Sunday, November 3, 2013

Mandi dulu, baru lumur

Dimandikan wanita muda berpakaian seksi sebelum melakukan urutan berahi menggunakan keju yang dilumur ke beberapa bahagian anggota badan.
Itulah teknik terbaru beberapa pusat urut di sekitar Lembah Klang untuk menarik pelanggan, terutama lelaki hidung belang yang sentiasa mahukan kelainan dalam teknik urutan batin. 
Taktik itu dikesan wartawan Metro Ahad di sebuah pusat urut di Serdang, dekat sini, yang sekali pandang seolah-olah hanya menawarkan khidmat urutan badan kepada pelanggannya. 

Pakej istimewa ‘urut keju’ ini diberi kepada pelanggan yang ingin dibelai wanita muda dari Vietnam, China dan Indonesia.
Foto
KEJU yang digunakan untuk urutan.

Menerusi pakej ini, pelanggan bebas memilih tukang urut yang diingini sebelum mereka dimandikan wanita berkenaan, seterusnya anggota badan mereka dilumur dengan keju.

Sauna songsang

Kewujudan lebih 10 sauna khusus untuk lelaki di sekitar Kuala Lumpur bukan semata-mata untuk rawatan kecantikan, tetapi turut menjadi lokasi golongan lelaki gay melam­pias nafsu sejenis.
Kegiatan sauna songsang itu semakin berkembang secara haram di sebalik lesen pusat kesihatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan. 
Dalam tempoh dua minggu, wartawan membuat tinjauan di beberapa pusat sauna gay sekitar Bukit Bintang, Jalan Klang Lama, Cheras dan Brickfields. 

Secara keseluruhannya, dengan bayaran sekitar RM20 hingga RM30 sekali masuk ke pusat sauna songsang, golongan gay ini boleh mendapatkan perkhidmatan bilik sauna, bilik stim serta beberapa kemudahan lain, termasuk gimnasium mini dan kafe.
Foto
PELANGGAN hanya bertuala dan menyimpan semua barang dalam almari kecil sebelum naik ke tingkat atas untuk melakukan aktiviti tidak bermoral.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...