itu hendak dilakukan ketika mangsa sedang tidur.
“Bagaimanapun, mangsa yang tersedar cuba menghalang perbuatan teman lelakinya sebelum berlaku pergaduhan. Keadaan kemudian menjadi tegang menyebabkan salah seorang suspek menikam mangsa bertubi-tubi dengan pisau,” katanya.

TAHUN BARU DISAMBUT DENGAN MAKSIAT


Institusi perbankan terkemuka, AmBank Group (AmBank) akan menganjurkan sambutan tahun baharu 2012 di sini malam ini. Sambutan yang dikenali sebagai Konsert Ambang 2012 itu akan diadakan di Dataran Merdeka di sini bermula pada pukul 8 malam hingga 12 tengah malam.
Pengunjung konsert akan dihiburkan dengan pertunjukan bunga api tepat jam 12 tengah malam sebagai menandakan ketibaan tahun baharu.
Konsert itu bakal menampilkan barisan artis popular seperti Datuk M. Nasir, Mizz Nina, Jamal Abdillah, Awie, Faizal Tahir, Hujan One Nation Emcees, Hillary Ng, Malique, Najwa Latiff, Desiree Tan dan Sabhi Saddi.
Majlis yang sama dijangka turut dihadiri Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik dan Pengerusi AmBank, Tan Sri Azman Hashim
Ia akan disiarkan secara langsung di TV2 bermula jam 9.30 malam sehingga 1 pagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...