Wednesday, January 11, 2012

Apa itu PEKIDA...


Soalan (S):  Apakah perjuangan Pekida?
Jawaban (J):  Pekida merupakan kumpulan berdaftar yang wujud sejak tahun 1967 dan asas pergerakannya daripada Thailand. Sebelum diiktiraf menjadi ahli Pekida, individu perlu melakukan sumpah bai’ah (ikrar taat setia) menjaga adat, keturunan, budaya, agama, bangsa dan negara. Gelar...an ‘Kumpulan 30′ itu sebenarnya diambil daripada jumlah 30 juzuk al-Quran, membawa maksud kami berjuang berlandaskan agama.
Selain melakukan kerja kebajikan termasuk membina rumah anak yatim di Bentong, Pahang, kami turut bantu selamatkan anak Melayu daripada terus hanyut dalam kesesatan. Kami bergerak secara sukarela tanpa mendapat bantuan kewangan daripada sesiapa, tanpa gaji. Kami makan sendiri, suap sendiri, basuh sendiri.
S: Bagaimana Pekida boleh dikaitkan dengan kumpulan gengster dan mafia?
J: Pekida diumpamakan sebagai seorang bapa. Apabila anak-anaknya buat hal jadi jahat, yang dapat nama busuk adalah bapa sendiri. Pekida menggunakan lambang tiga garisan warna hijau (bersatu), kuning (taat) dan merah (setia). Malangnya individu yang telah melanggar sumpah bai’ah keluar daripada perjuangan mengambil kesempatan menggunakan nama dan lambang Pekida sebagai platform menubuhkan dan menggerakkan kumpulan haram gengster dan mafia.
Wujudnya kumpulan ’77′, ‘Kumpulan Merah’, ‘Semerah Padi’, ‘Pewaris’ ini adalah serpihan bekas ahli Pekida yang berhaluan kiri. Mereka ‘pau’ sana ‘pau’ sini, yang dapat nama busuk adalah Pekida. Gelaran ayahanda memang asalanya daripada Pekida tetapi sekarang banyak pertubuhan lain yang pakai gelaran yang sama.
Tetapi apa yang saya kesalkan pertubuhan kami dikomersilkan sehingga menjejaskan maruah dan menghina perjuangan kami. Adakah ia satu hiburan apabila menyentuh kredibiliti kami yang memperjuangkan Islam? Penggunaan strategi nak lariskan sesuatu filem itu adalah hak masing-masing tapi jangan sentuh maruah dan hak peribadi seseorang.
Kalau benar Pekida ni kumpulan gengster, sudah lama kami ditangkap dan pertubuhan kami dibubar dan  diharamkan. Sebab itulah sekarang kami memutuskan mahu buat proses ‘pemutihan’ sehingga November depan dengan turun padang dan bersihkan imej kami daripada terus disalahgunakan oleh pihak tertentu.
Ahli Pekida 3 juta
S: Bagaimana wujudnya panggilan Ayahanda, Abang Long dan  Abang kawasan?
A: Pemimpin tertinggi dalam Pekida dipanggil ayahanda/bonda, abang long/kak long, abang kawasan yang dilantik mengikut hirarki. Secara amnya dalam sesuatu pertubuhan ada ada presiden, naib, timbalan tetapi sebagai satu gerakan yang sangat mementingkan semangat kekeluargaan, kita takkan panggil orang dalam keluarga kita ‘tuan’ atau ‘bos’ tetapi panggilan mesra atas rasa hormat dalam satu keluarga iaitu ayah, abang dan kakak. Setiap pemimpin ini bertanggungjawab mengawal anak buahnya dan buat kerja disetiap kawasan ikut lunas undang-undang negara. Atas sebab inilah Pekida mempunyai kira-kira tiga juta ahli di seluruh negara dan di Wilayah Persekutuan kami ada 500,000 orang.
S: Apa rasionalnya Pekida ‘jaga kawasan’?
J: Kita peka dengan gejala sosial yang membelenggu anak bangsa sendiri tetapi persoalannya bagaimana kita nak bergerak dan bantu mereka tanpa modal? Mata kita ditutup, tangan diikat. (Selama) 53 tahun merdeka tapi tahap ekonomi Melayu belum sampai 30 peratus, cuma 11.2 peratus sahaja. Ada parti politik yang sepatutnya menjadi tonggak membela nasib orang Melayu tetapi adakah kita masih buta dalam celik? Kita masih diperkotak-katikkan orang kita sendiri. Semangat perjuangan hanya menjaga kepentingan dan agenda masing-masing. Selama mana nasib Melayu boleh diperjuangkan?
Sosio-ekonomi jatuh. Bila saja terdesak cari ‘along’. Sampai bila dan kenapa benda ini berterusan? Bila timbulnya isu penculikan, setiap hari ada tujuh hingga lapan kes penculikan untuk tujuan perdagangan mahupun sindiket pelacuran. Nak selesaikannya mengambil masa yang lama antaranya kerana nisbah bilangan anggota pihak berkuasa dengan kepadatan sesuatu penduduk kawasan tidak cukup.
Tetapi dengan cara kami yang tersendiri kami dapat selesaikannya. Kita dedahkan perkara sebenar tetapi kita pula dipersalahkan. Pekida kehadapan dalam isu ini tetapi orang dengar nama kita terus rasa gerun dengan persepsi ‘mafia’.
Kumpulan haram dan samseng menghormati Pekida. Kita ada kekuatan, bukan kekuatan pukul orang tapi bilangan ahli kami yang ramai. Kita tak pukul orang, itu hanya kumpulan serpihan.
S: Adakah ini bermakna Pekida berjuang secara agresif?
J: Ada pelbagai cara untuk berdakwah. Kalau kita hanya duduk di madrasah, di masjid dengan berpakaian jubah dan berserban adakah kita dapat menjalankan dakwah? Apa akan jadi pada anak muda yang duduk di jalanan dan terperangkap dilorong-lorong gelap itu? Siapa yang nak dakwahkan mereka kalau bukan kumpulan kita yang bercampur dengan gengster dan mafia. Kalau kita nak bercampur dengan mafia dengan drastik memang kita salah.
Sanggupkah kita tinggalkan mereka yang tersadai di jalanan dengan hanya duduk saja di masjid? Dakwah ada 1001 cara kenapa kita nak hanya pilih satu jalan saja? Kalau hanya sabar dan berdoa adakah kita dapat mengubah bangsa kita? Kalau kita tahu ada anak Melayu kena culik oleh sindiket takkan nak harapkan pihak berkuasa saja sebab mereka pun hanya makan gaji.
Pekida boleh bercampur dengan gengster sebab itu kita dihormati. Kalau tak bercampur kita hanya akan berada ditakuk yang sama dan takkan tau apa berlaku dalam masyarakat kita.
Kalau kita dah tangkap kita beri mereka kaunseling, panggil keluarga mereka. Jangan hanya tangkap,dakwa, dan penjara kerana hanya jatuhkan martabat Melayu dan Islam, lokap pun sekarang sudah tidak muat kerana terlalu ramai orang.
Menteri ahli Pekida
Ahli Pekida ada menteri dan pelbagai pemimpin. Ada orang PAS, PKR, Umno. Tidak perlu nak dodoikan segala kemajmukan tapi pinggirkan nasib Melayu.
S: Adakah Pekida ini wira Melayu?
J: Kami bukannya wira tapi mengambil situasi kadangkala jabatan agama tidak bagi kerjasama hendak  banteras gejala sosial di Kuala Lumpur. Panggil polis, polis turun. Panggil Jawi, bandaraya (DBKL) mereka tak turun. Kata ‘on the way’ tapi ‘on the way’ bertahun-tahun. Alasan tidak cukup kakitangan, suruh buat surat (rasmi). Berapa banyak surat perlu kami buat? Nak buat dialog pun tak boleh. Tapi bila ada hal-hal tertentu buat kerja pilihan raya apa yang kami dapat? Janji macam-macam tapi tiada satu menteri pun bantu untuk naikkan imej kami.
Gengster inilah yang tolong orang Melayu tapi satu projek pun kami tiada. Anak hilang kita tolong. Seorang ibu pernah minta tolong anaknya diculik dan dilacurkan sindiket kami boleh ambil balik. Tetapi kami bukannya dapat duit, bangsa kita sendiri tengah susah takkan kita nak tengok saja?
Ini yang  dinamakan perjuangan. Kami Melayu yang buat kerja-kerja sedemikian tetapi kita tidak langgar undang. Kita bantu polis. Kalau polis dapat (selesaikan) kita tolong dengan respon yang cepat. Kalau ada laporan (polis) baru kita bergerak dan bantu. Pekida bantu sebab kami banyak ‘rangkaian’. Kami jadi telinga dan mata kerajaan (polis). Rangkaian ini bekerjasama atas sumpah  baiah. Polis makan gaji, Sabtu, Ahad tutup telefon. Kami tidak bergaji tapi atas sumpah dan janji dalam perjuangan inilah kami dapat buat kerja dengan pantas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...