Tuesday, January 8, 2013

Orang Mukmin..~

Mereka adalah orang yang takut kepada Allah SWT dan seluruh anggota badannya. Sebagaimana Abu-Laits telah berkata:

Tanda-tanda takut kepada Allah itu dalam 7 perkara, iaitu:

1. Pada Lisannya.

Dia menghindar daripada berdusta, ghibah, menyebar fitnah, berbual kosong dan bercakap banyak.

2. Pada hatinya.

Dia membuang rasa permusuhan, kebodohan dan kedengkian terhadap sahabatnya, Kedengkian akan menghapuskan kebaikan sepertimana sabda Rasulullah SAW : "Hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu."

3. Pada Matanya.

Dia tidak suka memandang pada makanan, minuman, pakaian atau hal-hal lain yang haram. Tidak pula terpikat kepada dunia, tetapi memandangnya dengan mengambil iktibar.

4. Pada Perutnya.

Tidak diisi perutnya dengan perkara-perkara haram kerana itu adalah dosa besar.

5. Pada Tangannya.

Tidak ia mengunakannya untuk perkara yang haram, tetapi menggunakannya untuk ketaatan kepada Allah SWT.

6. Pada Langkahnya.

Dia tidak menggunakan kakinya untuk melangkah ke jalan maksiat, tetapi hanya melangkah untuk mentaati Allah SWT dan mencari keredhaanNYA serta untuk bergaul dengan para ulama dan orang-orang soleh.

7. Pada ketaatannya

Dia menjadikan ketaatannya semata-mata untuk mencari keredhaan Allah. Takut akan riak dan munafik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...