Thursday, February 16, 2012

Lagi lawak ter'best' dari Perkasa..

Dah sejuk sikit kisah penghinaan 'angpow' putih yang dibuat oleh NGO Perkasa, kali ni pertubuhan bangang tu buat lawak baru dengan memberi sokongan kat PM Najib atas kehadiran PM tu masa sambutan Thaipusam kat Batu Caves baru2 ni. Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali kata kehadiran PM Najib ke Batu Caves masa Thaipusam tu adalah dengan niat murni untuk mengeratkan perpaduan antara kaum.


Pak Berahim ni tak paham kot apa yang Mufti Perak cakap. Banyak cara lain lagi kalau nak perkukuhkan perpaduan antara kaum. Bukan dengan menghadiri upacara keagamaan yang bertentangan dengan Islam. Dah terang perbuatan yang PM Najib buat tu bercanggah dengan aqidah Islam, lagi nak pertahankan pulak. Hasan Ali tak mau interframe ke isu ni? Ni termasuk dalam slogan yang dia perjuang dan pertahankan. Mempertahankan aqidah umat Islam kat Malaysia ni. PM Najib ni bukan umat Islam Malaysia ke? Ke, dia umat Islam Monggolia??



Pak Berahim kata dia tak berapa arif dalam isu ni, kalau nak tau lebih lanjut, kena tanya Pak Mufti yang keluarkan statement tu la. Kalau tak arif, jangan nak memandai anggap perbuatan PM Najib tu dapat mengeratkan perpaduan kaum. Menteri lantikan PM najib yang berketurunan India dan beragama Hindu kan ada. Pasal apa tak wakil kan pak menteri yang dia lantik tu. takkan lantik semata2 nak makan gaji buta jer kot. Menteri yang dilantik tu pun berportfolia menjaga kepentingan kaum India kat Malaysia.

Pak Berahim kata PM Najib pergi 'sambut' Thaipusam tu sebab nak nak memerhati sendiri sambutan tu, konon2nya perihatin terlampau dengan rakyat. Sekali terkantoi balik bila Pak Mufti tegur sebab masa era Tun Madey dengan Pak Lah tu, depa cuma hantar wakil jer. Ni terlebih perihatin sampai dia dengan bini dia sendiri yang pergi, siap dikalungkan bunga gedabak punya besar. Malah siap ada replika yang besar yang didirikan sempena dengan kehadiran PM Najib ke upacara tu.

Pak Berahim ni melalak balik dengan bandingkan pulak dengan kehadiran Tok Guru Nik Aziz ke wat Buddha di Kelantan nun. Dia kata, TG Nik Aziz boleh pulak, tapi PM Najib tak boleh. Pasal apa ada double standard pulak kan..

Kehadiran TG NIk Aziz tu semasa upacara keagamaan penganut ugama Buddha ke? Ke dia melawat pasal nak pastikan kesempurnaan kaum lain dinegeri yang ditadbir dia. Apasal Pak Berahim tak tanya sendiri dengan TG Nik Aziz. Masa nak mintak jadi calon kat Pasir Mas dulu, boleh pulak dia jumpa mengadap TG Nik Aziz kan. Ni, bila ada kemusykilan, terus serang dalam surat khabar jer, tak pasti samada cerita tu disebaliknya.

Pak Berahim ni makin menjadi2 bodek tahap gaban dia kat PM Najib ni. Nak mintak jadi calon Umno, cakap la terus terang. Tak payah la nak BONAMA (bodek nak mampos) sampai macam tu sekali. Walhal PM Najib ni ada 2,3 ekoq penasihat agama yang bertahap menteri dan timbalan menteri. Takkan depa tak tau dan tak berani nak tegur kot. Ke depa ni tak berani nak kata apa sebab budaya BONAMA dah tak terbendung lagi dalam Umno. Buat la apa pun, depa 'yes'kan jer semuanya.

Hasan Ali yang dok sebuk nak pertahankan aqidah umat Islam melayu terus senyap sunyi bila PM Najib punya aqidah pulak yang jadi pertikaian. Tak mau buat Himpunan Sejuta Umat untuk kutuk PM Najib sebab aqidah dah terpesong ke? Dia PM maa, mewakili semua rakyat Malaysia maaa. Takkan Hasan Ali tak berasa malu bila ada seorang PM yang aqidah dia dipertikaikan ke. Satu dunia nampak maaa.

Tu la PM Najib, sebab nak pengaruhi undi kaum India punya pasal, aqidah hancur pun takpa. Janji undi tu yang utama. yang lain boleh settle kemudian. Apa susah, kalau masih yang dok pertikai, tahun depan pi la buat haji ekspress balik. Maka, aqidah dah kembali normal la balik kan..




~ABU~Asalkan Bukan Umno!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...