Friday, November 30, 2012

Lakonan Pejuang Melayu Bermula Semalam



Oleh Idris Hj Ahmad

Seperti dijangka Umno akan jadikan persidangan Umno kali ini sebagai peluang untuk membelasah Pakatan Rakyat. Maklumlah parti yang sedang hendak menuju ajal, mengelupor seperti lembu yang hendak mati. Umno terpaksa berlakon sebagai pejuang Melayu dan Agama.

Walau pun hakikatnya pengkhianatan berlaku angkara 55 tahun Umno memerintah. 

Umno sekarang sudah hilang ideologi dan idealisma perjuangan. Mereka sudah kehilangan sokongan Melayu yang celik maklumat dan celik agama. Cuma Umno disokong oleh ahli yang ada kepentingan projek sahaja.

Pemimpin Umno tahu bahawa Melayu akan mengundi dengan emosi, maka ini yang menjadi strategi Umno. Ucapan pemimpinnya penuh dengan emosi bahawa Melayu akan hilang jika Umno tumbang. Pada hal yang mengkhianat sesama Melayu ialah Umno. Mereka diberi kuasa, dengan kuasa mereka menindas Melayu. Terlalu banyak jika hendak disenaraikan dosa Umno kepada Melayu. Tetapi Umno membaling batu sembunyi tangan atau pun seperti pencuri menjerit pencuri.

Umno fikir dengan bersandarkan Melayu maka ia boleh menipu rakyat. Andaiannya, Umno boleh buat apa sahaja kerana dia Melayu. Seolah-olah Melayu maksum, walaupun perasuah, penindas sesama Melayu, asalkan daripada kelompok Umno.

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yasin membaca doa ketika merasmikan Persidangan Pemuda, Wanita dan Puteri agar jauhkan Umno daripada menjahanamkan sesama sendiri . Walau pun hakikatnya Umno hanya pandai berdoa, tetapi pemimpin merekalah menjahanam sesama bangsa dan agama. Penapian hak kepada Kelantan, mematikan institusi masjid dengan melantik mereka yang bukan ahli masjid, menukar guru yang tidak sokong Umno contoh suami Cikgu Normala Sudirman, menyekat projek kepada orang tidak sealiran dengan Umno. Apakah ini bukan menjahanam sesama sendiri?

Sumber: idrisahmad.wordpress.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...