Friday, October 24, 2014

PELUK ANJING, PELUK RIMAU, KERAJAAN PELUK TUBUH LIHAT RAKYAT MISKIN MENDERITA?


Riuh rendah tentang isu peluk anjing, pegang anjing dan usap anjing. Ia menjadi viral dalam media sosial. Ada pula yang 'posting' gambar peluk rimau. Masing-masing berpolemik tentang isu ini. Masing-masing bertanya tentang hukum menganjurkan program pegang anjing, bertanya tentang hukum usap dan pegang anjing.

Apa yang jelas, puak-puak sudah tidak ada kerja lain. Alangkah baiknya kalau mereka menjalankan kempen I want to touch Al Quran, recite Al Quran dan implement the Al Quran.

Memegang dan memeluk anjing jelas menimbul keraguan dan kecelaruan. Tanyalah mereka yang pakar tentang hukum hakamnya bukannya mengikut hawa nafsu dan mengikut orang lain tanpa pengetahuan agama.

Semua ingin tahu hukum hakamnya. Baguslah kalau semua ingin mengambil tahu tentang hukum. Harap-harap selepas ini ada yang akan mengambil tahu tentang hukum menyokong perkara maksiat, hukum menyokong kezaliman, hukum mengamalkan rasuah, menyalahgunakan kuasa, hukum mengumpul harta dengan kuasa yang ada dan seribu satu hukum yang pelik-pelik dan tidak pelik yang wajar diketahui oleh semua muslim dan bukan muslim.

Di hadapan kita berapa banyak isu-isu besar seperti isu agama, isu perkauman, isu akta hasutan, isu menzalimi rakyat, menarik subsidi, menafikan pembayaran royalti, menggalakkan maksiat, isu jenayah dan keselamatan serta pelbagai lagi isu rakyat.

Rakyat hari ini kais pagi makan pagi kadang-kadang kais pagi makan malam. Rakyat terbeban dengan kenaikan harga minyak dek kerana penurunan subsidi minyak. Kerajaan seolah-olah berpeluk tubuh sahaja tidak mengambil langkah yang konkrit untuk membantu meringankan beban rakyat. Antara tindakan yang mudah kita fahami untuk membantu meringankan beban rakyat ialah dengan menurunkan harga minyak, berusaha menaikkan harga getah dan kelapa sawit. Moga-moga dengan penurunan harga minyak, kerajaan boleh meminta pengeluar, peraih dan peruncit menurunkan harga barang dan caj perkhidmatan.

Di saat orang berpeluk dengan anjing dan rimau janganlah pula kerajaan berpeluk tubuh sahaja menyaksikan rakyat terus merana dan menderita........................

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...