Wednesday, January 11, 2012

FLASHBACK: MEREKA BISU BILA SURAU DIROBOHKAN

[12-1.jpg]

Ini kisah semasa kegemilangan pemerintahan BN di Selangor suatu ketika dahulu dan rakyat masih lagi mengingati sejarah hitam yang terukir pada 20 November 2006 apabila benteng manusia di Kg. Berembangdirempuh dengan ganas oleh pihak FRU dan penguatkuasa MPAJ. Mereka dipukul, ditendang dan dihambat dengan kayu. Pergelutan berlaku kerana para penduduk dan sukarelawan enggan membiarkan surau berkenaan dirobohkan. telah

Setelah berjaya, meleraikan benteng manusia yang didirikan oleh penduduk, beberapa orang penguatkuasa MPAJ dilihat meluru ke dalam surau dengan memakai kasut but dan menendang barang-barang yang ada disamping memecahkan semua tingkap surau. Pada masa yang sama mereka menemui sekumpulan kanak-kanak dan orang dewasa yang turut berkubu didalam surau. Flashback disini.

r
Pada ketika kejadian waktu itu, tidak ada seorang pun wakil dari UMNO atau mana-mana individu yang mendakwa perjuang bangsa Melayu apatah lagi untuk mempertahankanAllah seperti mana mereka beria-ia berarak 'kepala lembu' di Shah Alam dan seterusnya membawa kepada aksi maki-memaki pada majlis dialog bersama MB yang lalu. rumah

Pihak media pula langsung tidak mengendahkan peristiwa tersebut dan tiada satupun komen2 dari ahli politik BN berkaitan dengan tindakan kerajaan negeri oleh Khir Toyo ketika itu berbanding dengan isu kuil hindu dan perakan 'kepala lembu di Shah Alam, pihak media penjuak memuatkan laporan satu muka penuh dengan komen2 dari kononnya mereka yang memperjuangkan bangsa Melayu dan mempertahankan agama Islam. Cuba anda selami peritiwa Kg. Barembang dan bandingkan kumpulan yang berarak 'Kepala Lembu', fikirkanlah sendiri....Wallahuaalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...