Saturday, January 14, 2012

Tinju Wanita Berjuang Hapuskan Keganasan Wanita?

SUKAN
LIHAT gambar-gambar ini, ada pandangan menyebutkan, peninju wanita berjuang untuk menghapuskan keganasan terhadap wanita Afghanistan. Benarkah?
“Saya sudah lama memasang impian untuk menjadi petinju. Pada mulanya, ayah tidak bersetuju kerana berpendapat sukan ini sesuai untuk lelaki. Namun semuanya berubah dan ayah berubah fikiran selepas saya memenangi pingat pertama,” jelas Sadaf, 18, sambil tangannya tidak henti-henti menumbuk beg tinju di satu sudut pusat latihan gimnasium di Afghanistan.
Pada kejohanan tinju antarabangsa di Tajikistan tahun 2011, Sadaf, wanita Afghanistan, membawa pulang pingat gangsa, manakala kakaknya memenangi pingat emas.
Di luar bangunan gimnasium itu, dikatakan beberapa remaja lelaki mengintai di celah-celah tingkap untuk meninjau sesi latihan tinju yang dipraktikkan oleh pelatih wanita di gimnasium tersebut. Sesetengah remaja lelaki mencuri-curi melihat dengan mata terbeliak apabila melihat petinju-peninju wanita. Itukah tarbiah mereka?
Sebenarnya pasukan petinju wanita itu ditubuhkan pada tahun 2007 oleh Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Afghanistan untuk mengubah dan menggalakkan remaja perempuan mereka supaya memisah diri dari budaya hidup beragama. Yakni agama Islam yang menjadi tunjang kekuatan negara itu dari dijajah oleh puak-puak kuffar. Itulah rahsia sebenarnya.
“Kami ingin tunjukkan kepada dunia wanita Afghanistan juga boleh menjadi ketua dan melakukan apa saja termasuk bertinju,” kata jurulatih Mohammad Saber Sharifi, yang menjadi talibarut, puak-puak penjajah anti Islam itu..
Kerana, pasukan ini turut mendapat sokongan kewangan daripada jawatankuasa Olimpik dan penghasut-penghasut badan bukan kerajaan. Mohammad yang bernama Islam itu merupakan bekas juara tinju dikatakan 'profesional', akan mendapat lebih banyak bantuan kewangan untuk membina gelanggang tinju, atas alasan 'menaik taraf kemudahan di gimnasium dan menghantar pelatih ke kejohanan antarabangsa bagi meningkatkan kemahiran dan pendedahan'.
Juga akan menghantar pasukan petinju wanita Afghanistan bertanding dalam Sukan Olimpik 2012 yang bakal berlangsung di London untuk merebut pingat emas. Namun, sebelum berjuang di peringkat utama para pelatih perlu melepasi sesi kelayakan di China pada bulan Mei depan.
Setakat ini belum ada seorang pun wanita Afghanistan yang memenangi pingat dalam Sukan Olimpik kecuali ahli taekwondo, Rohullah Nikpai pernah berjaya membawa pulang pingat gangsa dalam Sukan Olimpik 2008 di Beijing. Dia dianggap hero negara.
Laila Ali (kiri) anak bekas juara tinju dunia Muhammad Ali, juga seorang peninju wanita. Dia dikatakan pernah menyeludup ke Afghaniastan. Itukah idola mereka?
Budaya pakaian menutup aurat benteng manusia bermaruan dan berakhlak mulia inilah yang ingin dihapuskan oleh kuffar penjajah. Bukan untuk menghapuskan keganasan penjajah ke atas negara mereka, bahkan mencipta keganasan wanita ke atas diri wanita itu sendiri. Melahirkan wanita ganas yang membuang dan menghancurkan kebahagiaan agama mereka sendiri. Kebahagian dalam Islam adalah kebahagiaan di dunia dan di akhirat. (IH)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...