Saturday, January 21, 2012

Lelaki Berkahwin dengan Mayat Kekasihnya



 
Sebuah perkahwinan yang cukup aneh dilakukan oleh seorang lelaki Thailand. Lelaki tersebut menikahi kekasihnya yang sudah meninggal dunia.

Thai-Asean News Network melaporkan lelaki tersebut bernama Chadil Deffy atau dikenal juga sebagai Deff Yingyuen melakukan upacara perkahwinan dengan mayat kekasihnya, iaitu Sarinya 'Anne' Kamsook di Surin, Thailand.

Yingyuen dan Kamsook sudah bercinta selama 10 tahun. Kedua-duanya memang merancang berkahwin,namun Yingyuen ingin menamatkan dahulu pengajiannya sebelum dia mengahwini kekasihnya itu, seperti dipetik dari Huffington Post.

Pattaya Daily News menulis, pasangan Yingyuen dan Kamsook bertemu di Eastern Asia University, Thailand, 10 tahun lalu.

Manusia boleh merancang, tetapi Tuhan yang menentukan segalanya. Kamsook meninggal dunia dalam suatu kemalangan. Selepas berita kematian Kamsook meninggal dunia tersebar, karangan bunga tanda duka cinta banyak diletakkan di universiti tempatnya menuntut.

Video dan foto perkahwinan Yingyuen kini beredar di Facebook.




P/s: Cinta itu kadangkala tampak hebat dalam keadaan yang berbeza!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...