Wednesday, February 29, 2012

NASIB PELAJAR-PELAJAR DI MALAYSIA TAK BUAT PERKARA TAK SENONOH MACAM NI...


 
Pelajar dalam gambar diatas kelihatan membuka tudung, lalu mewarna rambut mereka, kemudian berpose "hot" dengan kamera handphone.

Tak cukup hanya potong skirt dan membuka tudung, selepas itu pelajar-pelajar SMA itu berjalan secara berpasangan. Mereka bergandingan tangan, duduk mesra berpelukan di pinggir pantai.

PAKSA SEKS ATAS MOTOSIKAL...


Akibat terlalu percaya kepada teman lelaki, seorang pelajar Tingkatan Satu dirogol secara paksa oleh teman lelakinya yang berusia 19 tahun di sebuah lorong gelap, delat Gadong Jaya, Seremban.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Yusof Awang berkata, suspek yang bekerja sebagai pembantu kedai di ibu negara itu dikatakan memaksa kekasihnya berusia 13 tahun itu melakukan seks atas motosikal.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, kejadian pertama berlaku Ogos tahun lalu dan selepas itu, pasangan tersebut kerap berjumpa untuk melakukan seks sehinggalah pada 22 Februari lalu.

“Laporan asal dibuat keluarga wanita itu yang melaporkan anaknya tidak pulang ke rumah selama seminggu dipercayai mengikut teman lelakinya di Kuala Lumpur.

“Sejurus laporan polis dibuat, wanita tersebut pulang ke rumah. Setelah didesak keluarganya, wanita itu memberitahu bahawa dia dirogol. Sebaik sahaja mengetahui hal itu, ibunya membuat laporan di Balai Polis Nilai,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Yusoff berkata, polis berjaya menahan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.


Tuesday, February 28, 2012

Perlukah Beg-beg Begini Dilarang Di Malaysia?

BUDAYA mempamerkan dengan membawa beg-beg bimbit begini perlu diawasi supaya jangan berlaku di Malaysia. Apa pandangan tuan-tuan? Apa baik buruknya? (IH)

Lihat sebelum ini..

Sebuah Manuskrip Pontianak (1931) Dari P/M'sia


Jalan menuju Keraton Kadariah Pontianak dari jambatan Kapuas
Keraton Kadariah Pontianak

CATATAN PERJALANAN: Kalimantan siri 4

UNTUK menyingkap sejarah, saya pilih tulisan berjudul 'Syarif Abdur Rahman al-Qadri - Sultan pertama kerajaan Pontianak'. Oleh Ustaz Wan Mohd. Shaghir Abdullah, seorang penulis Malaysia...

'KERAJAAN Pontianak adalah salah satu di antara kerajaan Melayu yang terakhir didirikan. Pendirinya adalah seorang keturunan Arab-Melayu, zuriat Nabi Muhammad s.a.w. Kekukuhannya sebagai Sultan Pontianak yang pertama adalah dilantik oleh Raja Haji bin Upu Daeng Celak Yang Dipertuan Muda Riau.

Pendiri kerajaan Pontianak itu ialah Syarif Abdur Rahman bin al-Habib Husein al-Qadri. Habib Husein al-Qadri, ayah beliau seorang ulama besar, bahkan ramai orang meriwayatkan Habib Husein al-Qadri adalah seorang 'Wali Allah' yang dibuktikan banyak 'karamah'. Oleh itu, anak beliau Syarif Abdur Rahman al-Qadri adalah seorang 'sultan' dan sekali gus beliau adalah seorang 'ulama'.

Riwayat di bawah ini adalah berasal dari sebuah manuskrip yang diperoleh di Pontianak yang saya ringkaskan dan di beberapa tempat disesuaikan dengan bahasa sekarang.

Pengembaraan

Apabila sampai umur Syarif Abdur Rahman 16 tahun, beliau dibawa oleh ayahnya berpindah dari negeri Matan ke negeri Mempawah. Setelah berumur 18 tahun, beliau dikahwinkan oleh ayahnya dengan Utin Cenderamidi, anak Upu Daeng Menambon.

Tatkala umurnya 22 tahun, Syarif Abdur Rahman pergi ke Pulau Tambelan selanjutnya ke Siantan dan terus ke pusat pemerintahan Riau di Pulau Penyengat. Beliau tinggal di sana selama kira-kira dua bulan. Kemudian, ke negeri Palembang dan tinggal di situ sebelas bulan. Sewaktu hendak kembali ke negeri Mempawah dihadiahkan oleh Sultan Palembang, Sultan Pelakit sebuah perahu selaf dan seratus pikul timah.

Dan pada ketika itu juga bermuafakat Tuan Saiyid dan sekelian bangsa Arab di negeri Palembang dan bersetuju memberi hadiah kepada Syarif Abdur Rahman, dua ribu ringgit. Kemudian Syarif Abdur Rahman belayar pulang ke negerinya, Mempawah.

Setelah dua bulan Syarif Abdur Rahman al-Qadri di Mempawah, beliau belayar pula ke negeri Banjar dan tinggal di sana selama empat bulan. Kemudian, belayar pula ke negeri Pasir dan berhenti di situ selama tiga bulan.

Setelah itu, kembali lagi ke negeri Banjar. Setelah dua bulan di Banjar, Syarif Abdur Rahman dikahwinkan dengan puteri Sultan Sepuh, saudara pada Penembahan Batu yang bernama Ratu Syahbanun. Sebelum berkahwin, Syarif Abdur Rahman al-Qadri telah dilantik oleh Panembahan
Batu menjadi Pangeran dengan nama Pangeran Syarif Abdur Rahman Nur Allam.

Dua tahun kemudian, Syarif Abdur Rahman al-Qadri kembali ke negeri Mempawah. Setahun kemudian, kembali lagi ke negeri Banjar. Selama empat tahun di Banjar, beliau memperoleh dua orang putera, seorang laki-laki diberi nama Syarif Alwi diberi gelar Pangeran Kecil dan yang
seorang perempuan bernama Syarifah Salmah diberi gelar Syarifah Puteri.

Tarikh 11 Rabiulakhir 1185 H/24 Jun 1771 M Syarif Abdur Rahman keluar dari negeri Banjar kembali ke negeri Mempawah. Ketika sampai di Mempawah didapatinya Tuan Besar Mempawah, Habib Husein al-Qadri ayahnya, telah kembali ke rahmatullah. Syarif Abdur Rahman al-Qadri berhenti di Mempawah selama tiga bulan bermesyuarat dengan adik-
beradiknya, ialah Syarif Ahmad, Syarif Abu Bakar, Syarif Alwi bin Habib Husein al-Qadri dan seorang kerabat mereka, Syarif Ahmad Ba'abud. Keputusan mesyuarat bahawa Syarif Abdur Rahman akan keluar dari negeri Mempawah hendak membuat kedudukan di mana-mana yang patut.

Mengasaskan kerajaan Pontianak

Tarikh 14 Rejab 1185 H/23 Oktober 1771 M, Syarif Abdur Rahman berangkat dari negeri Mempawah de-ngan 14 buah perahu kecil bernama kakab. Kemudian, sampailah ia di Sungai Pontianak yang kebetulan tempat itu dengan masjid yang ada sekarang ini. Syarif Abdur Rahman dan rombongan berhenti di tempat itu pada waktu malam.

Keesokan harinya, Syarif Abdur Rahman pun masuk ke Selat Pontianak dan berhenti di situ selama lima malam. Pada hari Rabu kira-kira pukul 4.00 pagi, Syarif Abdur Rahman memberi perintah menyerang Pulau Pontianak. Masing-masing mereka mengisi meriamnya dan menembak pulau itu.

Kata Syarif Abdur Rahman, "Berhenti perang kerana sekalian hantu dan syaitan yang berbuai pada malam hari di pulau itu telah habis lari, janganlah tuan-tuan takut, marilah kita turun menebas pulau itu''.

Semua anak buah perahu pun turun bersama-sama Syarif Abdur Rahman menebas pulau itu. Setelah habis ditebas, lalu didirikan sebuah rumah dan sebuah balai. Kira-kira lapan hari dikerjakan, di dalam antara itu Syarif Abdur Rahman kembalilah ke Mempawah mengambil sebuah kapal dan sebuah tiang sambung. Tarikh 4 Ramadhan 1185 H/11 Disember 1771 M
Syarif Abdur Rahman pindah ke pulau itu.

Perang Pontianak Sanggau

Tiada berapa lama negeri itu berdiri, pada bulan Jumadilakhir 1191 H/10 Jun 1777 M, Syarif Abdur Rahman berangkat, mudik ke negeri Sanggau dengan 40 buah perahu kecil hendak terus ke negeri Sekadau. Setelah sampai di Sanggau, maka ditahanlah oleh Penembahan Sanggau tiada
diberikannya mudik ke hulu, jauh dari negeri Sanggau. Tetapi Syarif Abdur Rahman, berkeras hendak mudik.

Oleh sebab itu, Penembahan Sanggau sangat marah, lalu menembak perahu itu, hingga terjadi peperangan antara kedua-dua pihak. Setelah tujuh hari berperang, Syarif Abdur Rahman mengundurkan diri kembali ke negeri Pontianak, untuk persiapan membuat perahu besar.

Kira-kira lapan belas bulan sesudah itu bersamaan, 2 Muharram 1192H/31 Januari 1778 M berangkat lagi ke negeri Sanggau dengan sebuah sekuci, dua buah kapal dan 28 buah penjajab. Ketika sampai di Tayan, bertemulah dengan angkatan Sanggau yang menanti kedatangan angkatan Pontianak di situ.

Angkatan Sanggau kalah, terus lari ke Sanggau. Tetapi ada lagi angkatan Sanggau di Kayu Tunu, angkatan Sanggau sudah siap berperang di tempat. Tarikh 26 Muharram 1192 H/24 Februari 1778 M bermulalah perang di Kayu Tunu. Sanggau kalah pada 11 Safar 1192 H/11 Mac 1778 M.

Syarif Abdur Rahman pun mudik ke Sanggau dan berhenti di situ selama 12 hari. Syarif Abdur Rahman bersama Raja Haji, Yang Dipertuan Muda Riau membuat benteng pertahanan di Pulau Simpang Labi, menempatkan enam pucuk meriam di pintunya.

Pulau itu ditukar nama dengan Jambu-Jambu Taberah. Setelah selesai pekerjaan di Pulau Jambu-Jambu Taberah itu, Sultan Syarif Abdur Rahman pulang ke Pontianak bersama-sama dengan Yang Dipertuan Muda Raja Haji.

Penabalan Sultan

Setelah sampai di Pontianak, Raja Haji, Yang Dipertuan Muda Riau memanggil semua orang di dalam negeri Pontianak untuk memeriksa hal Pa-duka Pangeran Syarif Abdur Rahman Nur Allam akan dijadikan sultan. Semua isi negeri Pontianak, bersetuju. Raja Haji mengirim utusan ke negeri Mempawah, Matan, Landak dan Kubu.

Raja-raja itu pun mengaku di hadapan Yang Dipertuan Muda Raja Haji mengatakan bahawa mereka menerima dengan gembira. Pada ketika dan tarikh yang baik, hari Isnin, 8 Syaban 1192 H/1 September 1778 M, sekalian tuan-tuan sayid, raja-raja dan rakyat negeri Pontianak berkumpul di Pontianak.

Yang Dipertuan Muda Raja Haji dengan suara yang keras, bertitah,

"Adapun kami memberitahu kepada sekalian tuan-tuan sayid, raja-raja, dan sekalian isi negeri Pontianak ini, pada hari ini, Paduka Pangeran Syarif Abdur Rahman Nur Allam kita sahkan berpangkat dengan nama Paduka Sultan Syarif Abdur Rahman al-Qadri, iaitu raja di atas takhta
kerajaan Negeri Pontianak, demikianlah adanya''

Adalah pada tahun 1194 H/1780 M utusan Kompeni Belanda datang dari Betawi dengan satu sekuci dan dua buah pencalang. Utusan Belanda itu bernama Ardi William Palam Petter dari Rembang serta berbicara meminta kepada Sultan Syarif Abdur Rahman untuk mendiami negeri Pontianak.

Bersamanya ada lagi utusan Sultan Banten hendak menyerahkan pemerintahan negeri Landak kepada Sultan Syarif Abdur Rahman. Maka Kompeni Holanda pun tetaplah duduk bersetia bersama-sama di dalam negeri Pontianak.

Pada tahun 1198 H/1784 M Kompeni Belanda bermusuh dengan Yang Dipertuan Muda Raja Ali Riau. Kom-peni Belanda menyerang Yang Dipertuan Muda Raja Ali Riau di negeri Sukadana. Negeri Sukadana kalah dalam perang itu.

Pada tahun 1200 H/1785 M, Sultan Syarif Abdur Rahman bersengketa dengan saudara iparnya Raja Mempawah, Penembahan Adi Wijaya, kerana perkara Sultan Sambas. Disingkatkan ceritanya, akhirnya Sultan Syarif Abdur Rahman terpaksa memerangi negeri Mempawah.

Setelah berperang selama lapan bulan, negeri Mempawah kalah dalam peperangan itu. Setelah selesai perang, Sultan Syarif Abdur Rahman mengangkat puteranya yang bernama Pangeran
Syarif Qasim berpangkat Penembahan Memerintah Diatas Takhta Kerajaan Negeri Mempawah.

Selanjutnya, terjadi perselisihan Pontianak dengan Sambas mulai 3 Rabiulakhir 1206 H/30 November 1791 M. Sultan Syarif Abdur Rahman bersama Yang Dipertuan Sayid Ali bin Utsman, Raja Siak memerangi negeri Sambas. Perang yang terjadi selama lapan bulan itu, berakhir
dengan seri iaitu tiada yang kalah atau pun menang.

Wafat

Demikianlah kisah Sultan Syarif Abdur Rahman al-Qadri yang dilahirkan pada 15 Rabiulawal 1151 H/3 Julai 1738 M dan wafat pada malam Sabtu, pukul 11.00, tarikh 1 Muharram 1223 H/28 Februari 1808 M.

Pada hari itu juga, Penembahan Syarif Qasim yang berkedudukan di Mempawah, ditabalkan menjadi Sultan Pontianak dengan menggunakan nama Paduka Sultan Syarif Qasim Raja Duduk Diatas Takhta Kerajaan Negeri Pontianak.

Pada tarikh 19 Safar 1223 H/16 April 1808 M, Pangeran Mangku Negara Syarif Husein bin al-Marhum Sultan Syarif Abdur Rahman dilantik menggantikan Syarif Qasim menjadi raja kerajaan negeri Mempawah. Pada hari Khamis, pukul 9.00, tarikh 11 Muharram 1228 H/14 Januari 1813M, Pangeran Syarif Husein kembali ke rahmatullah.

Beliau diganti oleh Penembahan Anom, puteranya Penembahan Adi Wijaya, menjadi wakil memegang kuasa di dalam negeri Mempawah. Pada tahun 1241H/ 1825 M, Penembahan Anom kembali ke rahmatullah. Pada tahun 1243H/1828 M, Pangeran Adi Pati Geram menjadi wakil menggantikan memegang kuasanya di dalam negeri Mempawah berpangkat nama Penembahan.

Demikianlah riwayat yang saya ringkaskan dan ubah bahasa dari salah satu manuskrip yang berasal dari tulisan Syarif Abu Bakar bin Syarif Umar bin Sultan Utsman bin Sultan Syarif Abdur Rahman bin Habib Husein al-Qadri yang bertarikh 28 Rabiulakhir 1350 H/9 September 1931M. Manuskrip tersebut telah disalin oleh Sayid Alwi bin Sayid Ahmad bin Sayid Ismail al-Qadri. Tarikh salinan, 7 Jumadilakhir 1354 H/7 Ogos 1935 M.

Saya, Wan Mohd. Shaghir Abdullah selesai mentransliterasi daripada Melayu/Jawi ke Latin/Rumi pada, 9 Muharram 1421 H/14 April 2000 M dan selanjutnya diubah bahasa dimuat dalam bahagian Agama, Utusan Malaysia, pada terbitan hari ini.
Kesultanan Kadriah Pontianak

Syarif Abdur Rahman al-Qadri

Kerajaan Pontianak Bukan Kerajaan Sekular.

Masjid Jami Pontianak dipandang dari jembatan Kapuas
CATATAN PERJALANAN: Kalimantan siri 2

HANG di mana la nie? Dok buat apa?


"O maaf, aku takdan bagitau hang. La ni aku ada di sebuah masjid tua bersejarah, Masjid Kesultanan Pontianak, di Kota Pontianak Kalimantan Barat. Baru lepas sembahyang Magrib." Aku jawab telefon dari Encik Shukri kawanku di KL semalam.
Keraton Kadariah Pontianak foto www.google.com
Keraton Kadariah Pontianak

Aku berada di komplek keraton tempat bertahta megah hingga kini, sebuah masjid Jami
Kesultanan Pontianak. Masjid yang dibangunkan pertama kali oleh sultan pertama dan pengasas kesultanan. Iaitu Sultan Syarif Abdurrahman Alkadrie. Masjid awal mulanya sejarah kota Pontianak, yang setiap tahun diperingati sebagai hari lahir kota Pontianak, ibukota Propinsi Kalimantan Barat. Masjid Jami tua tersebut kini dinamai sesuai dengan namanya sebagai Masjid Sultan Abdurrahman Pontianak.

Jelas terasa kedinginan angin malam meniup lembut dari Sungai Kapuas, dari halaman masjid, yang berada di dalam lingkup Kampung Beting, Kelurahan Dalam Bugis Kecamatan Pontianak Timur. Berada di kawasan pemukiman padat penduduk dengan Pasar Ikan, begitu dekat ke bangunan masjid yang menghadap ke Sungai Kapuas.

Masjid Jami’ yang dapat di jangkau dengan menggunakan sampan dari pelabuhan Seng Hie atau dengan kendaraan darat melewati jembatan kapuas.
Tak cukup di dalam masjid, di padang dan di dalam sampan mereka tetap sholat berjamaah

Masjid Jami Pontianak dari arah Sungai Kapuas dengan latar depan perahu motor yang merupakan salah satu moda transportasi di kota Pontianak

Menyembul diantara rumah rumah penduduk kampung Beting

Sultan Syarif Abdurrahman Alkadrie adalah Pendiri dan Sultan pertama Kerajaan Pontianak, melambangkan, seorang ulama adalah seorang kepala pemerintah yang juga pemimpin politik. Kerajaannya bukan kerajaan sekular yang memisahkan pemerintahan dengan agama dan hari akhirat.

Beliau dilahirkan pada tahun 1142 Hijriah / 1729/1730 M, putera Al Habib Husin, seorang penyebar ajaran Islam berasal dari tanah Arab. Tiga bulan setelah ayahnya wafat pada tahun 1184 Hijriah di Kerajaan Mempawah, Syarif Abdurrahman bersama dengan saudara-saudaranya bermufakat untuk mencari tempat kediaman baru. Mereka berangkat dengan 14 perahu kakap menyusuri Sungai Peniti.

Waktu dzuhur mereka sampai di sebuah tanjung, Syarif Abdurrahman bersama pengikutnya menetap di sana. Tempat itu sekarang dikenal dengan nama Kelapa Tinggi Segedong. Namun Syarif Abdurrahman berpendapat tempat itu tidak baik untuk tempat tinggal. Beliau terus mudik ke hulu sungai. Tempat mereka salat zuhur itu kini dikenal sebagai Tanjung Dhohor. Ketika menyusuri Sungai Kapuas, mereka temui sebuah pulau, dikenal dengan nama Batu Layang.

Di tempat itulah akhirnya beliau dan pengikutnya di maqamkan. Di pulau itu mereka mulai mendapat gangguan 'hantu Pontianak'. Beliau memerintahkan pengikutnya memerangi hantu-hantu itu. (Lihat Pontianak, Aku Cinta Kamu!) Setelah itu, rombongannya kembali melanjutkan perjalanan menyusuri Sungai Kapuas. Menjelang subuh 14 Rajab 1184 Hijriah atau 23 Oktober 1771, mereka sampai pada persimpangan Sungai Kapuas dan Sungai Landak.

Setelah lapan hari menebas pohon di daratan itu, maka Syarif Abdurrahman membangun sebuah rumah dan balai, dan kemudian tempat itu diberi nama Pontianak. Di tempat itu kini didirikan Mesjid Jami dan Keraton Kadariah. Akhirnya pada 8 bulan Sya'ban 1192 Hijriah, bertepatan dengan hari Senin dengan dihadiri oleh Raja Muda Riau, Raja Mempawah, Landak, Kubu dan Matan, Syarif Abdurrahman dinobatkan sebagai Sultan Pontianak dengan gelar Syarif Abdurrahman Ibnu Al Habib Alkadrie. Syarif Abdurrahman Alkadrie mangkat tahun 1707. Dibawah kepemimpinannya kerajaan Pontianak berkembang sebagai kota pelabuhan dan perdagangan yang cukup disegani. Itulah tokoh agama sebenarnya..
Rujuk juga..
  1. ^ (Belanda) (1855) Tijdschrift voor Indische taal-, land- en volkenkunde. 3. hlm. 569.
  2. ^ (Inggris) Sir Henry Keppel, Sir James Brooke (1846). The expedition to Borneo of H.M.S. Dido for the suppression of piracy: with extracts from the journal of James Brooke, esq., of Sarāwak. Harper & Brothers. hlm. 387.
Bersambung, insya Allah.

Tv Iran Isytihar Menang Ke Atas Israel


HALAMAN HIBURAN
DUA orang penduduk Yahudi menunggu untuk menonton filem A Separation di sebuah pawagam di Baitulmuqaddis kelmarin.
TEHERAN - Televisyen milik pemerintah Iran mengisytiharkan kemenangan pertama ke atas Israel semalam apabila filem A Separation arahan pengarah negara ini memenangi kategori filem berbahasa asing terbaik pada Anugerah Academy yang turut dikenali sebagai Oscar Kali Ke-84 di Los Angeles, Amerika Syarikat kelmarin.
Filem itu yang dibintangi oleh aktres Iran, Leila Hatami mengalahkan filem Footnote dari Israel yang merupakan musuh ketat Iran.
Ia diarahkan oleh Asghar Farhadi yang mengisahkan satu pasangan yang berkahwin dan berdepan dengan dilema sama ada untuk meninggalkan Iran demi keluarga mereka. Israel dan AS tidak menolak kemungkinan akan melakukan serangan ketenteraan ke atas kemudahan nuklear Iran.
Kedua-dua negara itu mendakwa kemudahan nuklear itu dibina dengan tujuan untuk membangunkan teknologi senjata. Kejayaan filem itu turut dikongsi penduduk Iran.
"Saya bangun awal untuk menonton Oscar dan saya berasa gembira bahawa kami menang.
"Saya berharap terdapat lebih banyak kebebasan untuk pengarah Iran menyuarakan idea bijak mereka," kata seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Sara. - Agensi

Ada Khidmat Pembantu Rumah Bogel.. Kamu Nak?

Tajuk Berita: GEMPAAARRR...!!!!! Ahli DAP Sanggup Lari Bogel Elak Ditahan...?

Gambar-gambar di atas digunakan oleh sebuah blog untuk menarik perhatian. Berita sebenar, Johor Bahru 22 Feb: Pelanggan dan pekerja khidmat seks di dua rumah tumpangan di Jalan Wong Ah Fook di sini bertempiaran lari dengan ada antaranya dalam keadaan berbogel semata-mata untuk mengelak daripada ditahan polis dalam serbuan hari ini. Tiada cerita ahli DAP pun..

JOHANNESBURG: Pembantu rumah yang berbogel ketika bekerja dan tukang paip yang bukan setakat buang kekotoran yang melekat di paip, tetapi “membuang” bajunya juga.
Inilah perkhidmatan yang diberi oleh sebuah syarikat di Afrika Selatan.
Natural Cleaning Co., yang mendakwa satu-satunya syarikat “menawarkan semua perkhidmatan secara berbogel di dunia,” ditubuhkan sebulan lalu oleh Jean-Paul Reid, setelah mengalami masalah untuk mendapat pekerjaan sebagai akauntan di negara yang mempunyai 23.9 peratus kadar pengangguran.

Syarikat itu menawarkan khidmat pembersihan rumah, perakaunan, undang-undang dan kerja-kerja tukang untuk wanita, dengan satu syarat - staf akan tiba sama ada separuh bogel atau berbogel, bergantung kepada permintaan pelanggan.

Reid, 29, berkata, “Khidmat pembersihan paling popular diikuti oleh khidmat tukang untuk wanita.”
Katanya, buat masa ini, dia menerima seorang pelanggan sehari, dan biasanya dikalangan lelaki pertengahan umur dan berkulit putih.

Semua pekerjanya bekerja secara separuh masa dengannya dan mempunyai pekerjaan lain seperti model, pelatih peribadi dan pelajar di bidang undang-undang dan perakaunan.

Perkhidmatan yang diberikan adalah “hiburan semata-mata” dan menurut Reid, “Kami tidak menawarkan khidmat pelacuran.”

Laman syarikat itu, naturalcleaning.wozaonline.co.za memaparkan gambar lelaki sasa tanpa baju memegang pembersih hampagas dan gambar wanita sedang menggosok tanpa memakai pakaian kecuali sepasang stokin, seorang tukang masak meletakkan mangkuk salad dan pelbagai perkhidmatan berbogel yang lain.

Harga perkhidmatan itu antara 175 rand (RM69) satu jam untuk perkhidmatan “separuh berbogel” hingga ke 450 rand (RM179) untuk seorang profesional seperti peguam, akauntan dan tukang paip. - AFP

Bakar Bashir Dituduh Pengganas, Penjara 15 Tahun


JAKARTA - Mahkamah Agung Indonesia semalam mengesahkan hukuman penjara selama 15 tahun dikenakan terhadap seorang guru agama, Abu Bakar Bashir (gambar) kerana melakukan keganasan. Dia dianggap sebagai pemimpin kerohanian militan Islam di Indonesia dan penyokong jihad kumpulan Al-Qaeda. Bagaimanapun, Abu Bakar yang berusia 73 tahun menafikan dia merupakan seorang pengganas.
Pada Jun tahun lalu, sebuah mahkamah yang lebih rendah menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun terhadapnya. Namun, disebabkan rayuan, Mahkamah Tinggi mengurangkan hukuman kepada sembilan tahun penjara dengan menyebut kekurangan bukti dan umur sebagai faktor keputusan itu dibuat.
Hukuman itu kemudian kembali kepada asal apabila Mahkamah Agung menyatakan dalam keputusannya semalam bahawa Abu Bakar terbukti bersalah melakukan perbuatan pengganas.
Abu Bakar Bashir yang merupakan pengasas kumpulan Jemaah Islamiah (JI) bertanggungjawab berhubung satu siri serangan termasuk kejadian letupan bom di Bali pada 2001 yang menyebabkan 202 orang terbunuh kebanyakannya warga asing. - AFP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Amerika Syarikat pengganas tiada yang hukum?

Stok Perawan (Masih Dara), Di Kota Pontianak

Wanita malam disalahsatu kaffe Kota Pontianak -Radar Online

CATATAN PERJALANAN: Kalimantan siri 3

PAGI itu saya disebuah cybercafe atau warnet (warung internet) di Kota Pontianak. Saya ingin memasukkkan gambar-gambar yang saya ambil di komplek keraton Kesultanan Pontianak, tetapi sudah hilang. Entah di mana salahnya. Penjaga internet kafe itu juga tak tahu atasinya.
Sedang sibuk-sibuk begitu tiba-tiba suatu suara mengejutkan saya, "Apa masalahnya Pak, kalau boleh, saya bisa tolong?"
Bila saya perhatikan ke wajahnya.. "Eh, macam kita pernah kenal!" Katanya.
Saya perkenalkan diri saya, rupanya beliau lebih mengenali saya lewat Blog Ibnu Hasyim. Belaiu adalah Ardiansyah (..panggil saja Ade! katanya) adalah penulis media LINTASNEWS.com. Bermulalah hubungan kami terjalin.
Banyak maklmat-maklmat yang saya perolehi darinya. Terutama megenai berita 'pramunikmat' di kota itu. Atau kisah-kisah pelacuran..
Menurutnya,
"Nyatanya prostitusi tetap diatas relnya dan melaju dengan pesat mengikuti pembangunan tanpa mampu diikuti atau dihadang hukum dengan penegak hukum sebagai pelaksananya. Saat ini kita tidak bisa menutup mata, tingginya angka prostitusi tanpa lokalisasi, di Kota Pontianak.
"Membuat para wanita penghibur berkeliaran dan bertaburan hampir merata ditempat-tenpat hiburan di Kota Pontianak, baik diskotik, hotel kelas menengah dan mewah sampai mall-mall pun dapat dengan mudah kita temui mucikari yang mangkal-mangkal di coffe house tertentu.
"Yang lebih ironisnya lagi, tempat hiburan masyarakat, disekitar lapangan Makorem atau Taman Alun Kapuas atau kantor Pos lama, dengan mudah ditemui PSK dengan tarif yang terbilang murah yaitu berkisar Rp 20 ribu hingga Rp 50 ribu. (Rp 10 ribu,kira-kira RM2.80)
"Namun untuk mendapatkan PSK yang berkelas pilihan PSK dibeberapa hotel bahkan tempat prostitusi terselubung disekitar kawasan Mall Gajah Mada juga menjadi pilihan para hidung belang berduit, yaitu dengan tarif antara Rp 150 ribu hinga Rp 12 Juta untuk kategori (maaf, Perawan)." Katanya.
Ertinya nilai tingginya harga penzina atau pelacur tersebut ialah terletak kepada 'keperawanan', 'kegadisan' atau 'dara' wanita itu. Gadis kecil (baru buka 'selaput dara') ertinya baru pertamakali jadi pelacur, memang tinggi nilai harganya.
Malah pernah dibongkarkan, melalui diwawancara wartawan LintasNews yang melakukan investigasi, terungkap nama pejabat daerah menjadi langganannya. Langganan yang dimaksud bukan langganan menggunakan PSK biasa melainkan 'Beli perawan'.
“Wah kita juga menyediakan stok perawan, malah langganan kita bukan orang biasa, mantan pejabat seperti…. beberapa kali menjadi pelanggan kami dan membayar dengan harga sekitar Rp 15 Juta,” cerita dari wawancara wartawan LintasNews tersebut.
Lain lagi ketika wartawan melakukan investigasi di sekitar kantor Pos lama Pontianak, ketika berada di daerah tersebut, wartawan ketika itu didekati seorang wanita yang layak disebut 'ibu-ibu' dengan badan yang gendut sekali langsung menawarkan tarif untuk kencan..
“Mau mas, 40 ribu aza,” jualnya. Namun wartawan mengelak dengan alasan tidak ada wang.
“Ya udah 20 ribu aza, kalau tidak pun Rp 10 ribu, mas ada berapa lah..” hadapnya berani.
"Ha.ha. ha… mendengar banting harga tersebut, kamipun tersenyum dan langsung buru-buru lari, “Takut euy, ungkap wartawan yang ikut serta dalam investigasi.” Demikian wartawan LINTASNEWS.com
Bersambung, insya Allah.

Hina Islam, Permit The Star (MCA) Perlu Digantung!


KUALA LUMPUR, 28 Feb 12: Para Editor kanan akhbar milik MCA, The Star telah dipanggil oleh Kementerian Dalam Negeri ekoran penyiaran gambar tatoo nama Allah dalam akhbar itu.

(Gambar laporan The Star 27 Februari....gambar tatoo disamarkan oleh kami)
Lihat sebelum ini.. Gambar Ini, M'sia Terlibat Hina Allah?
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Lee Chee Leong dalam kenyataannya sebagaimana yang disiarkan Bernama berkata, Managing Editor, Ketua Editor Berita dan Editor Kanan The Star telah dipanggil kementeriannya untuk memberikan penjelasan ekoran laporan itu.

"Tindakan selanjutkan akan dibuat berdasarkan penjelasan bertulis mereka," kata Lee Chee Leong, anggota Parlimen Kapar dan juga AJK Pusat MCA dalam kenyataannya.

Semalam The Star menyiarkan gambar besar penyanyi Amerika Eryka Badu yang mempunyai tatoo nama Allah pada dadanya yang terdedah. Ia disifatkan satu penghinaan kepada umat Islam di negara ini kerana nama Allah seolah-olah dipermain-mainkan.

Ekoran pendedahan Harakahdaily mengenainya, The Star telah memohon maaf. Namun, pelbagai pihak tidak berpuashati kerana sebelum ini akhbar MCA itu juga membuat kesilapan yang hampir sama iaitu menyentuh sesnsitiviti umat Islam.

Semasa bulan Ramadhan yang lalu, The Star menyiarkan resipi masakan daging babi kononnya sebagai juadah berbuka puasa. Apabila dibuat bantahan, The Star memohon maaf. Namun, apakah permohonan maaf ini benar-benar melambangkan pengakuan kesilapan akhbar milik MCA ini dipertikaikan.

Ini kerana, Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek juga tidak habis-habis menghina Islam khasnya hukum syariah. Ia dapat dilihat dengan jelas dalam debat beliau dengan Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP baru-baru ini.

Ekoran itu, Pemuda PAS, Mufti Perlis dan badan NGO, Isma mendesak permit The Star digantung untuk memberikan pengajaran kepada semua pihak agar jangan mempermainkan sensitiviti agama Islam yang menjadi agama rasmi negara.

Namun dengan penglibatan timbalan menteri KDN dari MCA, ramai yang ragu kalau-kalau tindakan yang berpatutan tidak diambil ke atas akhbar milik MCA, The Star ini.
"Bagaimana AJK Pusat MCA yang jadi timbalan menteri KDN ni nak siasat dan hukum akhbar MCA (akhbarnya sendiri)? Kelakarlah pentadbiran Umno ini," kata Nasrudin Hassan, Ketua Pemuda PAS ketika mengulas isu ini.
Sehubungan itu, beliau meminta KDN lebih serius dalam hal ini dan menjaga kepentingan umat Islam dan tidak takut kepada MCA yang sudah semakin galak menghina Islam. (Hrkh/IH)
Lihat sebelum ini..

Pakai Seluar Nampak Bontot, Apa Patut Buat?

TREND pakaian wanita kini menjadi-jadi. Pakai pakaian tetapi bertelanjang. Pakai seluar tapi nampak bontot. Sebagai umat Islam dan berbudaya, bolehkah dibiarkan terus budaya ini berkembang?
Memadaikah hanya melawan dengan poster-poster begini?
Hanya dengan Islam sebagai pendinding dan penyelamat umat. Tetapi Kerajaan Malaysia pimpinan BN kini sudah tidak mampu membela dan menyelamatkan perlaksanaan Islam termasuk undang-undangnya di negara umat Islam ini sendiri.

Jadi, bagaimana mengatasinya? Dalam PRU 13 kali ini, tentukan bahawa semua calon-calon Parti Islam Se Malaysia (PAS) menang bersama parti gabungan Pakatan Rakyat. Tukar, tumbangkan BN demi agama!! (IH)

Friday, February 17, 2012

DARI PERKASA JADI PERKASAM KEMUDIAN JADI PERKAKAS PULAK...KATAK OH KATAK DAH MULA MEROYAN DAH KAH KAH KAH!!!

Satu demo telah dibuat oleh kumpulan pendesak melayu kelahiran umno bagi mendesak Felda mengadakan Audit dalaman bagi membersihkan gunting dalam lipatan., ianya telah dibuat di hadapan Ibu Pejabat  Felda Jalan Semarak.

Memang lah puak-puak PERKAKAS kelahiran umno ni tak faham bahasa melayu, macam mana boleh mengaku pejuang melayu sedangkan bahasa melayu pun tak faham. Bila Ketua Audit Negara keluarkan laporan tentang projek NFC yang mendapat jaminan pinjaman mudah kerajaan sebanyak RM250 juta serta geran percuma RM75 juta diselewengkan tak ada pula Demo.

Rasa nya lah kan Ketua nya dah mula meroyan apabila mengetahui Naib Presiden PAS YB Sallehuddin Ayob akan bertanding di Parlimen Pasir Mas dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, ini yang membat beliau macam cacing kepanasan tak tentu arah tujuan..kah kah kah !.

Untuk lepaskan tekanan maka cari lah apa yang boleh untuk dijadi PERKAKAS, mana lah tahu kalau boleh mendapat Hujan bagi membasahi diri yang kekeringan, yang pelik nya banyak betul sepanduk dan kain rentang yang menyokong Tan Sri Isa Samad bagi mendesak Felda melakukan Audit dalaman.(sumber malaysiakini)


hemmmmm..... katak kalau dah panggil hujan memang lah bising yang teramat.... betuk-betul meloyakan heeeeee....

SEJAK BILA PULAK RAKYAT TAK BOLEH PERGI MAHKAMAH !!! PERKAKAS PERKASAM NI BETUL-BETUL DAH MEROYAN GILA, KAH KAH KAH !!!

Dua laporan Polis telah dibuat oleh Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Yb Datuk Ibrahim Ali di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, satu kepada pihak yang menyuruh menghadiri pada hari keputusan Penghakiman kes tuduhan liwat Yb Datuk  Anwar Ibrahim pada 09 Jan' 2012 dan satu lagi laporan terhadap Paderi Dr Eu Hong Seng kerana dikatakan mempersoalkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Sejak bila pulak Rakyat tak boleh menghadiri untuk mendengar sesuatu Perbicaraan di Mahkamah... dan menunggu keputusan perbicaraan diluar bangunan Mahkamah kerana tiada lagi ruang didalam Mahkamah, kalau bodoh jangan tunjukkan sangat Yb Oiiiiii.... kah kah kah !!!.

Yb Ibrahim Ali ni betul-betul lah keturunan sikit-sikit report... sikit-sikit report, betul-betul macam budak kecik bergaduh... sikit-sikit mengadu... sikit-sikit mengadu, buat kerja macam orang dewasa sikit atau pun buat kerja orang ada telur... ajak dekat ke... ajak bahas ke... memang muka tak tahu malu...kah kah kah !!!.

Satu lagi laporan terhadap Paderi Dr Eu Hong Seng kerana dikatakan mempersoalkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, betul ke langsung tak boleh disebut Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.... macam mana pula apabila Umno yang diketuai oleh Tun Mahathir dan Pencacai Umno hendak memansuhkan Imuniti Raja-Raja dengan Road Show satu Malaysia ???


hemmmmm..... katak oh katak kenapa tak panggil hujan... katak pun jawap.... bukan aku tak panggil hujan tapi hujan tak mau turun.... tapi hujan tak mahu turun.... kah kah kah !!! betul-betul meloyakan heeeeee......

ISU SALAH GUNA WANG ZAKAT... IBRAHIM ALI BERKATA... SAYA JUGA SEBUK SEPERTI PERDANA MENTERI... BETUL-BETUL LAWAK GILA LAH PERKASAM NI !!!

Apabila di tanya oleh wartawan kenapa Pertubuhan Kebangsaan Perkasam (Perkasa ) tidak membuat lapuran Polis dan mengadakan Demo dalam Isu berkaitan NFC dan Penyalah gunaan wang Zakat, maka Perkasam melalaui Presiden nya Datuk Yb Ibrahim Ali berkata... kalau semua nya Perkasam nak buat maka Perkasam kena buat rumah didepan Balai Polis,,, kah kah kah.... betul-betul maharaja lawak ...

Menurut nya lagi dakwaan salah guna wang zakat kerana ia merupakan isu yang sedang berjalan, isu itu berbeza dengan isu ucapan hari Natal oleh paderi Eu Hong Seng yang dituduhnya merupakan isu nasional dan boleh menyebabkan permusuhan kaum, tambahnya lagi beliau hanya akan memilih isu bersangkutan dengan keselamatan negara dan menyerahkan isu lain kepada NGO lain.

Kata nya lagi Perkasam tidak boleh melakukan segala-galanya, jadi biar lah kita bekerjasama ... jika awak sayangkan negara dan berjuang untuk tadbir urus yang baik, mengapa tunggu Perkasam?.... Buat laporan dulu dan minta Perkasam menyokongnya sebab saya pun sebok macam Perdana Menteri kata Datuk Yb Ibrahim Ali..... keh keh keh !!!.

Yang betul nya Yb Perkasam memang betul-betul Perkasam sayang nya ia bukan dibuat dari Ikan tapi dari burung terbang hinggap ( Katak ), sebab itu rakyat tak boleh mengharapkan Perkasam yang terbukti kaki bodek , kaki ampu dan Hiporkrit.


hemmmmm..... dulu bila dengar katak perkasam bercakap.... kita tak akan kompromi soal agama.... bial tiba soal zakat diam... macam katak bawah tempurong .. betul-betul meloyakan heeeee.....

DATUK IBRAHIM ALI BERKATA... KERAJAAN SEPATUTNYA BEKUKAN ASET NFC DARI DULU LAGI... PERKASAM NI MEMANG KAKI PENGAMPU BETUL !!!

Presiden Pertubuhan kebangsaan Perkasam (Perkasam) Datuk Yb Ibrahim Ali hari ini mengatakan kerajaan sepatut nya membekukan aset Nasional Fidlot Copration (NFC) dari dulu lagi, iaitu semasa ianya mula ditimbulkan pada awal november 2011.

Menurut nya "tindakkan seperti ini yang hendak dilihat oleh rakyat iaitu tindakan segera dan pantas, ianya sudah pasti dialu-alukan oleh rakyat, dan tak patut ada sebarang spekulasi sebelum hasil siasatan dikeluarkan oleh Surahanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)".

Belaiu juga berkata "Pembangkang suka bersangka buruk kepada kerajaan dan belum apa-apa lagi sudah menjatuhkan hukuman bersalah, tetapi apabila timbul Isu dipihak Negeri Pakatan Rakyat ...mereka akan mengatakan ini adalah fitnah dari pihak Umno/Bn".

Nampak sangat lah Datuk Ibrahim Ali ni lebih Umno dari ahli Umno itu sendiri, sedangkan ahli Umno pun tak keluarkan kenyataan tapi Datuk Ibrahim telah membuat kenyataan menyokong dan mengampu, cuma sepatutnya ia nya disusuli dengan Demo dari ahli Perkasam seperti yang selalu dibuat oleh Perkasam.

Kalau lah dari dulu Perkasam buat Demo dan mendesak mungkin  pihak kerajaan pimpinan Datuk Seri Hj Najib akan dari awal membekukan aset NFC..kah kah kah !!!... tapi Datuk Ibrahim Ali dah ketinggalan bas begitu jauh... orang dah nak sampai ke Putra Jaya... Datuk Ibrahim Ali baru naik bas dari Pasir Mas... kenapa?... tertidur kerana makan ubat batuk ke?  kah kah kah !!!.


hemmmmm.....kenapa tak ada demo.... takut orang tak datang ke? kah kah kah.... kalau dah kaki pengampu memang lah muka tak tahu malu, apa aje yang boleh diampu habis semua nak diampu... nanti kita dengar lagi kenyataan dia yang mengiyakan segala perbuatan umno/bn.... umno-perkasam betul-betul meloyakan heeeee....

DATUK IBRAHIM ALI BUAT LAWAK LAGI... TAWARAN SEBULAN ELAUN AHLI PARLIMEN UNTUK TANGKAP DALANG BOM 901... KAH KAH KAH !!!

 Selepas Pihak Polis menawarkan gajaran sebanyak RM10,000 bagi maklumat sehingga tertangkap nya dalang letupan bom pada hari perhimpunan "Bebas Anwar 901", hari ini satu lagi tawaran berupa sebulan elaun Ahli Parlimen bagi perkara yang sama dan ianya datang dari Ahli Parlimen Pasir Mas juga merangkap Presiden Pertubuhan Perkasam (Perkasam) Datuk Yb Ibrahim Ali.

Katanya "Bagi membantu usha pihak Polis, saya juga menawarkan sebulan gaji pokok Ahli Parlimen bagi tambahan RM10,000 yang ditawarkan oleh pihak Polis semoga ini menjadi rangsangan kepada sesiapa yang boleh membantu sehingga tertangkap nya individu atau kumpulan yang memang jahat demi keamanan dan keselamatan rakyat".

kah kah kah !!!... hari tu siap kata nak bantu pihak Polis jaga penyokong "Bebas Anwar 901"... sampai masa batang hidung dia pun tak nampak..... keh keh keh !!!, yang kesihan nya budak-budak yang lebih kurang 50orang dibiarkan membuat provokasi.... dikejar penyokong "Bebas Anwar 901" lintang pukang tak cukup tanah lari .... kah kah kah !!!.

Patut pun Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mengatakan Datu Ibrahim Ali Gedebe ( dalam bahasa kelantan) kah kah kah !!!... Khairy pun sedar akan diri dan tak mahu mengambil bahagian selepas Patriot yang diasakan nya hanya yang meramaikan adalah mat-mat bangla semasa Bersih 2.0... keh keh keh !!!.

Tapi kan... kalau dari segi membuat asas Provokasi memang Datuk Ibrahim Ali nombor 1 dalam 1malaysia... orang Umno yang ahli Umno pun tak boleh buat macam dia... sedang dia bukan ahli umno tapi lebih Umno dari orang Umno itu sendiri...kah kah kah !!!. 


hemmmmm..... satu lagi ahli perkasam peringkat tinggi sampai sekarang senyap aje... sebelum perhimpunan 901, semasa di shah alam macam nak putus urat kentut ketika berucap..... kesudahan nya sampai sekarang senyap aje.... kena belajar lagi kat yb ibrahim ali macam mana nak istiqamah dalam membuat provokasi... baru lah yb zul kalau melompat tak tersangkut... kah kah kah !!!   umno=perkasam betul-betul meloyakan  heeeeee....

DATUK IBRAHIM ALI TAWARKAN JAWATAN PRESIDEN PERKASAM KEPADA DATUK HASSAN ALI... BETUL-BETUL LAWAK LA PERKASAM NI, KAH KAH KAH !!!

Pertubuhan Kebangsaan Perkasam (Perkasam) melalui Presiden nya Datuk Yb Ibrahim Ali sedia menerima dan menawarkan jawatan kepada Datuk Dr Hasan Ali, yang dipecat dari Pas berkuat kuasa serta-merta hari ini.

Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau sudah menjangka bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastrukur dan Kemudahan Awam Selangor akan dipecat dan mengalu-alukannya untuk menyertai Perkasa.

Menurut nya "Sekiranya Datuk Hasan Ali mahu menyertai Perkasa, sebarang jawatan kami boleh tawarkan termasuk jawatan presiden," katanya kepada pemberita di sini dalam sidang akhbar di Masjid Wilayah Jalan Duta Kuala Lumpur, bersempena Majlis Khiamulai yang diadakan malam ini.

Menurut nya lagi Perkasam menunaikan solat hajat bagi memohon tiada kejadian tidak diingini berlaku di ibu kota berikutan perhimpunan 901 anjuran PKR esok, solat hajat berkenaan dihadiri kira-kira 100 orang, Perkasa katanya akan berkumpul di masjid itu sehingga keputusan diumum dan perhimpunan berkenaan selesai esok.

"Perkasa tidak akan terlibat langsung dengan perhimpunan itu. Seandainya keadaan tidak terkawal, kami sedia membantu polis dengan adanya skuad keselamatan Perkasa kira-kira 300 orang", beliau juga turut mengecam PKR yang menganjurkan perhimpunan tersebut.

Ini menurut nya hanya akan memberi kesempatan kepada media asing untuk memburukkan nama negara, "Saya amat membantah perhimpunan berkenaan kerana mereka langsung tidak menjunjung perlembagaan negara dan hanya mementingkan kepentingan pemimpin mereka tanpa memikirkan ketenteraman awam".

Kah kah kah !!! hari tu cakap bukan main lagi....  hari lagi hebat siap nak tolong polis jaga keselamatan.... memeng pandai buat lawak lah Presiden Perkasam ni, tak sia-sia jadi Presiden Perkasam.... siap nak bagi jawatan Presiden kat Datuk Hassan Ali... kah kah kah !!!


hemmmmm..... nampaknya hujan yang ditunggu-tunggu mungkin akan tiba oleh katak-katak yang kepanasan, apa-apa pun kita tunggu apa jawapan datuk hassan ali..... perkasam betul-betul meloyakan heeeee.....

LAWAK MALAM 901...DATUK IBRAHIM ALI PERKASAM TIPU PEKIDA... ABANG LONG PERDAJAI AYAHANDA... KAH KAH KAH !!!

Menyingkap kembali peristiwa dimalam "Bebas Anwar 901" ("BA901") yang mana beberapa kumpulan NGO melayu yang diketuai oleh Pertubuhan Kebangsaan Perkasam (Perkasam) dan Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda (Permas) juga 15 lagi badan gabungan dibawah nya dikatakan akan mengadakan Khaimulai di Masjid Wilayah.

Sebelum itu pada siangnya menurut Presiden Perkasa Datuk Yb Ibrahim Ali, telah diadakan solat hajat bagi memohon tiada kejadian yang tak diingini pada esok hari semasa Perhimpunan "BA901", dan menurut beliau lagi akan ada 5000 peserta dari NGO akan menentang peserta "BA901"... kah kah kah !!! .... esok pada siang hari adalah dalam 50orang nak buat provokasi.... dikejar penyokong "BA901" lingtang pukang tak cukup tanah lari..kah kah kah !!!.

Di petik dari cerita -cerita sahabat-sahabat yang pergi awal untuk hadir demo "BA901" dan telah bermalam di Masjid Wilayah, memang ada Khaimulai pada malam itu tapi bilangan ahli program sebenar hanyalah likunggan 30 orang... jadi apabila penyokong "BA901" datang dan kebetulan peserta Khaimulai sedang mendengar Tazkirah...

Sahabat-sahabat demo "BA901" pun duduk bersama..... habis Tazkirah jemaah dijemput jamuan termasuk lah peserta demo "BA901" yang disangka oleh Abg Long peserta Khiamulai.... dalam jamuan tersebut sahabat "BA901" pun pasang telinga mendengar perbualan Ayahanda dengan Abg Long......

Ayahanda....  Ramai peserta pagi ni....

Abg Long...   Memang ramai nak datang Yah.... ni ada yang belum sampai lagi....

Ayahanda....  Bagus... kalau ramai macam ni tak malu lah dengan Datuk Ibrahim Ali....

Abg Long...   Datuk Ibrahim Ali datang ke esok Yah..?

Ayahanda... Mesti dia datang punya.... sebab benda-benda macam ni memang dia suka...dengar ahli perkasam pun ramai datang...

Abg Long...  Alhamdulillah....

Ayahanda... Jemput-jemput jangan malu-malu.... esok kita ada tugas....

Sahabat yang mendengar perbualan antara Ayahanda dan Abg Long... macam nak pecah perut ketawa.... sebab ketawa dalam hati lah.... kah kah kah !!!.

Yang heran tu masih ada manusia cerdik ditipu oleh Datuk Ibrahim Ali Perkasam ni ya.... bukan sekali dia menipu orang.... cuba lihat semasa demo Bersih 2.0, kemana beliau masa tu...... beliau ada kat rumah dalam selimut demam..... kah kah kah !!!.... sebelum tu cakap wah...... tapi masih ada yang nak percaya cakap dia....

Kepada Ayahanda dan Abg Long harus diketahui tak semua ahli Pekida suka dengan apa yang Ayahanda dan Abg Long buat.... jangan jadikan diri sebagai barua Umno dan diperbodohkan oleh Datuk Ibrahin Ali Perkasam.... Gunakan lah akal fikiran yang waras .... jangan rosak kan Jemaah yang pada awal penubuhan nya adalah Amal Makruf Nahi Mungkar..... jangan terbalikan jadi Amal Mungkar Nahi Makruh... cuba llihat balik semasa Bai'ah... apa yang di lafaskan...


hemmmmm..... datuk ibrahim ali memang kuat pembohong, sebab tu umno suka dengan dia... yang pelik nya sampaikan pas pun tertipu dengan dia.... tapi itu dulu datuk.... sekarang kalau katak panggil hujan sampai banjir pun dah tak percaya lagi.....kah kah kah !!! umno=perkasam betul-betul meloyakan heeeee.....  

TANYA YB IBRAHIM ALI... BERAPA HARGA SE-EKOR LEMBU NFC... YANG JUALAN NYA SATU HARI RM150 RIBU... NAK TIPU PUN AGAK-AGAK LAH !!!

Kalau mengikut kata Datuk Yb Ibrahim Ali kutipan jualan harian NFCorp adalah RM150 ribu... macam mana kiraan tu boleh didapati... satu hari berapa ekor lembu disembelih... dan mengikut kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar "projek yang membabitkan syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) sudah mencapai sasaran Indeks Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan iaitu mengeluarkan lebih 8,000 ekor lembu dalam tempoh tiga tahun sejak 2008 dan daripada jumlah itu, 5,742 ekor telah disembelih"

Cuba bayangkan hanya 5,742 dalam masa tiga tahun (1095 hari)... kalau dibahagikan 5,742 ekor dengan 1095 hari bersamaan 5.3 ekor satu hari lembu disembelih... berapa agaknya harga satu ekor lembu NFCorp yang sampai jualan harian mencapai sehingga RM150 ribu dan menurut nya dalam bentuk tunai sahaja RM10 ribu hingga RM20 ribu .... dan yang tunai ini yang diselewengkan oleh pegawai NFCorp yang dipecat.... seterus nya menjual maklumat NFCorp kepada Pembangkang.

Nampak nya Datuk Yb Ibrahim Ali cuba nak memperbodohkan rakyat dengan cuba menjadi Lawyer Buruk kepada NFCorp... sekali dengar cakap beliau ni macam betul aje... tetapi kalau diselidik ianya jelas pembohongan untuk menipu rakyat... dan ianya macam satu suntikan semangat kepada Menteri Umno yang sebelum ini dah macam ayam berak kapur...

Maka bersuara lah pulak Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar dengan kata nya "Penjelasan Ketua Audit Negara berhubung projek NFC adalah sama dengan penjelasan panjang yang saya berikan di Parlimen dahulu pada sesi penggulungan kementerian saya sebelum ini".
  
Datuk Seri Noh Omar berkata demikian ketika mengulas penjelasan Jabatan Audit Negara (JAN) semalam bahawa Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 tidak ada menyebut perkataan-perkataan seperti kucar-kacir ataupun penyelewengan dalam laporan pengauditannya terhadap projek NFC di Gemas, Negeri Sembilan, "Projek tersebut tidak gagal, hanya kementerian perlu menyusun semula supaya ia dapat dilaksanakan sebagaimana yang terkandung dalam perjanjian".

Sebenar nya ini hanyalah permainan bagi menutup segala kesalahan... Sedang Perdana Menteri mengatakan segala aset NFC telah dibekukan sehingga siasatan selesai... dan ianya di serahkan kepada Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani bagi menyelesaikan kemelut NFC... tapi perniagaan masih berjalan... untuk itu digunakan Perkasam sebagai Lawyer Buruk dan juru cakap kepada NFC... kah kah kah !


hemmmmm..... yang belum kita dengar bersuara ialah timbalan perdana menteri tan sri muhyiddin yassin.... mungkin beliau cerdik sikit dan menyedari kenyatan datuk yb ibrahim ali tu boleh menjerat beliau... kerana kenyatan itu lebih kepada lawyer buruk.... kah kah kah !!!... umno-perkasam betul-betul meloyakan  heeeeee....

HASSAN ALI MENIPU... BILA MASANYA BELIAU BERDAKWAH DI TEMPAT HIBURAN... KALAU NAK MENIPU PUN AGAK-AGAK LAH !!!

Dengan mengatakan bahawa beliau telah berdakwah ditempat hiburan ini menunjukan pembohong terang terangan dari Dr Hassan Ali yan juga Bekas Ahli PAS ini dan bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor... hanya kerana menyahut gesaan Pensyarah Universiti Islam Antrabangsa Malaysia (UIAM) Dr Maszlee Malek supaya berdakwah di tempat hiburan.
Tak kan dengan satu serbuan di Gereja dan  tempat hiburan dalam masa hampir empat tahun menjawat Jawatan Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Selangor ini yang dikatakan berdakwah ditempat hiburan... kalau nak membohong agak-agak lah sikit... kalau Ustad Azhar Idrus yang kata begitu boleh lah diterima... ini yang cakap adalah Dr Hassan Ali... kah kah kah !!!.
Dr Maszlee Malek
Ini menunjukan mentality nya serupa dengan Umno... yang tak tahu membezakan antara dakwah dan penguatkuasaan Undang-Undang... yang beliau buat semasa menyerbu Gereja dan pusat hiburan adalah penguatkuasaan Undang-Undang... istilah dakwah pergi ke tempat dan menerangkan apa yang betul dan apa salah... sedangkan yang beliau buat ialah penguatkuasaan Undang-Undang... itu kah yang beliau dakwa telah berdakwah di tempat hiburan.... kah kah kah !!!.

Mengatakan konon nya dulu beliau mendapat tekanan untuk berdakwah... kenapa sekarang tak buat... pergi lah selamat anak-anak melayu Islam yang hanyut di tempat-tempat hiburan... tiada sesiapa akan menekan dan menyuruh beliau jangan berdakwah... pergi lah sekarang ke tempat-tempat hiburan yang ada di Negeri Selangor dan Kuala Lumpur... dan kalau nak mudah lagi pergi kat Hard Rock Cafe... atau pergi jumpa sendiri kat tuan punya tempat tersebut.
Sayang sungguh hampir empat tahun jadi Exco apa program dakwah yang dibuat kat Masjid Negeri dan Stadium Negeri... apabila tak tahu berdakwah tapi kata ada tekanan... pergi lah belajar kat Ustad Azhar Idrus... tanya dia macam mana nak berdakwah dengan tiada jawatan Exco... tapi masih mampu menarik puluhan ribu untuk mendengar dakwah beliau... kah kah kah !!!.
hemmmmm..... jenis manusia yang tak boleh ditegur... nak kata pandai macam bodoh... nak kata bodoh tapi ada phd... yang aku tahu dakwah beliau kalau masa cuti sekolah... beliau akan buat summer camp untuk murid-murid... namun yuran yang dikenakan tak mampu untuk orang melayu kampong sungai penchala tempat beliau tinggal nak menyertai nya... tanya beliau berapa ramai anak melayu kampong sungai penchala yang beliau taja untuk menyertai summer camp yang beliau anjurkan... umno perkasam jati betul-betul meloyakan  heeeee.....

ISU SBPA KAKITANGAN AWAM... RASA NYA CUEPACS TERLALU MENGAMPU... MUSTAHIL TAK TAHU IA AKAN DILAKSANAKAN ?

Skim Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Hj Najib (DSHN) pada Pembentangan Belanjauwan 2012.. dan akan dilaksanakan  pada tahun 2012 telah menimbulakan rasa tidak puas hati kakitangan perkhimatan awam.

Ini kerana ia lebih menguntungkan kepada pegawai kanan kakitangan awam, yang dianggarkan seramai 2,000  daripada mereka sudah menandatangani perjanjian skim baru berkenaan, yang akan menjamin peningkatan pendapatan sehingga paling kurang RM5,000 sebulan. 
Namun mejoriti kakitangan yang berada dalam perkhidmatan sokongan hanya menerima kenaikan serendah RM1.70 berbanding kenaikan sehingga RM60,000 sebulan untuk Ketua Setiausaha Kerajaan dan ini yang telah menimbulkan kemarahan 1.4 juta kakitangan awam.
Yang menjadi tanda tanya ialah kenyataan Cuepacs yang mereka tak tahu dan diberitahu bahawa skim itu dirangka kerana ia tanpa penglibatan Ceupacs... dan di bawah SBPA, 36 pegawai tinggi dalam Perkhidmatan Utama akan menerima gaji sehingga RM36,000 sebulan... sedangkan pengumuman telah dibuat oleh DSHN semasa Pembentangan Belanjauwan 2012.
Mana mungkin Cuepacs mengatakan mereka tak tahu sedangkan parti-parti politik sudah menyuarakan ketidak puasan hati kakitangan awam... apakah mereka tidak peka dan hanya menyuarakan pandangan selepas kaki tangan awam membantah atau ada sebahagian pemimpin Cuepacs hanya mengangguk atau mengampu apa saja yang dikatakan oleh Kerajaan Umno/Bn.
Dan Cuepacs bertindak hanya selepas borang dihantar kepada Kakitangan Awam dan membuat 5 tuntutan... iaitu meminta semakan terhadap kadar pendapatan kakitagan awam pada gred 52 dan ke bawah... mengekalkan pegawai kanan pada skim Sistem Saraan Malaysia (SSM)... mengakaji kadar gaji tertinggi... menyenaraikan kakitangan kerajaan yang layak untuk mendapat kenaikan gaji sehingga 13 peratus... dan mengkaji struktur kenaikan gaji untuk semua tahap.
hemmmmm..... kalau nak jadi pemimpin persatuan kena lah membuat kajian apabila sesuatu semakan di suarakan oleh majikan.... bukan bertindak selepas sesuatu perkara hendak dijadi akta... kalau rasa-rasa tak mampu lebih baik berhenti... bagi mereka yang betul-betul hendak memperjuangkan nasib pekerja menjadi pemimpin pekerja..... ini kerana umno tak kan mungkin berlaku adil... kerana lahir nya bukan untuk berlaku adil.... umno perkasam jati  betul-betul meloyakan heeeee.....

ORANG YANG PERNAH MENIPU NIK AZIZ KATA... KENYATAAN SAYA BETUL, KENYATAAN NIK NIK AZIZ TIPU... KAH KAH KAH !

Dengan muka yang sudah diketahui jenis tak tahu malu... maka Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasam (Perkasam) menegaskan... kenyataan yang dibuat Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam yang menggesa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya dalam Wall Street Journal (WSJ) adalah sandiwara parti Islam itu semata-mata.
Melalui Presidennya... Datuk Ibrahim Ali mengatakan kenyataan itu dibuat semata-mata mahu membersihkan imej PAS kepada masyarakat... dengan ini Perkasam berpendapat bahawa kenyataan Nik Aziz itu hanyalah sandiwara yang cuba membersihkan imej PAS yang bersekongkol dengan Anwar yang memegang teguh pada sokongan politik Amerika Syarikat dalam konteks kedudukan negara Palestin.

Ini bemakana bila Nik Aziz mendesak Anwar untuk menarik balik kenyataannya atau menyaman akhbar tersebut... ia hanyalah cubaan untuk mengelirukan masyarakat kerana mungkin PAS sudah sedar apabila Anwar diserang dan dikecam, itu akan merugikan PAS... beliau mengingatkan rakyat jangan terkeliru dengan perkembangan tersebut kerana jika Anwar berpendirian untuk menyaman akhbar tersebut... beliau juga tidak yakin bahawa itu dari hatinya.... bermakana ambil tindakan saman bukan bermakna beliau ikhlas.
TENGOK MUKA DIA... CUBA KAU ORANG TAFSIRKAN SENDIRI KAH KAH KAH !
Oleh itu kenyataan Nik Aziz adalah tipu dan kenyataan Ibrahim Ali Perkasam adalah betul... kah kah kah... ingatkan bila dah lama menyepi kerana berendam dalam air ( isu pek angpau waran putih )... rupa nya sempat melompat (mencelah) bila melihat ada isu yang boleh beri penafasan... Ini lah Ahli Parlimen yang paling tak tahu malu dalam sejarah politik Negara... dengan selamba mengatakan orang yang pernah ditipunya adalah penipu... kah kah kah !!!.
Tapi apalah nak di hairankn kalau beliau yang masih cintakan Umno berkata begitu... kerana memang dah menjadi perangai nya umno yang suka  kepada perangai... pijak memijak sesama Ahli inikan pula orang yang pernah ditipu dan bukan Ahli... kalau tidak masakan umno yang konon nya parti keramat telah dimasukan kedalam keranda pada tahun 1988.... akibat diharamkan oleh Mahkamah kerana terlampau ujud perpaduan sesama Ahli... kah kah kah !!!.
hemmmmm..... kalau pernah dimasukan dalam keranda namun mungkin tidak dikebumikan secara biasa... mungkin cara mesir kono zaman maha-firaun... dan mungkin umno yang adalah sekarang adalah hasil awetan yang tidak sempurna dan lebih kepada perangai jahat... sebab itu sepatut nya kalau dah pernah dihukum sebagai haram ianya akan membuatkan kesedaran... namun itu tiada pada umno yang lebih kepada mumia... kah kah kah !!!. umno perkasam jati... betul-betul meloyakan  heeeee.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...