Friday, November 30, 2012

perubahan melalui Barisan Nasional (BN).

KUALA LUMPUR: Perubahan terhadap negara bukan perlu dilakukan dengan mengubah kerajaan yang memerintah tetapi sebaliknya menerusi perubahan melalui Barisan Nasional (BN).



Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, perkara itu jelas sekiranya rakyat terutama generasi muda di negara ini menuntut perubahan negara.
"Kita tidak perlu ubah kerajaan untuk mendapat perubahan negara disebabkan agenda 
Umno dan Barisan Nasional di bawah (kepimpinan) Perdana Menteri dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah agenda transformasi.
"Segala transformasi yang kita buat seperti ekonomi, politik dan kerajaan, semuanya daripada kerajaan Barisan Nasional," katanya.
Beliau berkata demikian kepada para pemberita mengenai ucapan dasar presiden parti sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Khamis.

Sehubungan itu, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, idea dan cadangan bahawa perubahan hanya dapat dilakukan sekiranya kerajaan diubah tidak diperlukan, di mana ia sama sekali ditolak dan disangkal.
"Menerusi ucapan presiden parti, perubahan itu akan datang melalui BN tanpa menjejaskan masa depan negara," katanya.
Menurut Khairy, Najib sebagai Presiden Umno memberi isyarat yang serius bahawa pilihan rakyat dalam pilihan raya akan datang amat penting mengenai soal masa depan parti dan rakyat.
"Pilihan yang terbaik iaitu Barisan Nasional dan bukannya pakatan pembangkang yang memusnahkan negara," katanya.
Perhimpunan Agung Umno 2012 membuka tirai secara rasmi pada Khamis dengan fokus kepada amanat Perdana Menteri yang juga Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai persediaan Umno memimpin Barisan Nasional (BN) menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Perhimpunan yang dihadiri 2,759 perwakilan akan berlangsung selama tiga hari di Dewan Merdeka, PWTC di sini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...