SUKAN
Malukah
anda melihat gambar pakaian atlet wanita kita begini? Malu apa?
Kerajaan Malaysia pun tidak malu mewakilkan atlet-atletnya ini!! Lihat
lagi gambar-gambar di bawah...
PAKAI tudung dan menutup aurat tidak mengganggu kredibiliti gerakan pemain-pemain dalam sukan. Buktinya, pada Sukan Olimpik 2008 di Beijing, setengah atlet Mesir dan semua atlet Iran, Afghanistan,Yaman memakai tudung berjaya memenangi pingat emas.
Baru-baru ini (Jan 2012) sebuah keputusan penting diambil oleh persekutuan bola sepak antarabangsa FIFA, dengan membenarkan pemain wanita Muslim memakai tudung di padang.
Bila lagi kerajaan Malaysia di bawah pimpinan UMNO/Islam akan memanfaatkan 'tarik balik' larangan tersebut. Bahkan memperjuangkan 'tutup aurat' di kalangan atlet-atlet Malaysia dalam pelbagai jenis sukan, temasuk sukan renang.
Anda bezakan sendiri mana pakaian yang lebih bermaruah dan bertamadun. Pakaian yang lebih sesuai menurut pelbagai agama, bukan hanya agama Islam sahaja.