Sunday, November 18, 2012

Mereka Ingat Perbuatan Itu Lawak, Mereka Tahukah Perbuatan Ini Mengguris Hati Kami Umat Islam ( Gambar )


ASTAGHFIRULLAH! Begitu teruk dan keji tingkahlaku golongan kafir musyrikin ini menghina dan mempersendakan solat. Solat yang menjadi tunggak keIslaman bagi setiap orang Muslim menjadi bahan ejekan dan gurauan bagi puak-puak kafir laknatullah ini. Di mana nilai untuk menghormati agama lain?

Permusuhan mereka yang amat besar terhadap Islam dan umatnya. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.” [ Al-Maidah (5):82].
Lihat sahaja bagaimana mereka mempersendakan agama Islam dengan meniru cara bersolat dan salah seorang daripada mereka menunjukkan mimik muka ketawa dengan penuh sindiran. Malah pakaian mereka mempamerkan aurat jelas sekali bertentangan dengan cara bersolat orang Islam. Adakah ini satu niat jahat kaum kafir yang jelas mahu menghancurkan dan menjatuhkan nilai Islam di pandangan dunia?

Musuh-musuh Islam sentiasa mencari jalan bersedia untuk memperlekehkan, menghina dan menjatuhkan maruah Islam pada setiap ketika. Sebahagian besar agenda mereka telah pun berjaya hinggakan tugas-tugas tersebut di ambil alih oleh manusia yang mengaku diri mereka beragama Islam.

Sebagai individu yang mengaku dirinya beragama Islam, amatlah tidak wajar jika kita hanya menganggap bahawa isu ini hanyalah satu isu yang remeh, yang akan pudar ditelan dek peredaran masa. (Palie Pixel).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...