Saturday, July 28, 2012

Rangka bot firaun ditemui di Abu Rawash


SEORANG pekerja mengukur lebar rangka sebuah bot Firaun.
KAHERAH – Rangka sebuah bot kayu yang digunakan pada zaman firaun dan berusia 5,000 tahun ditemui di kawasan arkeologi Abu Rawash, barat Kaherah oleh beberapa ahli arkeologi Perancis.
Panjang bot solar itu ialah 6 meter (m) panjang dan 1.5m lebar.
Pendedahan penemuan itu dibuat oleh Kementerian Antikuiti Mesir kelmarin.

Bayi kena sembelih di tempat pembuangan sampah


BAYI malang dirawat di hospital tempatan di Anshan, Liaoning.
BEIJING: Seorang bayi baru lahir yang ditemui dalam plastik di tempat pembuangan sampah dengan kesan kelar di leher dilaporkan semakin pulih, semalam.
Bayi perempuan itu ditemui bersama urinya yang masih melekat diselamatkan selepas seorang lelaki yang mencari barang lusuh terserempak dengan beg plastik berkenaan di bandar Anshan, Liaoning.
Penduduk tempatan menghubungi polis sebelum bayi terbabit dikejarkan ke hospital dan keadaannya dilaporkan kritikal. Seorang saksi berkata, bayi itu masih bernafas dan denyutan jantungnya dapat dilihat.

Subhanallah! Fenomena Langit Berwarna Ungu Di Britain


Pernahkah anda melihat fenomena langit berwarna ungu? Mungkin ada yang mengatakan ia sebagau satu fenomena yang dikenali dengan nama Aurora dan tentunya sudah banyak diketahui orang. Aurora adalah fenomena alam yang menyerupai pancaran cahaya yang menyala-nyala pada lapisan ionosfer dari sebuah planet sebagai akibat adanya interaksi antara medan magnetik yang dimiliki planet tersebut dengan partikel bermuatan yang dipancarkan oleh Matahari.
Namun ini adalah fenomena langit ungu bukan Aurora. Fenomena sangat jarang ditemui ini terjadi di langit Essex, Inggeris. Fenomena di mana zarah dari matahari menyebabkan langit berwarna hijau atau merah memang kerap ditemui di Norway atau utara Skotalandia.
Namun, pemandangan sangat jarang ditemui di mana langit berubah menjadi ungu terjadi di selatan Inggeris. “Pada mulanya saya tak menyangka akan melihat pemandangan ini. Saat itu benar-benar menakjubkan dan saya tak tahu apa dapat melihatnya lagi di kehidupan saya. Saya sangat senang melihat hasil gambar yang saya ambil saat itu” kata jurugambar Petet Scott (43) yang berjaya melihat fenomena ini di luar bandar. Saat itu, Peter menggunakan kamera Canon DSLR 5D untuk mengambil gambar fenomena langit ungu tersebut.

Lahar api dari ‘pintu ke alam neraka’


Dari jauh kelihatan dua lelaki sedang berdiri berhampiran pintu ke alam neraka. Pakar geologi berharap api yang membakar gas berkenaan dapat dipadamkan tetapi gagal.
ASHGABAT – Pada pandangan pertama, ia mungkin salah satu dari babak dramatik filem fiksyen sains, tetapi lubang lahar berapi di tengah Gurun Karakum, Terkmenistan sebenarnya disebabkan kesilapan manusia lebih 40 tahun lalu.
Selamat datang ke Derweze atau lebih dikenali sebagai ‘pintu ke alam neraka’.

Tuesday, July 24, 2012

‘Kilang’ pelacur 24 jam di Meru...


KLANG – Sebuah bangunan kilang industri kecil dan sederhana (IKS) di sekitar Meru dipercayai menjadi tempat menyediakan perkhidmatan seks sejak tiga tahun lalu.
Dengan bayaran serendah RM50, perkhidmatan itu disediakan khusus untuk warga asing. Difahamkan, lelaki tempatan tidak dibenarkan memasuki premis itu kerana pengusaha khuatir rahsia mereka diketahui.
Bagaimanapun, kegiatan tersebut mula terbongkar selepas penduduk berhampiran mendapati premis itu semakin kerap dikunjungi warga asing akhir-akhir ini.

Janin 15 minggu masih hidup


Hanover, jerman – Gambar yang anda lihat dibawah ini adalah gambar janin yang dilahirkan ketika umurnya baru sahaja 15 minggu. Hanya dengan sekecil dan semerah itu, dan mempunyai berat 10.5 ounce, janin yang diberi nama Kimberly Mueller. Apakah harapan ayah dan ibunya ketika itu?
Janin ini dibenarkan bersama ayah ibunya seketika selama beberapa saat sahaja sebelum dibawa pergi oleh pakar penyelamat yang bertungkus-lumus menyelamatkannya. Apa yang boleh dibisikkan oleh ayahnya hanyalah ‘Kimberly, you can do it baby”….
Harapan cuma 1:1000. Doktor pakar jantung yang merawatnya berkata, peluang untuk hidupnya sangat tipis. Namun begitu, bayi ini terus meredah liku-liku hidupnya dengan penuh tabah.
Selepas 6 bulan dijaga dengan rapi, janin ini sudah boleh dipanggil bayi. Bayi ini dibenarkan pulang ke rumahnya.

Pemuda Dibelit Ular Ketika Berzina


Melihat pendedahan yang dibuat oleh sebuah stesen televisyen swasta baru-baru ini mengenai anak bangsa kita yang melakukan perbuatan terkutuk di dalam hutan terutamanya di pusat-pusat perkelahan mengingatkan….
Pengalaman saya berhadapan dengan sepasang tunang yang mengadu menghadapi masalah besar beberapa tahun lalu,” beritahu Ustaz Abdullah Mahmud, penceramah bebas yang dikenali ramai. Tambahnya, beliau memang tidak hairan dengan pendedahan tersebut kerana sepanjang menjadi penceramah, kaunselor dan merawat orang, dia didatangi oleh golongan remaja yang mengadu menghadapi masalah akibat terlanjur terutamanya si wanita yang mengandung setelah berzina di merata tempat tak kira hutan, hotel, rumah kosong, dalam semak, kereta dan sebagainya.
“Adakalanya saya menitiskan air mata apabila mengingatkan pergaulan bebas anak muda kita yang makin menjadi-jadi.
Mereka ini langsung sudah tidak takut bala Tuhan. Mereka sudah tidak dapat membezakan antara halal dan haram,” tegas beliau dengan nada kesal. Berbalik kepada pasangan tunang yang datang menemui beliau di pejabatnya di Batu Caves, Selangor ketika itu, Ustaz Abdullah menjelaskan pasangan itu yang berumur lingkungan pertengahan 20-an itu datang untuk meminta pertolongannya.
“Apa yang boleh saya bantu encik?”
Tanya Ustaz Abdullah kepada mereka. Si lelaki kelihatan malu-malu untuk menceritakan masalahnya manakala si perempuan mencubit paha lelaki itu mungkin meminta agar segera menceritakan masalah mereka. Ustaz Abdullah yakin masalah yang dihadapi oleh pasangan itu agak berat kerana berdasarkan pengalaman, lazimnya hanya mereka yang menghadapi masalah besar saja akan pergi menemui kaunselor atau ustaz bagi mencari jalan agar kekusutan yang dialami mereka terlerai.
“Ustaz…macam ini, saya dan tunang saya ada masalah sikit. Ketika tidur, saya selalu nampak ular dalam rumah. Begitu juga dengan tunang saya. Seringkali ketika tidur, tunang saya menjerit-jerit. Dia kata ular besar datang membelitnya.”
“Saya sendiri sudah takut hendak masuk di dalam semak kerana sering terbayang ada ular,” beritahu lelaki itu ringkas.
Mendengar masalah itu, Ustaz Abdullah termenung sejenak. Dia merenung memikirkan “penyakit” aneh yang dihadapi oleh pasangan itu.
“Awak pernah pukul ular ke?”
Ustaz Abdullah mengajukan soalan rambang . Bagaimanapun lelaki itu menggeleng kepala sambil memberitahu dia tidak pernah memukul ular. Lelaki itu turut memberitahu dia dan tunangnya jadi fobia kepada ular dan akibat itu badan mereka menjadi lemah tidak bermaya akibat sering terkejut.
Mereka juga menyatakan telah pergi menemui beberapa orang bomoh meminta air penawar agar kelibat ulat tidak tergambar lagi dalam bayangan matanya tetapi semuanya tidak menjadi. “Selalunya kalau jadi macam ni, pasti ada sebabnya.
Kalau tidak ada sebab tertentu, setahu saya perkara seperti ini tidak akan berlaku tambahan lagi berdasarkan pengamatan saya, awak berdua bukan terkena sihir,” kata Ustaz Abdullah yang menyedari pasangan tunang itu cuba menyembunyikan cerita yang sebenar kepadanya.
Namun lelaki itu tetap berkeras menyatakan mereka tidak pernah melakukan sesuatu kesalahan seperti memukul ular dan sebagainya.”Tak perlu hendak malu. Saya hendak tahu ini pun, bukannya saya bermaksud hendak campur hal encik tapi dengan mengetahui puncanya, mudahlah sikit saya berikhtiar kalau-kalau ada serasi, Allah akan makbulkan permohonan kita,” pujuk Ustaz Abdullah lagi.
Sebaik saja mendengar kata-kata itu, wajah mereka tiba-tiba berubah. Si perempuan pula tiba-tiba menitiskan air mata manakala yang lelaki tunduk ke bawah memandang lantai. Dia kelihatan malu untuk bertentangan mata dengan Ustaz Abdullah. “Macam ini Ustaz, sebenarnya saya kena belit ular sawa setahun yang lalu, sejak itu saya mengalami masalah ini, sering diganggu dengan bayangan ular. Tunang saya juga kena belit ular,” akui lelaki itu agak mengejutkan Ustaz Abdullah.
Ustaz Abdullah yang tidak begitu faham dengan penjelasan itu terus bertanya kepada mereka bagaimana cerita yang sebenarnya. Barangkali setelah yakin dengan keikhlasan Ustaz Abdullah untuk membantu, akhirnya pasangan itu menceritakan segala-galanya. Cerita lelaki itu, kejadian itu berlaku sebelum mereka bertunang. Pada suatu hari, mereka yang mengaku bekerja di sebuah syarikat yang sama di Shah Alam, Selangor mengatur janji untuk pergi ke sebuah tempat perkelahan di Selangor. Mereka yang kebetulan bekerja syif malam telah mengambil keputusan untuk pergi pada hari biasa kerana pada hari tersebut orang tidak ramai maka mudahlah mereka bermadu asmara dan bercengkerama.
Menurut lelaki itu lagi, sebelum itupun, mereka pernah pergi ke situ pada hujung minggu. Bagi mereka, pada hujung minggu tidak sesuai kerana, pengunjung terlalu ramai, maka menyukarkan mereka untuk bercumbu rayu. Itupun mereka memilih tempat terlindung tetapi tidak terlepas daripada gangguan pemuda-pemuda yang suka mengendap.
“Hanya dua bulan perkenalan, kami sudah terlanjur. Ketika saya dibelit ular tempoh hari, saya berkenalan dengan tunang saya ini sudah enam bulan.
Banyak kali sudah kami melakukan perbuatan terkutuk itu,” nyata lelaki itu sambil menangis. Sebaik saja sampai di kawasan perkelahan yang mempunyai sebatang anak sungai itu, dia menyorokkan motosikal di dalam semak. Manakala tempat mereka bersama terlindung di sebalik pokok balak berhampiran gigi air sungai. Pada tengahari itu memang sunyi. Seorang
manusia pun tidak kelihatan.
Bukan main seronoklah mereka berdua kerana dapat bermadu kasih tanpa gangguan, meskipun terbit rasa bimbang kalau ada yang mengintip di sebalik semak atau diserbu pihak berkuasa tapi perasan rindu dendam yang membara mengatasi segala-galanya. Di situ, pada mulanya mereka berbual-bual sambil berpegangan tangan. Kemudian melarat ke bahagian lain pula.
Seterusnya nafsu mula menguasai diri masing-masing. Berbekalkan kertas suratkhabar, ia dijadikan alas untuk mereka berbaring. Pakaian si perempuan dilucutkan satu demi satu, selepas itu yang lelaki pula menanggalkan pakaian. Mereka bercumbu rayu dan terus berzina tanpa menyedari di dalam rumpun semak di hujung kaki mereka berlengkar seekor ular sawa sebesar paha orang dewasa sedang mengeram.
“Kami tak sedar ada ular. Tengah-tengah buat benda tu, kaki saya tertendang ular itu menyebabkan dengan pantas ia terus menyerang dan membelit kami berdua. Ia berlaku dengan pantas sekali, tidak sempat kami hendak melarikan diri,” cerita lelaki itu dengan perasaan kesal. Akibat belitan ular sawa itu, mereka berdua merasakan ajal mereka akan tiba pada bila-bila masa kerana setiap kali mereka meronta, semakin kuat ular itu menjerut tubuh mereka.
“Saya menjerit sekuat hati meminta tolong. Perasaan malu sudah tidak ada lagi dalam diri saya pada masa itu. Yang penting, nyawa kami harus diselamatkan dan pada masa yang sama, saya semakin sesak nafas kerana belitan ular itu yang sungguh kuat dan mulutnya terngaga luas seperti tidak sabar-sabar hendak menelan saya,” beritahunya tanpa segan silu lagi.
Keadaan kekasihnya semakin lemah. Mukanya pucat lesi seperti sudah kehilangan darah. Lelaki itu tidak mampu berbuat apa-apa. Kudratnya tidak terdaya menandingi ular besar itu.
Dalam keadaan cemas, tiba-tiba muncul seorang pemuda dari sebalik semak sambil memegang sebatang kayu untuk memukul kepala ular itu yang hendak membaham kepala lelaki tersebut. Pemuda itu teragak-agak untuk memukul kepala ular sawa itu mungkin bimbang kalau terkena kepala lelaki itu. “Saya menjerit dan merayu agar ditolong dengan nada yang tersekat-sekat kerana sesak nafas. Kemudian pemuda itu dengan laju menghayun kayu sebesar betis itu beberapa kali mengenai kepala ular tersebut.
“Akhirnya, ular itu terkulai dan belitannya terurai. Saya tidak mampu bergerak lagi manakala kekasih saya pengsan. Pemuda itu memakaikan semula baju kami. Kemudian dia pergi meminta bantuan orang untuk menghantar kami ke hospital. Dia hanya seorang diri. Saya tidak pasti siapa pemuda itu dan dari mana dia datang. Saya syak mungkin pada mulanya dia sedang mengintai saya buat “projek,” cerita lelaki itu lagi. Akibat belitan ular tersebut, pasangan itu mengalami kecederaan agak teruk iaitu si lelaki patah satu tulang rusuknya manakala kekasihnya patah dua batang tulang rusuk.
Empat bulan selepas kejadian itu, mereka melangsungkan pertunangan dan merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat setelah didesak oleh keluarga yang mengetahui kejadian itu. Bagi mereka, masalah sering dihantui oleh bayangan ular lebih perit daripada menanggung kesakitan akibat patah tulang rusuk.
Akibat “badi” itu, tidur malam mereka terganggu setiap malam dan walau kemana sekalipun berada,mereka terbayang berhampiran mereka ada banyak ular. Mendengar penjelasan lelaki itu, fahamlah Ustaz Abdullah apa sebenarnya yang terjadi. Namun sebelum merawat pasangan itu, beliau telah menasihatkan mereka agar bertaubat kerana telah melakukan perbuatan zina.
Ustaz Abdullah juga memberitahu mereka, berkemungkinan peristiwa dibelit ular itu adalah balasan Tuhan di dunia di atas perbuatan mereka itu. “Awak berdua patut bersyukur. Saya rasa Allah sayangkan awak berdua. Dia bagi azab kecil kepada awak berdua mungkin supaya awak insaf dan segera bertaubat. Kalau nak ikutkan, ramai orang berzina tetapi Allah tidak mahu menunjukkan balanya di dunia ini, maka kerana tidak pernah dijatuhkan bala itu, mereka ini berterusan melakukan zina,” nasihat beliau membuatkan pasangan itu menangis tersedu-sedu sambil berjanji akan bertaubat serta berkahwin secepat mungkin.
Ustaz Abdullah memberi sebotol air penawar. Air itu digunakan untuk mandi dan minum. Di samping itu, Ustaz Abdullah menasihatkan pasangan itu agar sering mengingati Tuhan semoga penyakit fobia mereka hilang. Mereka pulang dengan wajah riang dan tidak lama kemudian lelaki itu menghubungi Ustaz Abdullah memberitahu mereka berdua telah sembuh sepenuhnya dan menjemput beliau hadir ke majlis perkahwinan mereka.

Keajaiban Dan Keanehan Air Zam-Zam


Tidak ramai yang tahu bagaimana telaga zam-zam boleh mengeluarkan puluhan juta liter pada musim haji dan ia tidak pernah kering walaupun sekali.
Seorang pengkaji diperintahkan oleh raja Faisal untuk menyelidik telaga zam-zam bagi menjawab tuduhan liar seorang doktor dari Mesir.
Berapa Juta Liter Air Zam-Zam?

Berapa banyak air zam-zam yang di ambil setiap kali musim haji? Mari kita kira secara rambang, Jemaah haji yang datang dari seluruh pelusuk dunia pada setiap musim haji dewasa ini berjumlah lebih kurang dua juta orang.
Semua jemaah diberi 5 liter air zam-zam ketika pulang ke tanah airnya, jika 2 juta orang membawa pulang masing-masing 5 liter air zam-zam ke negaranya, ini sahaja sudah menjadi 10 juta liter.
Disamping itu sepanjang berada di Mekah dan kebanyakannya jemaah tinggal 25 hari dan setiap orang menghabiskan 1 liter sehari maka jumlahnya sudah 50 juta liter.
Keanehan Air Zam-Zam
Pada tahun 1971, seorang doktor dari Mesir mengatakan kepada akhbar di Eropah bahawa air zam-zam tidak sihat untuk diminum.
Pendapatnya berdasarkan bahawa kota Mekah itu ada di bawah garis permukaan laut, Air Zamzam itu berasal dari air sisa buangan penduduk kota Mekah yang meresap, kemudian mendap terbawa bersama-sama air hujan dan keluar dari telaga air zamzam.
Berita ini sampai ke telinga Raja Faisal yang kemudian memerintahkan Menteri Pertanian dan Sumber Air untuk menyelidiki masalah ini dan menghantar sampel air zam-zam ke Laboratorium-laboratorium di Eropah
untuk diuji.
Tariq Hussain seorang jurutera kimia yang bekerja di Institut Penapisan Air Laut untuk diminum di Jedah, mendapat tugas menyelidikinya.
Pada masa memulakan tugasnya Tariq belum ada gambaran bagaimana telaga air zam-zam boleh menyimpan air yang begitu banyak seperti tidak ada hadnya.
Ketika sampai di dalam sumur, Tariq amat terkejut apabila melihat bahawa ukuran “kolam” telaga itu hanya 18 x 14 kaki saja (Kira-kira 5 x 4 meter).
Tidak terbayang bagaimana telaga sekecil ini boleh mengeluarkan jutaan galen air setiap kali musim haji, dan ini berlaku sejak ribuan tahun yang lalu semenjak zaman Nabi Ibrahim AS.
Penyelidikan menunjukkan bahawa mata air zam-zam boleh mengeluarkan air sebanyak 11-18 liter air per saat, dengan demikian setiap minit 660 liter air akan dihasilkan, itulah yang mengejutkan.
Tariq mula mengukur kedalaman air telaga dan meminta pembantunya masuk ke dalam air, ternyata air telaga itu hanya mencapai sedikit di atas bahu pembantunya yang tinggi tubuhnya 5 kaki 8 inci.
Lalu dia menyuruh pembantunya untuk memeriksa, apakah mungkin ada cerukan atau saluran paip di dalamnya. Setelah memeriksa dari satu tempat ke tempat lainnya, ternyata tidak menemui apapun!.
Dia berfikir mungkin sahaja air telaga ini diambil dari luar melalui saluran pam berkapisiti besar, jika itu keadaannya maka dia boleh melihat turun-naiknya permukaan air secara tiba-tiba.
Tetapi dugaannya meleset, beliau tidak menemui gerakan air yang mencurigakan, juga tidak menemui ada alat yang boleh mendatangkan air dalam jumlah besar.
Seterusnya dia minta pembantunya masuk lagi ke dalam telaga, lalu menyuruh berdiri dan diam ditempatnya sambil mengamati sekelilingnya.
Perhatikan dengan cermat dan laporkan apa yang terjadi walau sekecil apapun, setelah melakukan proses ini dengan cermat, pembantunya tiba-tiba mengangkat kedua tangannya sambil berteriak:
“Alhamdulillah, Saya temuinya ! Pasir halus menari-nari di bawah telapak kakiku, dan air itu keluar dari dasar telaga”.
Lalu pembantunya diminta berpusing mengelilingi telaga ketika tiba masa pengepaman air (untuk disalurkan ke tempat pengagihan air) berlaku. Dia merasakan bahawa air yang keluar dari dasar telaga sama besarnya seperti sebelum tempoh pengepaman.
Aliran air yang keluar besarnya sama di setiap titik di semua kawasan, ini menyebabkan permukaan telaga itu stabil tidak ada goncangan yang besar.
Mengandungi Zat Anti Kuman
Hasil penyelidikan sampel air di Eropah dan Arab Saudi menunjukkan bahawa air zam-zam mengandungi zat fluorida yang ada daya efektif membunuh kuman, sama seperti sudah mengandungi ubat.
Lalu perbezaan air zam-zam dibandingkan dengan air telaga lain di Mekah dan sekitar Arab adalah dalam hal kuantiti kalsium dan garam magnesium.
Kandungan kedua-kedua mineral itu sedikit lebih banyak pada air zam-zam, mungkin sebab itulah air zam-zam dapat menyegarkan bagi jemaah yang keletihan.
Keistimewaan lain komposisi dan rasa kandungan garamnya sentiasa stabil sentiasa sama dari sejak terbentuknya telaga ini.  Rasanya” selalu terjaga, diakui oleh semua jemaah haji dan umrah yang selalu datang setiap tahun. Boleh Menyembuhkan Penyakit Nabi saw menjelaskan: ”Sesungguhnya, air zam-zam ini air yang sangat diberkahi, ia adalah makanan yang mengandungi gizi”.
Nabi S.A.W. menambahkan: “Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud supaya merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan engkau. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail”.
(HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas).
Rasulullah (S.A.W.) pernah mengambil air zam-zam dalam sebuah kendi dan bekas dari kulit, kemudian membawanya kembali ke Madinah dan Air zam-zam itu digunakan Rasulullah (saw) untuk memercikkan kepada orang sakit dan kemudian disuruh meminumnya.
Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di laboratorium Eropah, terbukti bahawa air zamzam memang lain dari yang lain. Kandungan airnya berbeza dengan telaga-telaga yang ada di sekitar Makah.
  1. Kadar Kalsium dan garam Magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lain, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan kesan penyembuhan.
  2. Air Zam-zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.
  3. Yang juga menakjubkan adalah tidak ada sedikit pun lumut di telaga ini. Air Zam-zam sentiasa bebas dari pencemaran kuman.
  4. Ajaibnya lagi, pada masa semua telaga air di sekitar Mekah dalam keadaan kering, telaga air zam-zam tetap berair. Dan air zam-zam memang tidak pernah kering sepanjang zaman.
Beberapa ulama fiqah mencadangkan agar jemaah haji membawa air zam-zam ketika pulang ke negaranya kerana air zam-zam boleh jadi sebagai ubat untuk penyembuhan.
Ini terbukti ramai jemaah dari negara umat Islam mahupun negara lain yang pernah merasakan keajaiban air zam-zam.

Pisang belalai 3 meter tarik perhatian


AYER LANAS – Pelik dan unik. Itulah gambaran pisang belalai gajah kerana bentuknya yang seakan belalai ditambah kepanjangan tandan mampu mencecah tiga meter.
Mungkin disebabkan jarang didapati, pokok pisang berkenaan yang ditanam seorang penduduk di sini, menjadi tumpuan.
Penduduk, Zariah Yaacob, awal 60-an, berkata, dia menanam pisang tersebut hampir setahun dan hanya mengeluarkan hasil beberapa minggu lalu.
Menurutnya, pisang belalai gajah jarang ditanam memandangkan benihnya hanya diperoleh dari negara jiran, Thailand.
“Saya tanam pisang tersebut berdekatan garaj kereta depan rumah sekadar untuk perhiasan.
“Keunikannya menarik perhatian ramai terutama penduduk sekitar yang teruja melihat panjangnya hampir tiga meter,” katanya.
Zariah atau digelar Mok Yoh oleh penduduk kampung berkata, pisang tersebut boleh dimakan, cuma buahnya berlendir.
Sementara itu, jiran Zariah, Wizzura berkata, bentuk pisang belalai gajah tersebut memang pelik dan unik.
Menurutnya, orang lama sedia maklum mengenai pisang itu, tetapi bagi generasi muda, kewujudannya mungkin tidak diketahui.
“Sebab itulah saya katakan ia unik, memang boleh dimakan tetapi rasanya agak berlainan dengan pisang biasa,” katanya.
Sinar

Gagal raba payudara dalam lif


KEPONG – Cubaan seorang lelaki mahu meraba payudara seorang wanita di dalam lif membawa padah apabila dia ditahan selepas tindakannya itu mengundang kemarahan penduduk setempat.
Dalam kejadian di Apartmen Desa 1, di sini suspek dikatakan mengambil kesempatan mahu memegang payu dara mangsa yang kebetulan menaiki lif yang sama dengannya.
Menurut mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Dewi, 24, berkata, ketika insiden itu berlaku dia hendak ke tingkat 3 blok 5 sebelum lelaki itu secara tiba-tiba menghulurkan tangan ke arah dadanya.

“Saya sempat menepis tangannya dan berlari keluar ketika pintu lif hendak dibuka,” katanya ketika ditemui, malam kelmarin.
Mangsa kemudiannya menjerit bagi meminta pertolongan.
Suspek berusia 30 tahun yang panik selepas terdengar mangsa menjerit kemudiannya mengunci diri dalam rumahnya di tingkat 10 di blok yang sama.
Seorang penduduk Philip Teh, 40, berkata, suspek yang dianggap seorang yang berperangai pelik itu dilihat kerap membakar kad banci yang dilekatkan di pintu rumah penduduk.
Menurutnya, sejak sebulan lalu hingga kelmarin, lebih 30 rumah terlibat dalam insiden pembakaran kad banci rumah.
“Lelaki itu memang tidak bekerja dan sering dilihat membawa pemetik api, sampai di depan pintu rumah dia akan bakar kad banci atau pakaian yang disidai penduduk di ampaian,” katanya.
Difahamkan, setakat ini, lebih 20 laporan polis sudah dibuat terhadap lelaki itu.
Sementara sumber polis memberitahu, suspek sudah ditahan untuk siasatan lanjut dan akan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana terdapat kemungkinan mempunyai masalah mental.

Nik Aziz Pertikai Freemason Yahudi dalam Pentadbiran Malaysia





Disusun Oleh: Ahmad Henry 

Pada 25 Oktober 1978 iaitu ketika berlangsungnya persidangan Parlimen, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mempersoalkan tindakan kerajaan membiarkan organisasi Freemason didaftar dengan banyaknya di Malaysia. 

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang ketika itu merupakan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa membangkitkan persoalan itu kepada Tun Hussein Onn yang juga Perdana Menteri ketika itu. Beliau mendedahkan organisasi Freemason ketika itu sudah melebihi 55lodges (bangunan seperti kuil) dan ahlinya pula sudah mencapai 2,984 orang termasuk seorang berjawatan menteri. Pada waktu itu, rata-rata umat Islam sudah mengetahui bahawa organisasi Freemason ini ditubuhkan untuk menghancurkan umat Islam pada masa depan.

Justeru, amat memeranjatkan apabila Menteri Dalam Negeri ketika itu iaitu Tan Sri Ghazali Shafie mendakwa pihak kerajaan tidak berhasrat untuk menghalang pendaftaran pertubuhan itu. Pada hari ini, organisasi Freemason berkembang pesat dan mempunyai cawangan di seluruh Malaysia. Lebih mendukacitakan, ramai profesionalisme Islam termasuk ahli politik menyertai organisasi ini. 

Berikut ialah senarai bangunan Freemason atau lodge yang masih aktif di Malaysia: 
• No. 100, Jalan Junid, 84000, Muar, Johor 
• Jalan Abu Bakar, Johor Bahru, Johor. 
• No. 136, Jalan Utama, Georgetown. 
• No. 27, Jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak. 
• Jalan Chan Koon Cheng, 75000, Melaka. 
• Jalan Penghulu Cantek, Seremban, Negeri Sembilan. 

RUJUKAN: Ibnu Yaacob. 2010. Rahsia Simbol Yahudi, Kulim-Kedah, Moon Media Enterprise. 

Simbol Salib Terbalik, Antichrist, dan Kaitannya dengan Black Metal




Oleh: Ahmad Henry 

Isu pembabitan pelajar sekolah dalam gerakan Antichrist yang berlatar belakangkan simbol salib terbalik pernah diperkatakan oleh media-media masa tak lama dulu. Gerakan ini sebenarnya lebih berbentuk ideologi yang menggunakan saluran muzik keras, Black Metal sebagai saluran untuk menyebarkan dakyah pihak berkepentingan iaitu Freemasonry mahupun Iluminati. 

Di Malaysia, golongan yang paling ramai terlibat ialah pelajar sekolah. Mereka menjalankan beberapa ritual pelik seperti bercelak, seks bebas, berpakaian serba hitam, memakai salib terbalik dan banyak lagi. 

Di Sebalik Simbol Antichrist 

Bagi segelintir masyarakat Kristian, Antichrist merujuk kepada seorang lelaki Yahudi yang bakal muncul pada akhir zaman dengan matlamat untuk memusnahkan bangsa-bangsa lain di dunia ini. Antichrist turut dikenali dengan beberapa nama lain seperti False Mesiah, Beast 666, dan Anti Christ-Dajjal. (Ibnu Yaacob: 2010, 148) 

 Lelaki yang dimaksudkan oleh segelintir penganut Kristian ini sebenarnya Dajjal Al Masih yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh bangsa Yahudi. Dajjal dipercayai bakal menjadi ketua kepada bangsa Yahudi untuk memusnahkan umat Islam. (Ibid, 149) Di Sebalik Perkataan Perkataan Antichrist diambil dari dua perkataan Greek purba iaitu Anti dan Christos yang membawa maksud protes terhadap ajaran Kristian. Bermakna, agama Kristian juga turut dimusuhi oleh segelintir ekstreamis Yahudi. 

Untuk menjayakan matlamat Antichrist, bangsa Yahudi terlebih dahulu telah menyerapkan unsur keyahudian mereka di dalam agama Kristian melalui gerakan Freemasonry mahupun Illuminati. Sebab itulah kebanyakan tokoh terkemuka dunia yang beragama Kristian turut bersekongkol dengan gerakan ini. Antara tokoh yang saya maksudkan termasuklah penjajah negara kita, Francis Light dan Stamford Rafles. Mereka ialah ahli Freemason dan mungkin juga ahli Illuminati. 

Di Amerika, hampir semua presiden mereka ialah ahli gerakan Freemason dan mereka ini memerintah mengikut kehendak dan cita-cita gerakan Freemason dan Illuminati Yahudi.

Antichrist dan Muzik Black Metal 

Kewujudan unsur Antichrist dalam muzik Black Metal dan Punk adalah sesuatu yang sudah dirancang rapi. Ia tidak berlaku secara kebetulan. Muzik Black Metal misalnya dirintis oleh sebuah kumpulan yang diasaskan oleh lelaki Yahudi, Ozzy Osborne iaitu kumpulan Black Sabbath. Ozzy Osborne pernah dikecam oleh beberapa pertubuhan Kristian ekoran muzik yang dibawanya mengandungi unsur-unsur penyembahan terhadap Syaitan. 

Ketika saya masih bersekolah sekitar tingkatan satu hingga tingkatan enam (1999-2005), beberapa rakan yang terlibat dalam kumpulan Black Metal ini sering melukis simbul Baphomet iaitu gambar kepala kambing jantan di tengah-tengah bintang. Simbol ini menjadi lambang penyembahan terhadap syaitan. 

Bintang itu sebenarnya ialah simbol Star of David yang juga menjadi latar belakang kepada bendera Israel pada hari ini. Star of David atau bintang Nabi Daud ini digunakan untuk melambangkan keberanian raja bagi Bani Israel iaitu Nabi Daud. 

Apa pun simbol yang digunakan termasuklah simbol salib terbalik, tujuan muzik Black Metal diadun dengan unsur-unsur keyahudian dan penyembahan terhadap syaitan adalah untuk merosakkan akidah umat Islam yang dimulakan terhadap golongan remaja. 

Muzik Black Metal di Malaysia pada Hari ini 

Pengaruh muzik Black Metal mahupun Death Metal di Malaysia pada hari ini agak perlahan. Setakat ini, tidak ada pemuzik pelapis bagi muzik jenis itu. Pemuzik sedia ada seperti As Sahar, Riusgnal (Langsuir), Sil Khannaz, Nirojim, dan lain-lain tidak kedengaran dengan album terbaru mereka. Saya sendiri sudah lama tidak mengikuti perkembangan kumpulan-kumpulan ini setelah mengalami zaman ‘pencerahan’ ketika belajar di universiti dulu. 

Langkah Mengatasi 

Sebagai guru disiplin di tempat saya mengajar, belum kelihatan adanya unsur-unsur ini di sekolah saya. Bagaimanapun, guru-guru perlu sentiasa memantau simbol-simbol atau isyarat-isyarat lain yang tanpa kita sedari sedang digunakan oleh para pelajar untuk sesuatu tujuan. Sebagai contoh, baru-baru ini ada sekumpulan pelajar perempuan menggores dahi mereka untuk menggambarkan keahlian mereka dalam sebuah kumpulan. 

Kezaliman ke atas umat islam di rohingya









Pemuda PAS buatlah sesuatu.Jumaat ini di setiap Masjid Negeri selepas solat Jumaat kita bersama Munajat untuk keselamatan umat Islam Rohingya.Kita pun hairan mana pergi Menteri Luar Malaysia,mana pergi Menteri  agama Jamil Khir dan mana pergi pimpinan Malaysia yang mempunyai kuasa politik.

Munajat-perdana-bantah-kekejaman ke atas orang rohingya











KUALA LUMPUR: Sempena Ramadhan al Mubarak, seluruh ummat Islam prihatin digesa untuk mengadakan Munajat Perdana dan Bantah Kekejaman ke atas Ummat Islam Rohingya.


Munajat dan bantahan ini akan dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri - negeri dengan kerjasama ngo - ngo Islam yang lain di setiap masjid negeri masing - masing di seluruh negara.

Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan berkata, program ini akan diadakan serentak di seluruh negara selepas Solat Jumaat 27 Julai 2012 ini di semua masjid negeri seluruh negara.


"Dewan Pemuda PAS Malaysia mengharapkan seluruh Ummat Islam bangkit berdoa dan bermunajat kepada Allah Azza wa Jalla agar menyelamatkan Ummat Islam Rohingya sekaligus menghancurkan regim zalim yang melakukan pembersihan etnik ke atas ummat Islam Rohingya," kata Nasrudin dalam kenyataannya.


Pemuda PAS, katanya, turut menggesa agar Kerajaan Malaysia mengambil satu langkah berkesan untuk memastikan ummat Islam Rohingya tidak lagi disembelih dan dibantai sedemikian kejam.


Melalui Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Malaysia,  katanya, memorandum rasmi akan dihantar ke Wisma Putra dan juga kepada pihak bertanggungjawab di peringkat antarabangsa seperti OIC, NAM dan lainnya untuk segera mengambil tindakan menghentikan kekejaman tersebut.

Monday, July 23, 2012

Terima Kasih DS Nizar sebab sumbang kerusi pada jeti kg Dew - KECAP


~ Penduduk Kampung Dew didalam DUN Kuala Sepetang hari ini menerima sumbangan ikhlas dari Ahli Parlimen Bukit Gantang Dato Seri Nizar berupa 5 buah kerusi batu bagi kegunaan staf Persatuan Kelip-Kelip Kuala Sepetang (KECAP) serta bagi keselesaan para pengunjung kesini yang datang untuk melihat keindahan panorama malam bersama kelipan Kelip-Kelip.
Kakitangan KECAP mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan yang diberikan oleh YB DS Nizar ini dan tidak sia-sia lawatan DS Nizar beberapa minggu yang lalu kesini buat penduduk kg Dew yang terus diberi perhatian oleh DS Nizar ujar salah seorang staf KECAP yang juga penduduk kampung Dew. Ketika dihubungi DS Nizar berkata segala sumbangan yang disampaikan adalah kerana rasa tanggungjawap beliau sebagai ahli Parlimen yang wajar mendengar dan membantu segala permasalaah penduduk serta perlu direalisikan dengan tindakan tanpa mengira latar belakang fahaman politik.


Tok mufti Perak teropong anak bulan tak kelihatan...Zambry pun tak pernah muncul


 Pantai Pasir Panjang Segari : Ini entah kali keberapa aku luangkan masa ke pantai Pasir Panjang Segari untuk saksikan majlis tengok anak bulan ramadhan yang dilansungkan disini setiap tahun. Bukan saja tengok anak bulan ramadhan malah tengok anak bulan syawal pun dibuat disini yang pasti menjadi tumpuan kepada orang ramai dari kawasan sekitar dan penduduk setempat disini.  

Pada lewat petang tadi disini Tok Mufti Perak Tan Seri Harussani Zakaria macam biasa akan hadir dalam majlis tersebut dan ini bukanlah kali pertama atau kedua kehadiran Tok Mufti Perak kesini,boleh dikatakan beliau tak pernah mis kesini untuk majlis ini. Dalam jam lebih kurang 7:45ptg Tok Mufti Perak membuat pengumuman bahawa anak bulan ramadhan yang diteropong tidak kelihatan setelah beberapa kali diteropong oleh beliau,bermakna esok (Jumaat) tak puasalah lagi..apa pun kita kena tunggu pengistiharan dari penyimpan Mohor DiRaja katanya.

Kalau ikutkan dah anak bulan tak kelihatan maka esok tak puasa lah...tapi apa yang peliknya Zambry Kadir MB Perak tak pernah hadir dalam majlis ini walaupun sekali sepanjang majlis berlansung disini,sedangkan ini majlis besar Majlis Agama Islam bagi negeri Perak dan jarak dari Pulau Pangkor taklah jauh. Adakah tak standard bagi Zambry atau hanya majils kepartian saja yang Zambry nak datang atau Zambry takut nak datang Pasir Panjang Segari ini kerana didakwa ada isu pencerobohan tanah hutan rizab tahap 1 dilakukan kroninya sendiri yang bakal memusnahkan habitat pendaratan penyu bertelur dipantai ini? Apapun ketidak munculan Zambry Kadir dalam setiap kali majlis tengok anak bulan disini memang sudah dirasai rata-rata penduduk disini dan ada suara orang kampung disinu kata Zambry mana mau majlis keagamaan ini..dia hanya muncul kalau ada pemimpin UMNO pusat turun saja. Lihatlah gambar yg sempat dirakamkan....YB Datuk Najmudin mungkin dijadikan penganti Zambry kesini...apa mungkin Kazim pun boleh jadi ganti Zambry...hahaha

Tok mufti tiba ke Baitul hilal Segari bersama beberapa VVIP kenamaan Perak

Ceramah dan penerangan disampaikan sebelum pencerapan anak bulan  dilakukan. Ceramah ramadhan disampaikan oleh Datuk Najmudin Adun Batu Kurau

 

Ning Baizura naik angin sebab gambarnya bertudung disiarkan...


Beberapa hari lalu didada media saitek tanahair ada desas desus beberapa artis wanita DIDAKWA,DIKATAKAN  atau DILAPORKAN AKAN  sertai PAS.....jadi tersiarlah gambar artis wanita  yang dimaksudkan dengan berpakaian sopan seorang Islam...tak kan nak masuk PAS di siarkan gambar terjojol rambut,berwarna macam pelangi dengan pakaian artis wanita bollywood tengah menyanyi dalam hujan....hahaha... Itu nak join UMNO boleh la cik kak oi.... Sebab ikon wanita UMNO pun rambut terjojol....hahaha..
Aku pun ada siarkan dalam blog orangni beberapa hari lalu, aku pun tidak tulis kata Ning Baizura nak masuk PAS...aku tulis Ning Baizura kemungkinan masuk PAS sebab tersiar gambarnya yang nampak bertudung...itu je...hehehe...
Tapi hari ni dalam tweeter Ning Baizura macam naik angin je...hahaha...
Dia tuduh PAS fitnah dia masuk sertai PAS...mana ada cik kak Ning oi.....
PAS tak kata camtu...cuma PAS sentiasa doakan para artis yang ada ditanahair ini kembali kejalan Islam yang sebenar...
Tersiar gambar pakai tutup aurat tu kira bagus la.... kalau betul dah pun pakai tudung Alhamdullilah dan kalau nak sertai perjuangan Islam setelah insaf dan timbul kesedaran kira bonuslah...hahaha...
Apapun Kak Ning janganlah bikin angin kalau orang lain harapkan yang terbaik untuk diri kita....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...