Dalam laporan bertajuk "Laporan Rosmah 'belanja sakan sengaja direka' - PM", Malaysiakini hari ni melaporkan:
Keadaan yang berlaku tetap sama. Selagi Najib dan Rosmah tak saman, sama seperti liputan begitu banyak akhbar di seluruh dunia yang mengaitkan Najib dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu, orang lebih cenderung mempercayai laporan wartawan-wartawan Australia itu mengenai aksi berbelanja sakan Rosmah.
Kenapa sejak dari awal-awal lagi Rosmah tak kata pakaian-pakaian tu untuk Festival Fesyen Islam (IIF) untuk menjawab dakwaan dalam Sydney Morning Herald (SMH)? Mengapa isteri Najib kelihatan bergelut sakan untuk menafikan laporan itu dengan kata-kata yang nampak sangat macam orang hilang akal nak menjawab?
Sekarang orang dah mula mempersoalkan, SMH yang "karut, besar-besarkan secara liar dan tidak benar" atau Rosmah sendiri yang karut, memberi reaksi secara liar dan berbohong. Orang juga melihat jawapan Najib macam tabur garam atas luka yang parah berdarah (added insult to injury).
Orang melihat jawapan Najib nampak sangat berbohong dan langsung tidak meyakinkan seperti jawapan "anak AUKU" Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang kini nampak semakin berbelit-berbelit dan dia bercakap entah apa-apa sehingga saya dengar ramai yang menuduh kemungkinan Azizan mengalami brain damage.
Orang melihat jawapan Najib nampak sangat berbohong dan langsung tidak meyakinkan seperti jawapan lintang pukang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan komitmen dan iltizamnya untuk "support all efforts to protect the security of the state of Israel" kununnya bila dah ada negara untuk orang Palestin. Sakit hati melihat Anwar macam menyembunyikan hakikat bahawa orang Palestin terpaksa meminta sedekah kepada Amerika Syarikat dan Israel untuk membolehkan mereka mempunyai negara sendiri di atas tanah air mereka yang dirompak dan dijajah zionis Israel.
Balik kepada jawapan Najib. Malah, orang melihat jawapannya menghina kemampuan rakyat untuk berfikir sama seperti Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menghina perjuangan menentang murtad apabila dia menajiskan perjuangan suci itu untuk dijadikan battle cry politik dendamnya yang kempunan sakan nak jadi Menteri Besar Selangor.
Sampai bila rakyat nak biarkan Najib menghina akal fikiran mereka?
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan Datin Seri Rosmah Mansor dengan mendakwa bahawa laporan kononnya isteri beliau berbelanja sakan di Sydney baru-baru ini "sengaja direka" untuk memburukkan imej mereka.Tak payah banyak-banyak cerita la... Selagi Najib dan isterinya Datin Rosmah Mansor tak saman wartawan-wartawan Australia yang buat cerita tu, rakyat tak la bodoh sangat untuk menerima jawapan terencat akal pun tu.