Wednesday, January 11, 2012

Pelancong Asing Bayar Beratus Dollar Memandu ke Hutan Melihat Suku Primitif & Layanan Tidak Bertamadun

Salah satu suku kaum yang paling primitif di dunia ini dihina setiap hari oleh pelancong yang sanggup membayar dengan harga yang tinggi untuk melihat 'safari manusia' dan melayan mereka seperti haiwan di zoo.
 
Beratus-ratus kenderaan pelancong ke Kepulauan Andaman di Lautan Hindi, beratur setiap hari pada waktu subuh untuk memandu jauh melalui hutan rizab yang dikhaskan untuk suku primitif Jarawa. Mereka mahu melihat sendiri keadaan kehidupan suku primitif Jarawa di mana kaum wanitanya masih berpakaian separuh bogel. Mereka kemudiannya mencampakkan makanan kepada wanita dan gadis separuh bogel dan menyuruh mereka menari. 
Apa yang dikesalkan pelawat kerap dilihat membaling pisang dan biskut kepada suku primitif ini seperti orang yang memberi makan kepada haiwan di dalam zoo.

Tribe members will dance in exchange for food and money from tourists

Larangan yang tertera pada papan tanda amaran melarang pelancong-pelancong tidak dibenarkan mengambil gambar dan video serta tidak dibenarkan memberi makanan kepada suku primitif itu malah akan dikenakan tindakan undang-undang termasuk penyitaan kamera namun tidak diendahkan.

Lebih malang pihak berkuasa tempatan turut mengambil kesempatan dengan mengenakan bayaran £350 kepada pelancong yang mahu mengambil bahagian dalam konvoi itu dan polis tempatan pula mengenakan caj £200.
 Exploitation: Hundreds of visitors to the remote Andaman Islands, north of the Equator in the Indian Ocean, queue up each day at dawn to drive through jungle set aside for the Jarawa tribe

Kaum Jarawa pertama kali berhubung dengan dunia luar pada akhir 1990-an. Suku Jarawa hidup terpisah daripada dunia moden sehinggalah pada tahun 1998 apabila salah seorang daripada mereka memerlukan rawatan di hospital dan memberitahu tentang kehidupan suku kaumnya di hutan rizab. Mereka kini kerap melawat bandar-bandar dan penempatan penduduk.


Denis Giles, editor akhbar Chronicle Andaman berkata Jarawa telah 'didera'. Mereka seharusnya diberi peluang bergaul di dunia luar tetapi ia tidak seharusnya menjadi satu kejutan budaya.  Mereka percaya bahawa pihak polis melindungi mereka tetapi realitinya ia sedang digunakan.

'Pegawai telah mengajar mereka bagaimana untuk mengemis dan mereka mengambil wang Jarawa dengan memberi mereka tembakau sebagai pertukaran.

'Terdapat banyak kes wanita Jarawa yang melahirkan anak hasil hubungan sulit dengan orang luar tetapi bayi itu tidak diterima oleh puak dan dibunuh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...