Saya rasa lebih molek jika anda baca artikel bersiri ini di sumber asal.
Sudah baca?
Kepada orang Melayu yang bertepuk tangan tatkala UMCO merampas Perak dengan cara jijik daripada PR kononnya atas nama Melayu dan Ketuanan Melayu, anda teruslah bertepuk tangan dengan sekuat mungkin walaupun tanah tumpah darah anda kini dalam bahaya, baik dari segi keindahan alam semula jadinya mahupun dari segi keselamatannya. Anda teruslah bertepuk tangan menyanjung Zambri dan BN walaupun saudara-saudara anda di Pangkor mungkin menerima nasib yang sama seperti orang Melayu di Pulau Pinang sejak puluhan tahun lalu.
Kata orang menang sorak, kampung tergadai!
Bercakap soal Melayu di PP, siapa yang harus dipersalahkan, DAP yang baru setahun jagung memerintah, atau BN yang telah memerintahnya sejak merdeka? Saya tahu, penyokong tegar UMNO akan terus menyalahkan DAP walaupun dakwaan mereka menjelaskan kebodohan dan ketaksuban mereka kepada UMNO walaupun bukti sudah jelas di depan mata (rujuklah blog yang menulis tentang isu ini).

Contohnya, pendedahan yang telah anda baca pada pautan di atas. Sebelum rampasan kuasa, puak UMNO menuduh DAP dan PKR memberikan tanah kepada orang Cina, walhal orang Cina itu memang layak menerimanya kerana tanah-tanah tersebut adalah tapak rumah mereka. Macam-macam tuduhan dilemparkan, walaupun pelbagai kebaikan cuba diusahakan oleh kerajaan PR pada ketika itu tanpa mengira kaum. Saya tidak mahu tulis panjang panjang-panjang. Cuba klik untuk mengimbas sejarah rampasan kuasa di Perak di sini, di sini.
Apa jadi kepada orang Melayu sebelum dan selepas Perak dirampas oleh UMNO?
Bagi orang jatuh kepada kategori bodoh tidak boleh diajar, pandai tidak boleh diikut, saya simpati. Apa yang boleh saya tolong untuk menyedarkan mereka? Tidak cukup dengan pendedahan MSK, pendedahan DS Nizar di atas, tontonlah pula bukti lisan berkaitan dengan hak orang Melayu di sini. Tolong dengar butiran yang diperkatakan oleh tokoh Melayu itu betul-betul. Tolong catat jumlah tanah rezab Melayu yang dijual dan digadai oleh UMNO atas nama pembangunan dan macam-macam lagi alasan. Siapa yang untung, siapa pula yang rugi? Kemudian fikir baik-baik!