Thursday, January 26, 2012

Lima Hantu Yang Menggelapkan Wang Negara RM 880 billion Episod 3

Sebelum melihat perkaitan antara UMNO dengan skandal ini, adalah perlu untuk kita mengenali orang ini: Tengku Razaleigh.

Tengku Razaleigh yang dilahirkan pada tahun 1937 berumur 75 tahun sekarang. Dia memainkan peranan yang sangat penting dalam pengenalan Dasar Ekonomi Baru oleh UMNO. Jika Tun Abdul Razak merupakan orang yang memperkenalkan dasar ini, Tengku Razaleigh boleh dikira sebagai CEO untuk dasar tersebut.
 
Mungkin  banyak generasi muda tidak tahu bahawa Perbadanan Nasional Berhad, yang dikenali sebagai PERNAS, Petronas Bhd, Khazanah Bhd, Maybank dan bank-bank tempatan (Bank Bumiputera Malaysia Bhd) diasaskan oleh Tengku Razaleigh dan dia juga merupakan Pengerusi Eksekutif untuk syarikat-syarikat tersebut. 



Di samping itu, banyak pemodal British telah menarik balik modal mereka selepas kemerdekaan Malaya.  Kebanyakan syarikat yang pada asalnya diasaskan oleh pemodal British dan berada dalam kawalan mereka seperti Straits Times, Sime Darby, Guthrie dan sebagainya telah ditukarkan kepada syarikat awam oleh Tengku Razaleigh.
 
Tengku Razaleigh boleh dikatakan sebagai perancang kepada pembangunan ekonomi Malaysia sekitar zaman 60-an hingga 70-an. Tengku Razaleigh merupakan putera negeri Kelantan yang amat berbakat. Selepas tamat pengajiannya di Kolej Melayu Kuala Kangsar di Perak, dia meneruskan pelajarannya di Lincoln College, England dalam bidang undang-undang. Selepas memperoleh ijazah, dia kembali ke Malaysia dan beraktif dalam bidang perdagangan.
 

George Tan Carrian Group


Oleh sebeb bakatnya dalam bidang perdagangan, Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman dan Timbalan Menteri, Tun Abdul Razak merekrut dia ke dalam UMNO.Tengku Razaleigh menyertai UMNO pada tahun 1962. Pada tahun yang sama, dia telah dipilih sebagai pengerusi Bahagian Ulu Kelantan (kini dikenali sebagai Gua Musang). Pada tahun 1967, dia telah dinaik pangkat sebagai Pengerusi UMNO Negeri Kelantan. Pada tahun 1964, dia telah mengalahkan presiden PAS, Tan Sri Mohd Asri untuk menjadi ahli Parlimen Gua Musang dalam pilihan raya umum. Sehingga hari ini, dia telah menjadi ahli parlimen selama 37 tahun. 
 
 
Pada tahun 1974, Tengku Razaleigh menjadi ahli kabinet dengan menggantikan Tun Tan Siew Sin sebagai Menteri Kewangan. Menjelang tahun 1984, dia bertukar menjadi Menteri Perdagangan dan Industri. Pada tahun 1987, UMNO mengalami  persengketaan. Pasukan A yang diketuai oleh Tun Mahathir terdiri daripada Ghafar Baba dan Anwar Ibrahim menghadapi cabaran daripada pasukan B yang diketuai oleh Tengku Razaleigh dan terdiri daripada Musa Hitam dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Kedua-dua pasukan mempunyai peluang kemenangan yang sama, dan tiada siapa yang mempunyai majoriti. 
 

Sampai bila manusia ini harus menipu rakyat Malaysia?


Pada malam sebelum mengundi, Najib yang merupakan Ketua Pemuda UMNO pada masa tersebut dengan tiba-tibanya menyokong  pasukan A yang diketuai Tun Mahathir dan menyebabkan Tengku Razaleigh kalah dengan perbezaan 43 undi. Kekalahan Tengku Razaleigh turut menyebabkannya kehilangan jawatan Menteri Perdagangan dan Perindustrian. Sekiranya bukan pembelotan Najib pada saat terakhir, Mahathir sudah tentu akan kalah dan situasi politik di Malaysia hari ini tentu berbeza sama sekali.
 
Tetapi, sejarah tidak mungkin berubah dan kebenarannya tidak boleh dinafikan. Selepas memahami latar belakang Tengku Razaleigh, kita kembali kepada skandal kewangan ini. Bagaimanakah skandal ini boleh berlaku? Seperti yang telah disebutkan, BBMB dan Petronas ditubuhkan oleh Tengku Razaleigh atas perintah Tun Abdul Razak. Walaupun Tengku Razaleigh dilantik sebagai Menteri Kewangan pada tahun 1974, Tun Abdul Razak masih mengekalkan jawatannya sebagai pengerusi eksekutif sehingga tahun 1980.
 
Tengku Razaleigh mempunyai caranya yang tersendiri untuk melaksanakan DEB pada zaman 70-an. Pada zaman tersebut, perbendaharaan negara yang berperanan menyumbang modal kepada Pernas manakala sumber kewangan BBMB daripada Petronas. Matlamat asal penubuhan BBMB adalah untuk membantu bumiputera menjalankan perniagaan dan memberi pinjaman tanpa faedah kepada mereka. 
 
Pada zaman Tun Hussein Onn dan Tun Mahathir, Petronas dikehendaki untuk menyumbangkan dividen sebanyak RM 2 hingga 3 billion kepada kerajaan setiap tahun dan baki keuntungan akan diserahkan kepada perbendaharaan. Pada zaman tersebut juga, Petronas dikehendaki membuat peruntukan sebanyak RM 50 juta dalam usaha untuk menyokong BBMB. Tiada sesiapa yang tahu RM 50 juta ini adalah dalam bentuk deposit tunai atau pinjaman tanpa faedah.
 
Semasa BBMB mula ditubuhkan, lembaga pengarah kekurangan pengalaman dalam pengurusan sistem kewangan bank. Oleh sebab persaingan yang sengit dengan bank-bank perdagangan, pencapaian BBMB kurang memuaskan. Walaupun terdapat modal yang banyak, BBMB tidak dapat mendapat keuntungan daripada pelaburan. Tambahan pula, BBMB hanya memberi pinjaman kewangan kepada perniagaan kecil yang dijalankan Bumiputera dan sering kali pinjaman wang tersebut tidak dapat dikutip balik.Peniaga Bumiputera selalu menghabiskan pinjaman wang tersebut sesuka hati dan bukan untuk melabur dalam perniagaan mereka. Oleh itu, mereka tidak dapat memulangkan pinjaman wang tersebut.
 

Semua yang menyiasat Mati misteri


Pada tahun 1978, Pengerusi Carrian Group, George Tan telah mengenali presiden MCA pada masa tersebut, Lee Sam Choon. George Tan berjaya memperdayakan Lee Sam Choon bahawa dia mempunyai bakat dalam perdagangan. Tambahan pula, bidang hartanah Hong Kong sedang berkembang pesat. George Tan menggesa Lee Sam Choon supaya mencari orang tengah untuk menyumbang modal dari Malaysia dalam pasaran hartanah di Hong Kong untuk mencari keuntungan semasa perkembangan pesat ekonomi Hong Kong. Oleh sebab Lee Sam Choon mempunyai hubungan yang erat dengan Tengku Razaleigh, dia telah memperkenalkan George Tan kepadanya. Mungkin ini merupakan sebab mengapa Lee Sam Choon menarik diri daripada dunia politik selepas skandal ini terbongkar. Walaupun kedua-dua hal ini tiada sebarang hubungan, tetapi ini turut merupakan salah satu faktor.
 
Pada tahun 1981, Tun Mahathir menjadi presiden UMNO tanpa bertanding selepas persaraan Tun Hussein Onn. Kerusi naib presiden pula ditanding oleh Musa Hitam dan Tengku Razaleigh. Pada masa tersebut, Lee Sam Choon menyokong Tengku Razaleigh. Lee Sam Choon turut berkata di hadapan kawannya bahawa dia akan memotong zakarnya sekiranya Tengku Razaleigh kalah dalam pilihan tersebut. Malangnya, Tengku Razaleigh kalah dan jenaka ini telah tersebar kepada Musa Hitam. Musa Hitam sentiasa menyindirnya semasa berjumpa dengan Lee Sam Choon di mesyuarat kabinet. Lee Sam Choon merupakan orang tengah untuk membolehkan BBMB meminjam wang kepada George Tan. Oleh yang demikian, apabila skandal kewangan berlaku, Lee Sam Choon terpaksa bersara berikutan dengan gesaan Musa Hitam dan tidak lagi campur tangan dalam urusan MCA.
 
Oleh sebab Tengku Razaleigh diperdaya oleh George Tan, Tengku Razaleigh telah memberi arahan supaya BBMB menubuhkan cawangan di Hong Kong. Pada masa tersebut, Petronas menyumbang sebanyak RM 50 juta setiap bulan. Oleh itu, BBMB mempunyai modal yang mencukupi untuk melabur di Hong Kong. Modal yang pertama diberikan kepada cawangan Hong Kong berjumlah sebanyak RM 3 billion. Mengikut sistem kerajaan pada masa tersebut, pelaburan yang melibatkan jumlah yang besar ini wajib diberitahu kepada kerajaan.
 
Walaupun Tengku Razaleigh merupakan Menteri Kewangan, dia juga wajib memberitahu perkara ini kepada Perdana Menteri. Oleh yang demikian, Perdana Menteri, Tengku Razaleigh dan kerajaan mengetahui apa yang sebenar berlaku pada cawangan BBMB di Hong Kong. Cawangan BBMB Hong Kong ini dipilih sebagai tempat urus niaga mata wang asing.
 
Dalam Episod yang lalu, kita tahu bahawa BBMB dan Carrian Group mempunyai rancangan untuk bekerjasama. Rancangan bekerjasama mereka adalah berpakat untuk mendapat keuntungan sempena harga hartanah Hong Kong dan saham meningkat. Rancangan ini dibahagi kepada 3 tahap. Dalam tahap pertama, Carrian Group menggunakan modal sebanyak U$ 200 juta daripada BMF (cawangan BBMB Hong Kong) untuk membeli syarikat tersenarai Hong Kong, Mai Hon Enterprise Ltd dan menamakannya sebagai Carrian Investment Ltd. Tetapi, dalam tempoh hanya 6 bulan, Carrian Group menjualkannya kepada syarikat milikan Malaysia dengan harga U$ 250 juta. Dengan ini, George Tan telah beruntung sebanyak U$ 50 juta.
 
Dalam tahap kedua, Carrian Group menggunakan modal sebanyak U$ 250 juta daripada BMF untuk membeli Grand Marine Holding Limited dan menjualkannya kepada syarikat milikan Malaysia dengan harga U$ 580 juta. Dengan ini, George Tan beruntung lagi sebanyak U$ 330 juta. Dalam tahap ketiga, George Tan menggunakan modal daripada BMF lagi untuk membeli Gammon House dengan harga sebanyak U$ 250 juta dan menjualkannya kepada kerajaan Malaysia dengan harga U$ 300 juta. Pembelian Gammon House hanya memerlukan U$ 250 juta, tetapi BMF telah meluluskan pinjaman sebanyak U$ 292 juta. Ke mana perginya lebihan U$ 42 juta ini, tiada sesiapa yang tahu.
 
Apa yang lebih menghairankan, kerajaan Malaysia menafikan bahawa mereka membeli ketiga-tiga syarikat yang disebutkan di atas. Siapakah yang memiliki syarikat-syarikat tersebut? Semasa skandal ini berlaku, ketiga-tiga syarikat ini masih berada di bawah nama Carrian Group. Dengan kata lain, selepas George Tan membeli ketiga-tiga syarikat ini, dia tidak menjualkannya malah BMF memberi wang lagi kepada George Tan. Sebagai contohnya, BMF meminjam wang sebanyak U$ 292 juta kepada Carrian Group semasa pembelian Gammon House. Selepas itu, BMF memberi wang sebanyak U$ 300 juta lagi kepada Carrian Group. Secara totalnya, BMF telah memberi wang sebanyak U$ 592 juta kepada Carrian Group tetapi Gammon House masih berada di bawah nama Carrian Group.
 
Bagaimanakah urus niaga ini berlaku dan ke mana perginya semua wang tersebut? Jawapan ini masih menjadi misteri. Lebih teruk lagi, anak-anak syarikat yang ditubuhkan oleh Carrian Group turut digunakan untuk mendapat pinjaman daripada BMF. Semua anak syarikat tersebut hanya terdapat modal berdaftar HK $ 2 sahaja. Sebelum skandal berlaku, Carrian Group mengisytiharkan bahawa mereka mempunyai masalah kewangan pada 26 Oktober 1982. Hal ini menyebabkan harga saham Carrian Group jatuh secara mendadak. Selepas 3 hari Carrian Group mengisytiharkan masalah kewangan, BMF meluluskan pinjaman sebanyak U$ 32 juta kepada Carrian Group. Hal ini telah melanggar operasi standard sistem kewangan.
 
Biasanya jika pelanggan menghadapi masalah untuk memulangkan pinjaman, bank tidak akan meluluskan pinjaman dan menggesa pelanggan supaya memulangkan wang dahulu. Walaupun BMF mengetahui Carrian Group menghadapi masalah kewangan dan pinjaman kepada Carrian Group sebanyak RM 2 billion berkemungkinan menjadi hutang lapuk, mengapa mereka terus meluluskan pinjaman kepada Carrian Group? Oleh hal yang demikian, perkara ini telah mengejutkan BBMB.
 
Di sini, kita boleh mendapat mesej yang sangat jelas, iaitu perkara BBMB menyumbang modal kepada BMF sebanyak RM 3 billion memang diketahui oleh Tun Mahathir dan Tengku Razaleigh. Tetapi adakah Tun Mahathir, Tengku Razaleigh dan presiden BBMB mengetahui tentang rancangan bekerjasama BMF dengan Carrian Group untuk menggelapkan RM 3 billion? Sekurang-kurangnya kita dapat tahu bahawa presiden BBMB mencurigai tentangnya dan menghantar Jalil Ibrahim ke Hong Kong untuk menyiasat kebenaran. Selepas sebulan, BMF meluluskan pinjaman sebanyak U$ 40 juta lagi kepada Carrian Group. Pada bulan Mei 1983, Carrian Group tidak mempunyai apa-apa lagi yang boleh digadai janji. Oleh itu, Carrian Group mangadai janji sebidang tanah di Amerika Syarikat yang berharga U$ 76 juta kepada BMF untuk mendapat pinjaman lebihan yang sama jumlahnya.
 
Pada bulan Jun 1983, Jalil Ibrahim diarah untuk menyiasat tanah tersebut di Amerika Syarikat dan mendapati tanah yang terdapat di kawasan miskin ini hanya berharga U$ 30 juta. Selepas balik ke Hong Kong, dia menelefon pihak atasannya di Malaysia dan menolak pinjaman kepada Carrian Group. Dia telah menggagalkan pinjaman berjumlah U$ 4 juta yang akan dipinjam keluar pada 18 hari bulan Jun. Malangnya dia telah dibunuh pada 17 hari bulan Jun dan pinjaman itu telah diluluskan dan dipinjam kepada Carrian Group pada 18 hari bulan Jun. Selepas siasatan polis Hong Kong, Carrian Group didapati menggunakan tipu helah semasa pembelian Gammon House dan George Tan bersama orang-orang yang terlibat telah dihadap ke mahkamah.
 
Kes ini telah dibicarakan di mahkamah tinggi Hong Kong pada tahun 1987. Tetapi, apa yang menghairankan semua ialah hakim kes tersebut telah melepaskan George Tan dan orang-orang yang terlibat tersebut dengan memberi alasan kesamaan tuduhan. Hakim tersebut telah dikritik dan dia telah meletak jawatan selepas setahun. Akhirnya, dia telah dijumpai mati dalam ‘kemalangan’ jalan raya di luar negara.
 
Pada tahun 1984, peguam penting untuk kes ini dijumpai mati dalam kolam renang di rumahnya. Mahkamah mengisytiharkan kematiannya adalah ‘pembunuhan diri’. Kematian peguam ini memberi kesan yang tertentu kepada perbicaraan kes ini.
 
Skandal ini sudah berlaku selama 28 tahun dan banyak orang yang terlibat telah dihadap ke mahkamah. Pengerusi eksekutif BMF Leon Osman turut meninggal dunia pada bulan September tahun ini. Walaupun kes ini kelihatan sudah tamat, semua orang mempercayai bahawa orang yang disebalik ini masih belum dituduh. Seperti yang ditulis dalam laporan Ahmad Nordin, mereka berani untuk berbuat demikian kerana terdapat orang yang di sebalik ini untuk mengawal semua yang berlaku. Mereka tentu mempunyai muslihat yang lain.
 
Apakah muslihat tersebut? Hanya orang yang terlibat mengetahuinya. Sekiranya persengketaan UMNO tidak berlaku dan Tengku Razaleigh tidak bermusuhan dengan Tun Mahathir, skandal ini tentu tidak akan terbongkar dan akan disapu di bawah tikar sama seperti skandal-skandal yang lain.
Selepas persengketaan tamat dan Tun Mahathir berjaya menyingkir musuhnya,

 Rancangan lima hantu menggelapkan wang baru mula berjalan.
 
Sehingga krisis ekonomi yang berlaku pada tahun 1997, banyak wang yang telah diggelapkan daripada perbendaharaan negara. Cara yang diggunakan sama seperti yang disebutkan di skandal ini. Melalui penubuhan syarikat pelaburan di luar negara, mereka memindahkan wang daripada perbendaharaan kepada syarikat-syarikat ini dengan melibatkan amaun yang agak besar daripada berpuluh-puluh juta hingga berbillion-billion. Selepas syarikat-syarikat pelaburan ini diisytiharkan muflis, wang daripada perbendaharaan negara akan diggelapkan juga.
 
Adakah wang tersebut benar-benar telah mengalami kerugian atau dipindah keluar, tiada sesiapa yang tahu dan tiada sesiapa yang berani untuk menyiasat, kecuali orang tersebut tidak takut akan mati.
 
Contoh yang paling jelas, selepas skandal berlaku, BBMB mengalami kerugian secara berterusan dan memerlukan bantuan kerajaan untuk menyumbangkan wang daripada perbendaharaan negara untuk menyelamatkan operasi mereka secara dua kali. Dua kali misi penyelamatan ini telah menghabiskan wang sebanyak RM 10 billion! Ke manakah perginya wang tersebut?
 
Pada tahun 1990, Petronas terpaksa memindah syarikatnya kerana pembangunan yang pesat. Menara Dayabumi tidak dapat menampung keperluan Petronas lagi. Walaupun Petronas sudah mencari sebidang tanah yang terdapat di belakang Imperial Tower, tetapi idea ini ditolak oleh Tun Mahathir. Oleh sebab perlumbaan kuda Kuala Lumpur terletak di pusat Bandar, kesesakan lalu lintas akan berlaku semasa perlumbaan dijalankan dan pemindahan terpaksa dilakukan. Tun Mahathir mencadangkan supaya syarikat Petronas didirikan di situ. Tanah tersebut berharga RM 30 juta pada masa itu dan Tun Mahathir mengarahkan bahawa Petronas tidak boleh berurus niaga dengan Persatuan Perlumbaan Kuda.
 
Persatuan ini telah menjualkan tanah tersebut kepada syarikat kroni UMNO dan menjualkannya semula kepada Petronas dengan harga RM 60 juta. Petronas hanya boleh mendiamkan diri dan mengeluarkan wang sahaja tanpa menanya sebab-sebab untuk berbuat demikian. Melalui perkara ini, kita dapat tahu bagaimana kroni Barisan Nasional menggunakan helah untuk mendapatkan keuntungan.
 
Oleh itu, semasa kita melihat laporan audit negara dan mendapati banyak aksesori yang dibeli dengan harga yang lebih mahal daripada harga pasaran dan mereka memberi alasan bahawa telah terbeli yang mahal, kita agaknya dapat mengetahui apa helah yang digunakan oleh mereka.
Walapun tajuk ini ialah ‘ Lima Hantu Yang Menggelapkan Wang Negara RM 800 billion’, tetapi wang sebenar yang diggelapkan oleh kroni UMNO dan orang yang disebalik ini tidak sekadar RM 800 billion sahaja.
 
Menurut unjuran daripada IMF, dari tahun 2000 hingga tahun 2008, mata wang yang dialirkan ke luar negara berjumlah RM 880 billion. Kebanyakan wang ini tidak dapat dikesan lagi. Selepas tahun 1987 hingga tahun 2000, berapa banyak wang telah diggelapkan? Dapatkah anda bayangkan?
Di sini terdapat statistik yang merupakan rahsia negara boleh menjadi rujukan semua. Saya menjamin statistik ini akan menyebabkan kemarahan kamu semua! Wang tersebut hanya sebahagian daripada wang yang telah diggelapkan.
Pelaburan dalam Mamico Berhad mengalami kerugian sebanyak RM660 juta Pelaburan dalam Bank Bumiputra Malaysia Berhad kerugian sebanyak RM 10 billion Pelaburan Bank Negara dalam mata wang asing mangalami kerugian sebanyak RM 47 billion Pelaburan dalam Perwaja Holdings Berhad mengalami kerugian sebanyak RM 15 billion Pelaburan dalam Syarikat Tin Caper mengalami kerugian sebanyak RM 1 billion Pelaburan dalam Syarikat Embezzlement mengakami kerugian RM 50 billion  

Semua ini tidak termasuk lagi dengan kekalahan judi oleh anak lelaki sulung Tun Mahathir, Mirzan Mahathir di kasino Macau sebanyak RM 2 billion pada tahun 1998 dan kekalahan judi banyak pemerintah-pemerintah negeri sebanyak RM 3 billion. Pada masa tersebut, Mirzan tidak dapat memulangkan wang akibat kekalahan judi di Macau dan telah dikurung sebagai orang tebusan. Akhirnya Tun Daim mendapatkan wang sebanyak RM 600 juta daripada Lim Goh Tong bertambah dengan wang daripada perbendaharaan negara, barulah Mirzan dilepaskan. Semua ini tidak berani dilaporkan oleh surat khabar.
 
Selain itu, terdapat beberapa rekod kerugian Tun Mahathir semasa melabur di luar negara, termasuk yang pelaburan di UK yang mengalami kerugian sebanyak RM 2 billion bertambah dengan rekod yang tidak dapat mengesan kerugian, totalnya tidak kurang daripada RM 12 billion.
 
Bagaimanakah wang negara kita dapat ditukar menjadi aset persendirian?
 
Mengapakah negara kita mempunyai pemimpin sedemikian?
 
 
Negara kita sebenarnya mempunyai banyak sumber semula jadi dan geografi yang baik. Sekiranya wang tidak diggelapkan, negara tidak akan mengalami kemiskinan dan menghadapi risiko untuk muflis. Harap semua dapat berfikir baik-baik ke mana negara hendak dituju pada masa hadapan sebelum mengundi dalam Pilihan Raya Umum untuk diri sendiri dan generasi yang akan datang!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...