Monday, March 26, 2012

BERGAMBAR: 3 Gadis Melayu Jadi Penari Peluk Tiang

Peluk tiang 2 kali seminggu

NILAI: Berbekalkan wajah cantik dan tubuh menawan, tiga wanita tempatan memperoleh pendapatan lumayan dengan melakukan persembahan ghairah tarian tiang sambil berpakaian seksi selama 10 minit di sebuah pusat hiburan di daerah ini.

Difahamkan, mereka yang berusia 23 hingga 25 tahun melakukan tarian itu dua kali seminggu di premis berkenaan dengan bayaran RM200 hingga RM250 seorang bagi sesi berasingan iaitu pada jam 1.20 pagi dan sejam berikutnya.

Wanita berasal dari utara dan selatan tanah air itu dipercayai melakukan persembahan mengikut tema berbeza, antaranya tarian ‘ballet’ yang seksi termasuk hanya berbikini untuk tontonan pelanggan.

Mereka termasuk seorang yang dikatakan menjadi ketua kumpulan itu yang menjadikan tarian tiang sebagai kerjaya, hanya menerima undangan daripada pemilik premis hiburan.

Perkara itu dibongkar sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) yang menyerbu pusat hiburan berkenaan, jam 2 pagi kelmarin. -hm

SEKSI...aksi tiga gadis ketika mempersembahkan tarian tiang.

BERKAS...sebahagian daripada pelanggan yang ditahan.


Penari tiang tiga gadis Melayu

TRIO penari tiang seksi ghairah melakukan persembahan di sebuah pusat hiburan di Nilai.

NILAI – Jika sebelum ini penari tiang warga asing yang dijadikan pelaris pusat-pusat hiburan, lain pula halnya sebuah pusat hiburan di sini yang mengupah tiga gadis Melayu menjadi penari tiang di pusat hiburan itu.

Keseronokan pelanggan menyaksikan aksi ghairah daripada tiga penari tiang seksi itu terbongkar apabila premis itu diserbu polis pada pukul 2 pagi kelmarin.

Ketika serbuan, tiga gadis penari tiang itu sedang ghairah beraksi dengan lincah memukau 93 pengunjung termasuk 17 pengunjung wanita.

Sebahagian besar pengunjung pusat hiburan yang beroperasi seawal pukul 6 petang dan berakhir pukul 4 pagi itu semasa diperiksa berada dalam keadaan mabuk atau khayal. -kosmo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...