Tuesday, July 24, 2012

Simbol Salib Terbalik, Antichrist, dan Kaitannya dengan Black Metal




Oleh: Ahmad Henry 

Isu pembabitan pelajar sekolah dalam gerakan Antichrist yang berlatar belakangkan simbol salib terbalik pernah diperkatakan oleh media-media masa tak lama dulu. Gerakan ini sebenarnya lebih berbentuk ideologi yang menggunakan saluran muzik keras, Black Metal sebagai saluran untuk menyebarkan dakyah pihak berkepentingan iaitu Freemasonry mahupun Iluminati. 

Di Malaysia, golongan yang paling ramai terlibat ialah pelajar sekolah. Mereka menjalankan beberapa ritual pelik seperti bercelak, seks bebas, berpakaian serba hitam, memakai salib terbalik dan banyak lagi. 

Di Sebalik Simbol Antichrist 

Bagi segelintir masyarakat Kristian, Antichrist merujuk kepada seorang lelaki Yahudi yang bakal muncul pada akhir zaman dengan matlamat untuk memusnahkan bangsa-bangsa lain di dunia ini. Antichrist turut dikenali dengan beberapa nama lain seperti False Mesiah, Beast 666, dan Anti Christ-Dajjal. (Ibnu Yaacob: 2010, 148) 

 Lelaki yang dimaksudkan oleh segelintir penganut Kristian ini sebenarnya Dajjal Al Masih yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh bangsa Yahudi. Dajjal dipercayai bakal menjadi ketua kepada bangsa Yahudi untuk memusnahkan umat Islam. (Ibid, 149) Di Sebalik Perkataan Perkataan Antichrist diambil dari dua perkataan Greek purba iaitu Anti dan Christos yang membawa maksud protes terhadap ajaran Kristian. Bermakna, agama Kristian juga turut dimusuhi oleh segelintir ekstreamis Yahudi. 

Untuk menjayakan matlamat Antichrist, bangsa Yahudi terlebih dahulu telah menyerapkan unsur keyahudian mereka di dalam agama Kristian melalui gerakan Freemasonry mahupun Illuminati. Sebab itulah kebanyakan tokoh terkemuka dunia yang beragama Kristian turut bersekongkol dengan gerakan ini. Antara tokoh yang saya maksudkan termasuklah penjajah negara kita, Francis Light dan Stamford Rafles. Mereka ialah ahli Freemason dan mungkin juga ahli Illuminati. 

Di Amerika, hampir semua presiden mereka ialah ahli gerakan Freemason dan mereka ini memerintah mengikut kehendak dan cita-cita gerakan Freemason dan Illuminati Yahudi.

Antichrist dan Muzik Black Metal 

Kewujudan unsur Antichrist dalam muzik Black Metal dan Punk adalah sesuatu yang sudah dirancang rapi. Ia tidak berlaku secara kebetulan. Muzik Black Metal misalnya dirintis oleh sebuah kumpulan yang diasaskan oleh lelaki Yahudi, Ozzy Osborne iaitu kumpulan Black Sabbath. Ozzy Osborne pernah dikecam oleh beberapa pertubuhan Kristian ekoran muzik yang dibawanya mengandungi unsur-unsur penyembahan terhadap Syaitan. 

Ketika saya masih bersekolah sekitar tingkatan satu hingga tingkatan enam (1999-2005), beberapa rakan yang terlibat dalam kumpulan Black Metal ini sering melukis simbul Baphomet iaitu gambar kepala kambing jantan di tengah-tengah bintang. Simbol ini menjadi lambang penyembahan terhadap syaitan. 

Bintang itu sebenarnya ialah simbol Star of David yang juga menjadi latar belakang kepada bendera Israel pada hari ini. Star of David atau bintang Nabi Daud ini digunakan untuk melambangkan keberanian raja bagi Bani Israel iaitu Nabi Daud. 

Apa pun simbol yang digunakan termasuklah simbol salib terbalik, tujuan muzik Black Metal diadun dengan unsur-unsur keyahudian dan penyembahan terhadap syaitan adalah untuk merosakkan akidah umat Islam yang dimulakan terhadap golongan remaja. 

Muzik Black Metal di Malaysia pada Hari ini 

Pengaruh muzik Black Metal mahupun Death Metal di Malaysia pada hari ini agak perlahan. Setakat ini, tidak ada pemuzik pelapis bagi muzik jenis itu. Pemuzik sedia ada seperti As Sahar, Riusgnal (Langsuir), Sil Khannaz, Nirojim, dan lain-lain tidak kedengaran dengan album terbaru mereka. Saya sendiri sudah lama tidak mengikuti perkembangan kumpulan-kumpulan ini setelah mengalami zaman ‘pencerahan’ ketika belajar di universiti dulu. 

Langkah Mengatasi 

Sebagai guru disiplin di tempat saya mengajar, belum kelihatan adanya unsur-unsur ini di sekolah saya. Bagaimanapun, guru-guru perlu sentiasa memantau simbol-simbol atau isyarat-isyarat lain yang tanpa kita sedari sedang digunakan oleh para pelajar untuk sesuatu tujuan. Sebagai contoh, baru-baru ini ada sekumpulan pelajar perempuan menggores dahi mereka untuk menggambarkan keahlian mereka dalam sebuah kumpulan. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...