Thursday, January 12, 2012

Shahrizat semakin hampir tersungkur, bercuti sebelum terpaksa berhenti?

Shahrizat NFC lembu
SHAH ALAM - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil telah memohon cuti tiga minggu bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sama ada beliau terlibat dalam sebarang keputusan kerajaan berkenaan projek ternakan lembu NFC.

Cuti rehat selama tiga minggu daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan bermula esok. Shahrizat juga merupakan Ketua Wanita Umno.

Dalam satu kenyataan hari ini, Shahrizat berkata, beliau telah mengemukakan permohonan itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya berharap pihak SPRM akan dapat menjalankan siasatan sama ada saya terlibat atau tidak di dalam apa-apa keputusan yang dibuat oleh kerajaan mengenai National Feedlot Corporation (NFC) di mana suami saya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail memegang jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif," katanya dipetik laporan Bernama. - SinarHarian
Nampak gayanya nasib macam makin tak berapa nak sebelahi Shahrizat.

Kalau masa Perhimpunan Agung Umno lepas, Shahrizat nampak garang sampai tahap nak selak kain tapi kenyataan terbaru ni nampak macam yang Shahrizat dah nak putus asa.

Walaupun dikatakan Shahrizat mintak cuti dari Najib tapi aku yakin sebenarnya Shahrizat diarahkan untuk bercuti. Najib nampaknya takdak cara lain untuk redakan isu ni selain dari terpaksa gunakan kaedah undang-undang untuk redakan isu ni dan dalam masa yang sama untuk pulihkan balik imej, sekurang-kurangnya boleh dengan riak bagitau kononnya undang-undang tak kira sapa.

Aku rasa tindakan bercuti ni sebenarnya sebahagian dari 'ujikaji' nak tengok macamana penerimaan rakyat lepas ni. Kalau isu ni reda selepas 3 minggu ni, kemungkinan besar Shahrizat akan lepas tapi kalau isu ni tak reda jugak maka terpaksalah Shahrizat dikambinglembu hitamkan.

Cumanya kalau Najib harap dengan Shahrizat bercuti ni isu ni akan reda, Najib sebenarnya silap besar. Aku yakin Rafizi dan team dia akan pastikan isu ni sentiasa panas dan sentiasa diupdate.

Aku yakin masih ada lagi bukti atau 'penemuan baru' yang akan didedah lepas ni. Memang depa sengaja buat macam tu, buat pendedahan satu persatu, agak-agak nak reda isu, depa buat pendedahan baru pulak.

Jadinya nasihat aku kepada Shahrizat, daripada bercuti lebih elok letak jawatan terus. Selagi Shahrizat tak letak jawatan selagi tu la dia akan terus ditelanjangkan. Dan akhirnya aku yakin Shahrizat terpaksa jugak lepaskan jawatan menteri tu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...