DUN N10 ataupun Seberang Jaya terletak di dalam Parlimen Permatang Pauh, pada pilihanraya Umum yang ke 12 yang telah berlangsung pada tahun 2008 yang lalu, calon dari UMNO/BN Datuk Ariff Shah Omar Shah telah menewaskan calon PKR, Ramli bin Bulat.
Dalam Pilihanraya yang menyaksikan 81.48% atau 18,479 pengundi keluar mengundi itu calon dari UMNO/BN Datuk Ariff Shah Omar mengekalkan penguasaannya terhadap Kerusi DUN tersebut dengan majority 533 undi.
Satu penurunan majority yan agak besar dimana sebelum ini Datuk Ariff Shah Omar telah memenangi Kawasan ini dengan majority 4,464 undi.
Pada ketika itu kawasan tersebut mempunyai 22,678 pengundi dimana Melayu terdiri dari 62.36%, Cina 23.97%, India 13.13% dan Lain-lain 0.54%.
Kini sehingga bulan March 2012 jumlah pengundi telah bertambah menjadi 28451 orang pengundi, pertambahan sebanyak 5733 pengundi baru yang belum dipecahkan kepada peratusan kaum.
Dan yang paling menarik ialah penyandang Kerusi DUN tersebut bakal dicalonkan bagi menentang DS Anwar Ibrahim sekali lagi di Parlimen Permatang Pauh.
Biarpun telah terbukti beliau tidak mampu untuk menandingi kekuatan DS Anwar Ibrahim dalam Pilihanraya Kecil Permatang Pauh dimana beliau telah tewas dengan majority 15,671 undi ini adalah perlu bagi menguburkan karrier politiknya di Permatang Pauh oleh UMNO Permatang Pauh.
Dalam Pilihanraya Kecil tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim memperolehi 31,195 undi, calon dari AKIM mendapat 92 undi dan Datuk Arif Shah Omar Shah 15,524 undi.
Arif Shah Omar Shah perlu dikuburkan karrier politiknya kerana beliau bukanlah seorang yang sehaluan dengan pemimpin utama UMNO Bahagian Permatang Pauh.
Inilah kebiasaan dalam UMNO, biarpun pemimpin tersebut disukai rakyat bawahan tetapi beliau tidak sehaluan dengan pemimpin atasan di Bahagian, beliau perlu dikuburkan.
Menyedari akan kebolehan Datuk Arif Shah Omar Shah menguasai bahasa Hokkien bagi mereka itu tidak lagi penting kerana menurut mereka masyarakat Cina sudah hilang kepercayaan terhadapnya berikutan satu penyelewengan dana untuk To’Kong.
(YB Ariff Shah kalau nak tahu siapa yang cerita pasal dana tu sila hubungi Tuan Hj. Ishak)
Menurut pemimpin-pemimpin UMNO itu lagi Kerusi yang kosong itu bakal diisi oleh Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Shaikh Hussein Mydin (gambar atas).
Seorang tokoh muda dari UMNO Bahagian Bagan yang telah dilantik menerajui Pemuda UMNO Pulau Pinang sekitar March tahun lalu.
Selain diyakini sebagai seorang tokoh muda yang punya daya kepimpinan beliau juga diyakini mampu mempertahankan Kerusi Seberang Jaya dalam Pilihanraya Umum yang akan datang ini.
Dikatakan juga beliau adalah pemimpin muda dari UMNO yang disenangi segenap lapisan masyarakat berbilang bangsa di kawasan Seberang Jaya.
Manakala dari PKR pula salah satu dari empat nama yang telah disenarai pendekkan oleh pihak AMK Pulau Pinang, untuk dijadikan calon bagi Pilihanraya Umum akan datang ini dijangka diletakkan di kawasan tersebut.
Dari empat nama yang disenaraikan itu calon yang dikatakan paling sesuai untuk berdepan dengan Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang itu adalah Ketua AMK Pulau Pinang sendiri iaitu Saudara Amir Haji Ghazali (gambar bawah).
Amir Haji Ghazali bukanlah satu nama yang asing bagi kebanyakkan pengundi di Kawasan DUN Seberang Jaya kerana beliau telah berkhidmat sebagai Ahli Majlis MPSP yang menjaga kebajikan rakyat di Seberang Jaya.
Beliau telah dilantik bagi menyandang jawatan Ketua AMK Pulau Pinang setelah jawatan tersebut dilepaskan oleh Ahli Parlimen Balik Pulau, YB Yusmadi Yusoff sebelum Pemilihan PKR penghujung tahun 2010 yang lalu.
Setelah pemilihan berlalu jawatan Ketua AMK tersebut telah dikekalkan kepada beliau.
Anak kelahiran Penanti itu telah bergerak bersama PKR seawal dari tahun 1999 lagi iaitu ketika PKR dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional dan telah menerajui AMK Permatang Pauh bermula pada tahu 2007 hingga sekarang.
Mempunyai daya kepimpinan yang tak perlu dipertikaikan lagi berdasarkan pengalamannya menerajui AMK Permatang Pauh dan juga AMK Pulau Pinang.
Meskipun tahap pendidikan ada sedikit perbezaan dimana Ketua AMK memiliki Diploma dan Ketua Pemuda UMNO memiliki Ijazah (kalau tak silap) tahap pendidikan itu bukanlah satu perbezaan yang penting.
Ini kerana menurut TG Nik Aziz, calon-calon bagi DUN bukanlah pembuat dasar Negara, mereka adalah Wakil Kepada Rakyat yang menyuarakan kehendak rakyat di Dewan Undangan Negeri.
Biarpun pendidikan mereka rendah apa yang lebih penting ialah penerimaan rakyat terhadap meraka.
Ini telah terbukti dengan kemenangan Calon PAS dalam Pilihanraya Kecil Manik Urai dimana Mohd Fauzi Abdullah atau Abe Uji seorang pemborong Ikan telah Berjaya mengalahkan calon UMNO/BN Tuan Aziz Tuzn Mat.
Jika ianya benar-benar terjadi ini adalah satu pertembungan yang dijangka amat menarik bagi Pilihanraya Umum yang akan datang ini di mana Ketua Pemuda UMNO akan ditentang oleh Ketua AMK.
Pesanan buat yang dilantik sebagai pemimpin Parti.. pepatah ada mengatakan " Andai melihat bintang di langit, rumput di bumi dilupa jangan"...