Friday, February 17, 2012

TANYA YB IBRAHIM ALI... BERAPA HARGA SE-EKOR LEMBU NFC... YANG JUALAN NYA SATU HARI RM150 RIBU... NAK TIPU PUN AGAK-AGAK LAH !!!

Kalau mengikut kata Datuk Yb Ibrahim Ali kutipan jualan harian NFCorp adalah RM150 ribu... macam mana kiraan tu boleh didapati... satu hari berapa ekor lembu disembelih... dan mengikut kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar "projek yang membabitkan syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) sudah mencapai sasaran Indeks Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan iaitu mengeluarkan lebih 8,000 ekor lembu dalam tempoh tiga tahun sejak 2008 dan daripada jumlah itu, 5,742 ekor telah disembelih"

Cuba bayangkan hanya 5,742 dalam masa tiga tahun (1095 hari)... kalau dibahagikan 5,742 ekor dengan 1095 hari bersamaan 5.3 ekor satu hari lembu disembelih... berapa agaknya harga satu ekor lembu NFCorp yang sampai jualan harian mencapai sehingga RM150 ribu dan menurut nya dalam bentuk tunai sahaja RM10 ribu hingga RM20 ribu .... dan yang tunai ini yang diselewengkan oleh pegawai NFCorp yang dipecat.... seterus nya menjual maklumat NFCorp kepada Pembangkang.

Nampak nya Datuk Yb Ibrahim Ali cuba nak memperbodohkan rakyat dengan cuba menjadi Lawyer Buruk kepada NFCorp... sekali dengar cakap beliau ni macam betul aje... tetapi kalau diselidik ianya jelas pembohongan untuk menipu rakyat... dan ianya macam satu suntikan semangat kepada Menteri Umno yang sebelum ini dah macam ayam berak kapur...

Maka bersuara lah pulak Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar dengan kata nya "Penjelasan Ketua Audit Negara berhubung projek NFC adalah sama dengan penjelasan panjang yang saya berikan di Parlimen dahulu pada sesi penggulungan kementerian saya sebelum ini".
  
Datuk Seri Noh Omar berkata demikian ketika mengulas penjelasan Jabatan Audit Negara (JAN) semalam bahawa Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 tidak ada menyebut perkataan-perkataan seperti kucar-kacir ataupun penyelewengan dalam laporan pengauditannya terhadap projek NFC di Gemas, Negeri Sembilan, "Projek tersebut tidak gagal, hanya kementerian perlu menyusun semula supaya ia dapat dilaksanakan sebagaimana yang terkandung dalam perjanjian".

Sebenar nya ini hanyalah permainan bagi menutup segala kesalahan... Sedang Perdana Menteri mengatakan segala aset NFC telah dibekukan sehingga siasatan selesai... dan ianya di serahkan kepada Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani bagi menyelesaikan kemelut NFC... tapi perniagaan masih berjalan... untuk itu digunakan Perkasam sebagai Lawyer Buruk dan juru cakap kepada NFC... kah kah kah !


hemmmmm..... yang belum kita dengar bersuara ialah timbalan perdana menteri tan sri muhyiddin yassin.... mungkin beliau cerdik sikit dan menyedari kenyatan datuk yb ibrahim ali tu boleh menjerat beliau... kerana kenyatan itu lebih kepada lawyer buruk.... kah kah kah !!!... umno-perkasam betul-betul meloyakan  heeeeee....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...