Aku
boleh nampak macam mana orang boleh marah kat Zambry..orang marah kat
sultan…orang marah kat kerajaan. Masa Teluk Rubiah hendak dijual, masa
tu tak ramai orang yang marah sebab ramai orang tak tau.Dan bila dah
tau…tak boleh nak buat apa-apa lagi dah sebab semuanya sudah tergadai.
Kita boleh demoa, kita boleh buat kempen..tapi benda dah berlaku. Teluk Rubiah sudah tergadai.
Bila projek bijih besi Vale International mula beroperasi nanti,
Teluk Batik juga akan hancur. Bila Teluk Batik dah kotor dan orang tak
mau pergi mandi lagi kat sana, maka kerajaan pun ada alasan untuk
menukar statusnya kepada industry. Dan bila ia bertukar kepada
industry, perairan disekitar Pangkor dan Lumut akan menjadi kotor. Dan
masa itupun, orang tetap tidak akan peduli.
Aku
nak ucap terima kasih kepada ramai orang Manjung marah kepada Zambry
dan ramai yang menelefon Otai Manjung bertanya apa yang depa boleh
bantu. Memang itu yang diperlukan oleh aktivis alam sekitar macam Otai
Manjung dan Peter Van Der . Tapi Otai dan Peter memerlukan lebih dari
itu. Mereka memerlukan lebih ramai aktivis yang prihatin tentang alam
sekitar daerah Manjung.
Apa yang perlu dibuat?
Ramai
yang kata kita tumbangkan Zambry dalam PRU yang akan datang. Bukan aku
nak lemahkan semangat hangpa, tapi semangat untuk menumbangkan Zambry
saja tak cukup. Kalau pilihanraya itu adil, dah lama Zambry
ditumbangkan..tapi pasal pilihanraya itu tak adil, maka Zambry masih
selamat walaupun orang Pangkor sendiri tak suka kat dia.
Tahun
2008 kita dah tumbangkan BN dalam PRU secara demokratik, tapi depa
rampas balik secara tidak demokratik. Hangpa masih percaya kepada
pilihanraya?
Kita
kata sultan tak boleh pecat Menteri Besar, tapi Sultan pecat juga. Kita
kata depa tak boleh singkir Speaker, tapi depa heret macam pencuri
heret kambing. Hangpa masih percaya Bn akan berubah menjadi baik dan
gentleman kali ini?
Jangan harap.
Ok..kita
boleh kata PR tumbang pasai 3 ekor katak. Tapia pa yang PR buat selepas
kerajaan negeri tumbang? Apakah sudah bersedia untuk menumbangkan BN
dalam PRU akan datang ini dengan melakukan gerak kerja?
Mengikut
statistic terbaru di Pangkor..jumlah pengundi di Pangkor ialah 26,439
orang. Dari jumlah tersebut, 10,302 (39%) orang adalah pengundi biasa
manakala 16,137 (61%) orang lagi adalah pengundi pos. Pengundi-pengundi
pos terdiri dari anggota TLDM.
Dalam
tahun 2008, jumlah pengundi ialah 22574 orang. Dari jumlah ini, 9480
(42%) adalah pengundi biasa manakala 13094 (58%) adalah pengundi pos.
Dalam
jangkamasa diantara 2008 hingga Jun 2011, seramai 5525 pengundi baru
didaftarkan. Dari jumlah ini, 4569 (83%) adalah dari TLDM yang
merupakan pengundi pos.
61%
pengundi di Pangkor adalah pengundi pos. Pengundi pos pada kebiasaannya
adalah talian hayat BN yang terakhir. Ia digunakan untuk menyelamatkan
calon BN dari kalah.
Ini
yang cuba dilakukan oleh Zambry di Pangkor. Zambry mahu menggunakan
TLDM sebagai penyelamatnya. Kalau semua orang Pangkor tak mau kat dia,
dia masih boleh jadi ADUN dengan bantuan TLDM.
Sekarang,
imej TLDM tercemar dengan pelbagai masalah dan skandal. TLDM bukan saja
digunakan untuk menjadi undi penyelamat, malah digunakan untuk membuat duit.
Berbillion ringgit diperuntukkan kepada TLDM tetapi apa yang diperolehi hanyalah kelengkapan tentera yang second-hand..yang out-dated.
Keselamatan
anggota TLDM di perjudikan untuk keselesaan orang politik. Tapi anggota
TLDM juga tak boleh naka buat apa, sebab pelbagai penipuan dibuat
semasa pengundian secara pos dibuat di TLDM. Cuma yang dah bersara yang
berani bercakap tentang penipuan disana manakala yang masih bertugas
terpaksa patuh dengan perintah Umno/BN walaupun depa tak suka.
Tentera tak boleh berpolitik. Nak mengundi sendiri pun tak boleh. Kertas undi dipangkah oleh orang lain. Secara lahir, anggota tentera dipublisitikan sebagai wira negara, tetapi hakikatnya, mereka dipergunakan untuk Umno/BN kekal berkuasa.
Dalam
pilihanraya 2008, jumlah anggota TLDM yang mengundi hampir 100%. Satu
jumlah yang cukup tinggi bagi pengundian secara pos. Tanyalah kat
anggota TLDM..adakah mereka yang mengundi? Benar ada diantara mereka
yang mengundi, tapi ada juga rungutan bagaimana penipuan berleluasa di
sana. Kebanyakan undi pos dipangkah oleh orang lain.
(pengundi TLDM: 227 pengundi biasa, 12867 pengundi pos)
Sekarang nak buat apa? Nak kuburkan Umno/BN melalui pilihanraya? Realistik la sikit.
Semua orang ingat Pangkor adalah kawasan yang paling selamat bagi Umno/BN. Itu dulu…sekarang tidak lagi.
Bekas Panglima TLDM sekarang dah melawan Umno/BN. Sorang lagi pegawai tertinggi sudah meletakjawatan. TLDM bergelora dalam tenang. Peluang untuk menumbangkan Zambry di Pangkor semakin meningkat.
TLDM
sudah biasa melawan ombak dan juga sudah biasa melawan arus. Dalam PRU
1999, Calon Keadilan mendapat 3328 (48%) undi pos TLDM manakala UBN
mendapat 3548 (52%).
Kali ini, undi pos TLDM akan bergegar.
Itu sebabnya mengapa Zambry terpaksa membawa Najib ke Lumut pada 28hb Januari ini. Zambry memerlukan Najib untuk meyakinkan anggota TLDM untuk mengundi UBN.
Kita nak buat apa?
Masalah
sekarang bukan kerana orang Pangkor sukakan Zambry. Orang Pangkor tak
suka pun kat dia tapi siapa yang nak gantikan Zambry di Pangkor?
Orang
dah tak suka kat UBN, tapi masih tak yakin dengan Pakatan. Kalau ikut
tradisi atau kuota, Dun Pangkor akan ditandingi oleh PKR..dan ini
masalah utama kerana orang tak yakin dengan PKR Pangkor. PKR Pangkor
seolah-olah tak bergerak. Mengapa tidak ada orang PKR Pangkor yang
menjuarai isu alam sekitar di Pangkor? Mengapa PKR Pangkor seolah-olah
buat tak tau tentang apa yang berlaku di Pangkor?
Huh…banyak lagi kerja yang perlu dibuat.