Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekreteriat Ulama Muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya pada sidang media di Kompleks Karangkraf semalam menolak budaya fitnah yang dilakukan oleh blogger pro Umno, Papagomo.
Beliau yang menjelaskan pendirian tersebut ketika menjawab pertanyaan pemberita berhubung budaya fitnah yang dilakukan oleh blogger pro Umno itu yang sentiasa menjadi topik utama kepada media pro kerajaan dalam usaha meraih sokongan undi.
"Saya katakan secara prinsip tidak setuju dengan bentuk fitnah dan provokasi yang dilakukan. "Sewajarnya kita perlu perbetulkan dan memperbaiki keadaan, perlu bekerjasama dalam mengurangkan budaya melontar persepsi tanpa fakta dan bukti," jelasnya selepas program debat anjuran Sinar Harian.
Tambahnya lagi, didikan perlu dilakukan dalam membuat analisa sebelum menjatuhkan hukum ~harakahdaily
P/S: Politik di Malaysia sekarang penuh dengan budaya fitnah, fitnah itu pula di kalangan umat Islam, amatlah tidak wajar kamu mengaku umat Islam tapi masih mengamalkan budaya Jahiliyyah..Syabas kepada Ustaz Fathu Bari atas teguran tersebut..