Lupakan kisah betina itu. Aku mahu merujuk laporan yang disiarkan oleh Malaysiakini di sini.
Umi Hafilda kononnya mahu mengugut DS Anwar Ibrahim dan abangnya
Azmin Ali untuk menjaja semua cerita buruk kedua-dua pemimpin PKR
tersebut menjelang Pilihanraya Umum nanti. Kononnya, kedua-dua tokoh
itu akan `lari tidak cukup tanah' apabila beliau bersama Tim Sesumpah
yang terdiri dari Ezam sesumpah dan Nalla Karupan bakal menggempur DS
Anwar dan Azmin.
Dulu Ezam berkawan dengan wanita berakhlak, kini....? |
Soalnya, mengapa mesti menunggu saat Pilihanraya? Jawapannya mudah.
Ini adalah kerana cerita yang bakal keluar dari mulut-mulut pencacai ini
hanyalah modal Pilihanraya sahaja. Sebelum ini kita boleh lihat,
apabila ada sahaja Pilihanraya Kecil, maka timbullah muka
pencacai-pencacai ini untuk mencari makan. Mereka tahu saat Pilihanraya
adalah saat paling `murah rezeki' haram yang diperolehi. Kerja
menjadi `Pelacur Politik' bagi mereka lebih bersih dari menjadi pelacur
di lorong-lorong gelap, walaupun hasilnya sama iaitu duit haram.
Jika benar telus mahu tegakkan kebenaran, mengapa mesti tunggu saat
Pilihanraya? Mengapa tidak dedahkan dulu dan sekarang? Mengapa sewaktu
Umi Hafilda dipanggil menjadi Saksi sewaktu kes Liwat 1 dahulu beliau
tidak tampil dengan semua bukti yang kononnya beliau miliki? Mengapa
mesti tunggu hampir 14 tahun mahu dedahkan? Dan, peliknya mahu menunggu
tarikh Pilihanraya pula? Ertinya, mereka hanya mahu jadikan fitnah
sebagai modal Pilihanraya semata-mata. Sebab itu, apa yang beliau
katakan kononnya ada bukti dan sebagainya itu tidak pernah dibawa ke
dalam mahkamah malahan tidak pernah pun dibuat laporan untuk disiasat.
Taktik mereka hanya satu iaitu mereka akan karang cerita fitnah,
kemudian dengan bodohnya mencabar DS Anwar atau Azmin menyaman mereka.
Apabila DS Anwar dan Azmin enggan melayan permainan bodoh mereka itu,
maka modal besar mereka adalah mendakwa DS Anwar dan Azmin amat takut
dengan mereka dan memang benarlah cerita-cerita bodoh mereka itu.
Kalau aku berada di tempat betina ini, mudah sahaja. Aku akan bekalkan
semua fakta dan bukti yang aku ada tentang DS Anwar dan aku akan
serahkan pada Najib. Sudah tentu Najib mempunyai modal besar apabila DS
Anwar mencabarnya berdebat. Bayangkan jika Najib memiliki semua bahan
bukti yang ada pada betina ini dan Najib akan dedahkan sewaktu
berdebat dengan DS Anwar nanti. Ketika itu, aku percaya DS Anwar akan
`lari tidak cukup tanah'. Malangnya betina ini amat bodoh, tidak tahu
langsung untuk membodek Najib agar Najib lebih berani berdebat dengan
DS Anwar. Sehingga kini, Najib terus menikus tanpa seorang pun yang
tampil untuk memberikan `tangkal' untuk menjadikan Najib seorang
`jantan sejati'.