Akibat
terlalu percaya kepada teman lelaki, seorang pelajar Tingkatan Satu
dirogol secara paksa oleh teman lelakinya yang berusia 19 tahun di
sebuah lorong gelap, delat Gadong Jaya, Seremban.
Ketua
Polis Daerah Nilai, Superintendan Yusof Awang berkata, suspek yang
bekerja sebagai pembantu kedai di ibu negara itu dikatakan memaksa
kekasihnya berusia 13 tahun itu melakukan seks atas motosikal.
Menurutnya,
siasatan awal mendapati, kejadian pertama berlaku Ogos tahun lalu dan
selepas itu, pasangan tersebut kerap berjumpa untuk melakukan seks
sehinggalah pada 22 Februari lalu.
“Laporan
asal dibuat keluarga wanita itu yang melaporkan anaknya tidak pulang ke
rumah selama seminggu dipercayai mengikut teman lelakinya di Kuala
Lumpur.
“Sejurus
laporan polis dibuat, wanita tersebut pulang ke rumah. Setelah didesak
keluarganya, wanita itu memberitahu bahawa dia dirogol. Sebaik sahaja
mengetahui hal itu, ibunya membuat laporan di Balai Polis Nilai,”
katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Yusoff berkata, polis berjaya menahan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.