Wanita dan puteri umno selepas neh
jangan nak salahkan persepsi buruk orang ramai terhadap parti umno
selepas neh. Tolong lah faham. Sebab apa? Sebab korang sendiri yang
merelakan persepsi tersebut. Korang bagi lah sejuta alasan sekalipun
yang kita orang nampak dan faham cuma ;
Kondo
Tanah di beberapa lokasi termasuk putrajaya
Pasaraya
Kad Kredit
Firma pelaburan
Rangkaian restoran mewah
Ini jek.
Kita orang takmo faham kes mahkamah ka
tunggu bicara ka, PAC ka, apa ka tue seme kita orang dah anggap WAYANG.
Yang kita orang betul2 anggap tak wayang ialah ada pemimpin2 tertinggi
umno menghalalkan penyelewengan dan salah guna wang rakyat secara terang
- terangan meskipun rakyat dah jelas menunjukkan rasa amarah mereka.
Tapi takpelah. Korang tetap takmo terima
dan aku bukan pula bukan suka memaksa. Kita tunggu pru 13. Tapi tolong
jangan tangkap aku kalau aku pergi edarkan risalah pasal skandal nfc,
minta tolong sesangat. Tenkiu.