Apa nak jadi dengan artis Malaysia sekarang ini, nak cari artis yang
100% bersih dari gejala sosial yang tidak sihat memang agak susah.
tambahan pula, jika wartawan-wartawan media perdana (hiburan) dibarisi
oleh orang-orang yang 'banyak pahala'nya sehingga sanggup bersekongkol
dengan artis ini dengan merahsiakannya dari pengetahuan peminat.
Mungkin diorang (wartawan media perdana-hiburan) ni takut rumah mereka
dilempar dengan darah ataupun bangkai 'gajah' pula
kot....Hahahahaha....Baiklah mari kita lihat senarai artis wanita
Malaysia yang ketagihan rokok.
Di tempat pertama ialah Shariffah Amani.
Faktor Shariffah Amani menduduki tangga pertama ialah wajah Melayu
kampungnya dan perwatakan ibunya yang begitu baik sekali. Bayangkanlah
tetiba anak perempuan hisap...
Pelakon
yang mempunyai bakat besar dan dikuatkan lagi dengan gandingan adik
beradiknya, siapa lagi kalau bukan Sharifah Amani, yang pernah
mengemparkan dunia hiburan dengan membotakkan rambut. Sharifah Amani
ini seperti sedia maklum memang cukup dikenali sebagai pelakon yang
lahir dalam keluarga yang cukup bahagia dan terdidik. Namun, apa yang
mengejutkan ramai pihak selepas ini adalah mengenai sebuah video yang
memaparkan dimana Sharifah Amani sedang menghisap rokok ketika sedang
di temubual oleh seseorang 'wartawan' yang berbangsa asing. Kalau buka
fullscreen, memang ada Sharifah pegang rokok dengan tangannya.
Di tempat kedua (2) ialah pelakon Impian Sunsilk iaitu Diana Amir.
Menduduki tempat kedua kerana selain merupakan bekas penuntut USM, dia
juga adalah salah seorang artis yang 'cun' di Malaysia ni. Baru-baru
ini, ada pihak menulis di laman sosial Facebook dengan menyatakan
bahawa Diana ni sebenarnya adalah 'kaki seks', 'minum arak' dan
'perokok'. Cuba anda search di Google imej tentang diana. Apa nak jadi
dengan artis sekarang nie, nak cari artis yang 100% bersih dari gejala
sosial yang tidak sihat, memang agak susah dan sukar. Pelakon baru,
Diana Amir juga tergolong dikalangan segelintir artis yang suka
bersosial. Walaupun gayanya kurang menampakkan dirinya itu seorang yang
sosial, tetapi, Diana Amir juga sebenarnya layan...(layan ape? hah!
yang ini kite nak tahu)...rokok. Tambah memualkan dia seorang
perempuan, kaum perempuan ni mestilah dengan gaya lemah lembut dan
sopan, tetapi Diana Amir nampak lebih advance dalam dunia artis yang
diceburinya.
Artis di tempat ketiga (3) pula adalah Aflind Shauki dan isterinya. Si 'Buyot' (nama glamour dalam filem Buli) ni nampak saja 'skema' dalam filem Papadom tapi di dunia realiti, lihat sajalah...
Tetapi
dalam meniti era kegemilangannya..Afdlin tampak tidak profesional dalam
pengurusan peribadinya. Rata-rata ramai yang tahu bahawa merokok itu
membahayakan kesihatan..Dan gambar yang dipaparkan jelas menunjukkan
dia merupakan seorang perokok. Lihat saja di tangan dia dan isterinya
itu. Jika ditanya pada tuan empunya badan, pasti jawapannya 'super
impose'. Untuk makluman anda, gambar seperti ini tidak boleh di 'super
impose'kan...
Di tempat keempat (4) pula adalah pelakon sinetron
Soleha yang memegang watak isteri kedua kepada watak Ikram lakonan
Rionaldo, iaitu Zaskia Adya Mecca. Tentu para pembaca
tertanya-tanya, mengapa artis Indonesia juga termasuk ke dalam senarai
ini kan? Jawapannya adalah kerana tidak ada bezanya industri seni
Malaysia ataupun Indonesia, kerana yang pasti ramai rakyat Malaysia
yang menonton karya-karya dari seberang. Ya kan? Pernahkah anda
terfikir bahawa Zaskia ini adalah perokok dan mempunyai tatoo.
Di tempat kelima (5) ialah Fasha Sandha.
Akibat penyebaran secara berleluasa gambar di atas, Fasha Sandha
akhirnya telah membuat pengakuan yang dia sememangnya merokok. Namun
dia bukanlah seorang heavy smoker, cuma kadang-kadang (social smoker)
sahaja.
Fasha
Sandha telah memberitahu yang gambar di atas telah diambil oleh
kenalannya di suatu majlis. Fasha Sandha sendiri telah melihat gambar
di atas menggunakan Blackberry miliknya.
Di tempat keenam (6) ialah Sazzy Falak.
Sazzy memang dikenali dengan gaya urbannya. Gambar ini menunjukkan
Sazzy sedang memegang puntung rokok ini diambil ketika Sazzy
bersama-sama Yasmin Hani dan rakan-rakannya yang lain di sebuah parti.
Di sebuah laman hiburan, menyatakan bahawa Sazzy sememangnya perokok.
Tapi, kadang-kadang je...
Seterusnya di tempat ketujuh (7) pula ialah Shariffah Sofea. Gambar ini dirakamkan ketika Shariffah Sofea bersama-sama Jue Aziz dan Jehan Miskin di sebuah kelab malam.
Yang terakhir (8) ialah bekas peserta Gadis Melayu 3 Sharifah Jasmine Soraya. beberapa gambar lagi menunjukkan Jasmine sedang bercumbu dengan pasangan wanitanya.
Baiklah, setakat ini sahaja. Jika anda mempunyai sebarang rasa tidak puas hati ataupun sebarang cadangan sila tinggalkan komen anda. Bye....
* dipetik dari MacJay.Net
Eh eh, ada sorang lagi yang tertinggal!... artis popular sepanjang zaman.