Wednesday, February 15, 2012

Ratusan kondom, alatan seks elektronik ditemui dalam bilik

Kondom
KUALA LUMPUR – Setiap pelanggan boleh memuaskan nafsu dengan hanya mengeluarkan modal sebanyak RM50.
Dengan kadar bayaran tersebut, mereka akan mendapat layanan istimewa daripada wanita warga asing yang menjual diri di Jalan Pudu, Cheras.
 
Kegiatan pelacuran ini dikesan menyasarkan pekerja buruh warga asing yang berada di sekitar ibu negara.
 
Bagaimanapun, kegiatan sindiket yang mula beroperasi beberapa tahun lalu lumpuh setelah diserbu polis dari Jabatan Anti Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7) Bukit Aman, malam kelmarin.
 
Ketika serbuan, seorang pelanggan sedang leka bersama pasangannya di dalam bilik, manakala dua lagi lelaki sedang menunggu giliran.
 
Ketua Operasi, Asisten Superintendan Hadzwan Zukefle berkata, dalam serbuan kira-kira jam 10 malam itu, tiga wanita warga asing yang disyaki pelacur, diberkas.
 
“Kita menemui ratusan kondom dan alatan seks elektronik di dalam bilik.
 
“Pemeriksaan mendapati, bayaran yang dikenakan kepada setiap pelanggan adalah dari RM50 hingga RM100,” katanya.
 
Beliau berkata, siasatan mendapati dua wanita itu salah guna pas lawatan manakala seorang lagi menggunakan pas pelajar.
 
“Tiga pelanggan yang terdiri daripada dua warga Bangladesh dan tempatan ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.
 
Hadzwan berkata, semua tahanan berusia 20 hingga 30 tahun dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.
 
Sementara itu, sebuah rumah urut di Desa Sri Hartamas yang tidak mempunyai lesen perniagaan diserbu, kira-kira jam 10.45 malam.
 
Dalam serbuan itu, seorang wanita warga Indonesia dan tiga wanita warga Thailand yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah diberkas.
 
Seorang lelaki yang merupakan penjaga premis dan tiga pelanggan turut ditahan bagi membantu siasatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...