Pada
Sidang Media pagi tadi, Tukang Kompang Negara telah berjanji kepada
seluruh warga Kerian, bahawa kerajaan negaranya telah meluluskan untuk
bina Hospital Pakar di Kerian, dan duit utk bina hospital yang akan
ramai pakar-pakar berurusniaga nanti juga tidak sedikit. Hampir
setengah billion bro ! Hebat sungguh Tukang Kompang Negara beritahu.
Makcik
pakcik, tok wan, tok ngah melopong dengar duit setengah billion utk
bina hospital pakar. Baguih sungguh kerajaan kompang negara. Untuk
hospital pakar BN sanggup berjanji dan berhabis setengah billion,
tetapi untuk warga emas, kerajaan Kompang negara hanya mampu berhabis
bagi setengah ribu saja. Antara setengah ribu dan setengah billion. Tak
ubah hanya gula-gula nak tawan hati rakyat menjelang PRU13.
5
Tahun lalu, Pawang Kompang Negeri, Tajul Rosli pun datang bersama
tukang-tukangnya yang kini hanya disebut sekadar tukang karut, dan
turut sama berjanji untuk bina hospital, tapi hospital itu bukan
hospital pakar, tapi disebutnya hospital parit buntar saja. Hebat
sungguh Tukang dan Pawang kerajaan Kompang. Syok sungguh depa tabur
janji, macam tabur benih padi, tapi bila tuai - semua dapat padi angin.
Janji
Pawang kepada seluruh rakyat Kerian, bahwa jika menang calon BN
(parlimen dan DUN) pada pilihanraya ini, ketika itu maka saya sendiri
yang akan luluskan peruntukan bina hospital baru parit buntar.
Pangg..meletop-letop hati orang kampung dengar kerajaan negeri Kompang
bangang sebut sambil julur-julur jari suruh undi BN. Tak undi kalo..tak
der hospital. Bomggok punya Pawang, ada kaa mintak undi dengan ugut
dengan undi.
Dan
hari ini, Tukang Pawang sudah upgrade janji yg telah dibuat oleh Pawang
Kompang Negeri 5 tahun lalu, dengan tambah perkataan PAKAR plak. Bila
dengar perkataan 'pakar', hangpa tau ka sapa yang layak nak dapat
khidmat daripada hospital kategori macam tu ? Tok Ngah mak Ngah hang
boleh dapat kaa..servis hospital jika hanya tiap tahun sekadar
bergantung kepada hasil padi angin memanjang.
Tukang
Karut di tv malam tadi bilang 30 ribu rakyat turun sokong Tukang
Kompang di Parit Buntar, kalau nak sebut 100 ribu pon takpa, apa nak
kisah..sorang yg datang konpem dapat RM15 dari ketua Unit, sapa yang
tak mau !