Isteri
kepada pesakit buah pinggang yang meninggal dunia selepas pihak
berkuasa Penjara Kajang didakwa menafikannya untuk mendapat rawatan,
menuntut supaya tindakan diambil terhadap pegawai terbabit.
Ahli jawatankuasa pusat penaja Parti Hak Asasi Manusia Party (HRP), S Thiagarajan membuat laporan bagi pihak Norlailee Hamzah di Balai Polis Travers pagi ini.
Laporan itu juga menamakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail kerana didakwa "enggan mengambil tindakan" terhadap perkara itu.
"Kami meminta Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani mendakwa mereka yang bertanggungjawab di atas jenayah ini," kata Thiagarajan.
Menurutnya, bukti bahawa Mohd Adnan Razali yang berusia 43 tahun, meninggal dunia akibat tidak menerima rawatan dialisis, terdapat dalam sijil kematiannya yang menyebut punca kematian sebagai "Septicaemic Shock Secondary to Nosoconial Infection with underlying End Stage Renal Failure".
Atau kegagalan buah pinggang akibat jangkitan penyakit.
"Apabila ditahan di penjara Sungai Buloh, dia menerima rawatan dialisis tiga kali seminggu tetapi apabila dipindahkan ke Penjara Kajang selepas disabitkan pada 26 Mac 2010, dia hanya menerima rawatan sekali sahaja," kata Norlailee.
Ditanya mengapa lewat membuat laporan polis, Norlailee berkata,
beliau pada mulanya dinasihati oleh "pihak-pihak tertentu" supaya jangan berbuat demikian kerana bedah siasat tidak disukai oleh orang Islam.
"Tetapi selepas memikirkan tentang anak-anak saya, saya mengambil keputusan untuk membuat laporan ini hari ini," katanya. Mohd Adnan meninggalkan dua orang anak lelaki yang berusia 15 dan 17 tahun.
Norlailee berkata, beliau melawat Mohd Adnan di Penjara Kajang di mana suaminya itu menjalani hukuman sepuluh tahun penjara bagi kesalahan berkaitan dengan dadah, seminggu sebelum kematiannya, dan suaminya yang kelihatan lemah, mengadu tidak menerima rawatan dialisis.
"Dia tidak boleh bercakap dan sangat lemah ketika kami melawatnya," kata Norlailee sambil menunjukkan keratan akhbar tahun 2010 yang menunjukkan suaminya kelihatan tidak bermaya dan terpaksa dibawa oleh dua orang lelaki.
Suaminya, tambah Norlailee, telah dimasukkan ke hospital pada 12 Jun 2010 sebelum meninggal dunia pada malam yang sama.
Sementara Thiagaran pula berkata pihaknya juga kecewa dengan keadaan penjara kerana mendakwa Mohd Adnan mendapat jangkitan di sana dan tambahnya, ia menunjukkan penjara itu tidak bersih dan pesakit lain seperti itu di penjara berdepan dengan risiko.
Thiagarajan berkata jika pihak berkuasa gagal mengambil tindakan selepas laporan polis itu dibuat, maka HRP akan membawa perkara itu ke mahkamah.-