BERANI...antara pelacur yang berkeliaran di sebuah bangunan di Jalan Cochrane untuk mencari pelanggan.
Tinjauan Metroplus di Wisma Indah, Jalan Cochrane, di sini, baru-baru ini, mendapati masih ada lagi pelacur asing dan tempatan berkeliaran walaupun kawasan berdekatan dengan bangunan berkenaan baru saja diserbu polis dan beberapa wanita dipercayai pelacur warga China diberkas. Pelacur terutama warga China berusia lingkungan 20 hingga lewat 30-an dikesan menjalankan operasi seawal jam 8 pagi hingga larut malam setiap hari dan menawarkan khidmat seks dengan harga RM60 di bangunan tujuh tingkat itu.
Mereka dilihat menunggu di kaki lima bangunan berhampiran laluan ke lif dan menjadikan lelaki yang lalu-lalang serta orang ramai yang berurusan di beberapa premis perniagaan di tingkat bawah bangunan terbabit termasuk pelanggan di dua bank di situ. Tinjauan mendapati tidak kurang 10 pelacur dipercayai dari China dan beberapa wanita tempatan serta golongan mak nyah yang kebanyakannya berpakaian seksi.
Lelaki yang berminat untuk melanggan khidmat mereka kemudian akan dibawa ke aras tertentu bangunan berkenaan yang menempatkan rumah sewa pelacur berkenaan. Dipercayai terdapat lebih daripada tiga rumah yang dijadikan sarang pelacuran dan semuanya di tingkat berlainan. Seorang penghuni yang enggan dikenali berkata, kegiatan tidak bermoral itu serta mencemar keharmonian kawasan itu berlaku sejak beberapa tahun lalu dan mereka bertindak semakin berani menawarkan khidmat seks pada waktu siang terutama pada hujung minggu.
Menurutnya, wanita warga asing itu tidak boleh bertutur dalam bahasa tempatan, sebaliknya hanya memaklumkan harga perkhidmatan ditawarkan dalam bahasa Inggeris dan isyarat tangan.
“Setiap lelaki yang melintas di depan mereka akan disapa dengan pertanyaan ‘massage sir, 60 dollar’ (urut encik, 60 ringgit) dan ditarik tangan supaya mengikut mereka menaiki lif. Bagi lelaki yang inginkan seks akan terus mengikut dan ada juga yang tawar menawar harga.
“Terdapat juga pelacur yang menawarkan diskaun jika ada lelaki yang berminat untuk melanggan mereka dua orang, sekali gus dan hanya mengenakan bayaran sebanyak RM100, ” katanya.
Menurutnya lagi, bilangan pelacur tempatan di kawasan itu tidak ramai, hanya dua atau tiga orang saja dan ia mungkin disebabkan mereka tidak mampu menyewa rumah di bangunan berkenaan serta tidak dapat bersaing dengan pelacur asing. “Golongan mak nyah turut mencari pelanggan di kawasan ini, namun mereka menjadikan lorong belakang di bangunan bertentangan dengan wisma ini bagi menjalankan kegiatan mereka itu.
Tinjauan selama beberapa hari di kawasan itu, turut mendapati beberapa lelaki kelihatan berkawal setiap kali pelacur berkenaan mencari pelanggan di kaki lima. Mereka dilihat memerhatikan setiap gerak geri wanita jagaan mereka itu. (Sumber myMetro)
Mengapa boleh wujud 'amoi kebal' atau 'serbuan serta tangkapan berterusan oleh pihak berkuasa bagi membanteras kegiatan pelacuran di ibu negara belum cukup menggentarkan golongan itu'?
Jawapannya di samping pelbagai sebab, utamanya ialah kerana tidak ada undang-undang larangan zina di Malaysia. Yang ada, hanya undang-undang syariah yang terhad dan rendah tarafnya dari undang-undang sivil. Apalagi hukumannya tidak mengikut peraturan Islam. Bunyi saja syariah, tetapi tidak ikut syariat Islam. Kadang-kadang undang buang sampah lebih mahal dari undang-undang berkhalwat atau zina.
Ada orang yang terang-terang mengaku duduk tanpa nikah atau berzina, tapi tidak mampu diambil tindakan oleh perundangan syariah. Itulah nasib Islam di negara umat Islam yang pemimpinnya jahil, pekak, tuli, bisu dan buta agama! Wallahu aklam. (IH)