Ketika dalam perjalanan pulang dari
tempat kerja, saya terlihat poster ceramah Hasan Ali berhampiran dengan
simpang masuk ke Saujana Utama, Sg Buloh. Kalau tidak silap, tajuknya
berkaitan dengan isu akidah. Agama masih menjadi modal Hasan Ali untuk
mempengaruhi orang ke ceramahnya. Selesai solat Maghrib, saya
sekeluarga ke KFC berhampiran dengan tapak ceramah.
Kami bercadang untuk
memesan beberapa hidangan termasuk ayam spicy, kegeramaran anak-anak.
Pada ketika itu, orang agak banyak, maklumlah awal bulan, rata-rata
orang menerima gaji masing-masing semalam. Barisan orang yang mahu
memesan hidangannya juga agak panjang. Semua kaunter dibuka untuk
menerima pesanan.
Ketika tiba giliran kami, pekerja
kaunter memberitahu ayam spicy sudah habis. Pelanggan yang memesan
hidangan itu perlu menunggu 11 minit. Bayangkan anda beratur hampir 15
minit, ketika memesan hidangan ayam spicy, anda diberitahu ayamnya sudah
habis dan anda perlu menunggu dalam tempoh tertentu. Bayangkanlah pula
kalau anda beratur selama sejam, sampai saja di kaunter pekerja dengan
selamba memberitahu ayam sudah habis. Tentulah anda akan "mengamuk"
kerana pekerja sepatutnya memberitahu anda terlebih awal dan tidak
membiarkan anda beratur lama.
Samalah juga dengan keadaan yang
kami tempuhi malam tadi. Bukan pertama kali dan sudah pasti bukan yang
terakhir. Situasi seumpama ini tidak akan berlaku jika premis makanan
segera itu diurus dengan betul. Sepatutnya, pekerja di premis itu
membuat tindakan awal untuk mengelakkan pelanggan merungut dengan
perkhidmatan yang diberikan. Misalnya, jika mereka mendapati ayam spicy
sudah hampir habis dan pelanggan pada waktu itu banyak, sepatutnya
mereka bertindak menggoreng ayam itu lebih awal, bukannya menunggu ayam
itu hampir habis baru mereka bertindak menggoreng ayam yang baru.
Selesai makan hidangan yang lain,
ayam yang dipesan masih belum sampai. Rasanya lebih 20 minit, namun
ayam yang dikatakan akan siap digoreng selepas 11 minit masih belum
sampai. Beberapa minit kemudia, itu pun orang rumah sudah mengadu kepada
pekerja, barulah ayam yang dipesan sampai ke meja. Aduhai!!!!
Sebaik saja bergerak meninggalkan
KFC, kami menuju ke tapak ceramah. Sampai di sana, hanya beberapa orang
yang duduk di kerusi yang disediakan. Saya tiba di situ pukul 9.15
malam. Ceramah seperti yang dinyatakan pada kain rentang sepatutnya
bermula 9 malam. Yang memalukan, walaupun sudah 15 minit berlalu, orang
masih belum datang. Pada waktu, video ceramah Hasan Ali ditayangkan
kepada pengunjung tapak ceramah.
Tepat jam 9.30, jumlah penonton tidak banyak beza. Rasanya, tidak sampai 15 orang setia menunggu Hasan Ali di tapak ceramah. Tidak jauh dari tapak ceramah yang lengkap dengan khemah dan kerusi, ada kelompok pemerhati, rasanya tujuan mereka ke sana samalah seperti saya, iaitu mahu meninjau sejauh mana sokongan masyarakat setempat kepada Hasan Ali.
Untuk pengetahuan anda, di
kawasan Saujana ini, dianggar lebih 20 ribu orang yang majoriti besarnya
orang Melayu menetap di sini. Kalau berdasarkan anggaran pemaju,
terdapat lebih 30 ribu penduduk di sekitar kawasan perumahan di sini.
Oleh sebab itu, setiap kali ceramah PR, tidak kurang 3-5 ribu penduduk
setempat datang memeriahkan suasana sambil mendengar kupasan isu
terkini. Saya sempat beberapa kali mengikuti ceramah tokoh-tokoh PR di
kawasan itu. Suasananya memang jauh berbeza daripada ceramah yang
dianjurkan oleh UMNO atau Hasan Ali. Selesai sahaja solat Isyak, tapak
ceramah sudah dipenuhi kenderaan dan orang ramai yang mahu menyaksikan
ceramah. Lalu lintas juga menjadi sesak.
Namun, suasana malam ini, sama
sahaja seperti keadaan hari-hari yang lain. Orang ramai berkunjung ke
restoran, gerai makan untuk menjamu selera. Ada yang sibuk membeli belah
barangan dapur. Ada yang meluangkan masa berjemaah di masjid dan
mendengar tazkirah daripada imam. Majoriti besarnya seolah-olah tidak
menghiraukan ceramah Hasan Ali yang berdasarkan ceramah yang ditayangkan
di layar masih cuba mengelirukan orang ramai tentang isu pemecatannya,
isu Anwar Ibrahim dan sebagainya.
Tepat jam 9.30, saya beransur
pulang. Ceramah masih belum dimulakan. Orang di tapak ceramah pun tidak
berubah. Yang menghairankan ialah pihak di belakang penganjuran ceramah
Hasan Ali di situ. Berdasarkan khemah, kerusi, sistem audio, dan
perkasas rakaman yang disediakan, rasa-rasanya bukan JATI yang menjadi
penganjur ceramah itu. Rasa-rasanya, anda dapat mengagak dalang yang
menyokong jerayawara Hasan Ali.
Selepas 30 minit ceramah sepatutnya dimulakan, inilah antara penduduk yang mahu mendengar ceramah Hasan Ali. Tolong kira!:
P/s: Baru-baru ini, sebuah akhbar
melaporkan bahawa Hasan Ali mendakwa PKR dan DAP akan menghapuskan
panggilan azan jika memerintah Malaysia. Dakwaan parasit PAS ini jelas
berunsur fitnah dan amat malang jika ada Melayu yang mempercayai
kata-kata fitnahnya. ~
Addin :
Baru-baru ni Addin balik ke
Kuantan, kebetulan Hassan Ali ada buat ceramah di padang awam Sg. Isap
3. Boleh dikatakan sesak jugak, ramai yang hadir. Famili Addin yang mendengar ceramah tersebut memberitahu, yang hadir hanya duduk jauh-jauh je.. sekali sekali ada jugak yang menyampuk.
Sebenarnya bukan ceramah tetapi pekikan dan lolongan Hassan Ali.. Mungkin pusingan pertama ni ramai yang hadir kerana ingin mendengar dan membuat penilaian. Masuk pusingan kedua, Hassan Ali akan menerima nasib seperti Zul Kulim.. banyak kerusi daripada hadirin..
Sebenarnya bukan ceramah tetapi pekikan dan lolongan Hassan Ali.. Mungkin pusingan pertama ni ramai yang hadir kerana ingin mendengar dan membuat penilaian. Masuk pusingan kedua, Hassan Ali akan menerima nasib seperti Zul Kulim.. banyak kerusi daripada hadirin..