Tuesday, February 28, 2012

Hina Islam, Permit The Star (MCA) Perlu Digantung!


KUALA LUMPUR, 28 Feb 12: Para Editor kanan akhbar milik MCA, The Star telah dipanggil oleh Kementerian Dalam Negeri ekoran penyiaran gambar tatoo nama Allah dalam akhbar itu.

(Gambar laporan The Star 27 Februari....gambar tatoo disamarkan oleh kami)
Lihat sebelum ini.. Gambar Ini, M'sia Terlibat Hina Allah?
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Lee Chee Leong dalam kenyataannya sebagaimana yang disiarkan Bernama berkata, Managing Editor, Ketua Editor Berita dan Editor Kanan The Star telah dipanggil kementeriannya untuk memberikan penjelasan ekoran laporan itu.

"Tindakan selanjutkan akan dibuat berdasarkan penjelasan bertulis mereka," kata Lee Chee Leong, anggota Parlimen Kapar dan juga AJK Pusat MCA dalam kenyataannya.

Semalam The Star menyiarkan gambar besar penyanyi Amerika Eryka Badu yang mempunyai tatoo nama Allah pada dadanya yang terdedah. Ia disifatkan satu penghinaan kepada umat Islam di negara ini kerana nama Allah seolah-olah dipermain-mainkan.

Ekoran pendedahan Harakahdaily mengenainya, The Star telah memohon maaf. Namun, pelbagai pihak tidak berpuashati kerana sebelum ini akhbar MCA itu juga membuat kesilapan yang hampir sama iaitu menyentuh sesnsitiviti umat Islam.

Semasa bulan Ramadhan yang lalu, The Star menyiarkan resipi masakan daging babi kononnya sebagai juadah berbuka puasa. Apabila dibuat bantahan, The Star memohon maaf. Namun, apakah permohonan maaf ini benar-benar melambangkan pengakuan kesilapan akhbar milik MCA ini dipertikaikan.

Ini kerana, Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek juga tidak habis-habis menghina Islam khasnya hukum syariah. Ia dapat dilihat dengan jelas dalam debat beliau dengan Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP baru-baru ini.

Ekoran itu, Pemuda PAS, Mufti Perlis dan badan NGO, Isma mendesak permit The Star digantung untuk memberikan pengajaran kepada semua pihak agar jangan mempermainkan sensitiviti agama Islam yang menjadi agama rasmi negara.

Namun dengan penglibatan timbalan menteri KDN dari MCA, ramai yang ragu kalau-kalau tindakan yang berpatutan tidak diambil ke atas akhbar milik MCA, The Star ini.
"Bagaimana AJK Pusat MCA yang jadi timbalan menteri KDN ni nak siasat dan hukum akhbar MCA (akhbarnya sendiri)? Kelakarlah pentadbiran Umno ini," kata Nasrudin Hassan, Ketua Pemuda PAS ketika mengulas isu ini.
Sehubungan itu, beliau meminta KDN lebih serius dalam hal ini dan menjaga kepentingan umat Islam dan tidak takut kepada MCA yang sudah semakin galak menghina Islam. (Hrkh/IH)
Lihat sebelum ini..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...