Oleh: Lim Kit Siang.
Baru-baru ini politik di Malaysia adalah menjadi semakin kasar dan kesat
termasuk di dalam Dewan yang mulia ini di mana fitnah dan dusta
disebarkan tanpa conscience and compunction.
Dalam mesyuarat Parlimen ini dan yang lepas, dusta dan fitnah yang
paling keji dan tidak bertanggungjawab telah dilontarkan terhadap saya.
Menuduh saya sebagai pencetus peristiwa 13 Mei pada tahun 1969.
Selama empat dekad ini, pihak polis, pasukan keselamatan dan kerajaan,
kita tidak dapat menentukan siapa sebenarnya yang mencetuskan rusuhan 13
Mei 1969. Akan tetapi tiba-tiba sahaja ada orang tahu siapa yang
mencetuskan rusuhan 13 Mei dan saya telah didusta di Dewan ini sebagai
orang yang mencetuskan rusuhan 13 Mei menerusi slogan-slogan paling
racist di jalan-jalan di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13 Mei 1969.
Madu Tualang Asli. 1KG RM60 sahaja. Hubungi PakDin 019-5672201
Hasilnya semua dusta dan kepalsuan bahawa saya
telah mencetuskan rusuhan 13 Mei khasnya di jalan-jalan di Kuala Lumpur
pada 11, 12 dan 13 Mei 1969 telah disiarkan secara berleluasa di
blogblog kumpulan Cyber Trooper UMNO.
Pada hakikatnya saya tidak berada di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13 Mei
1969. Semasa itu saya bertanding di Bandar Melaka dan berada di pusat
pengiraan undi di Melaka sehingga awal pagi 11 Mei 1969 kerana menunggu
keputusan dan hanya kembali kepada keluarga saya di Petaling Jaya pada
11 Mei 1969.
Pada hari Isnin seterusnya iaitu 12 Mei, saya pulang ke Bandar Melaka
untuk mengucapkan terima kasih kepada para pengundi di perarakan,
berterima kasih kepada pengundi-pengundi pada petang dan menghadiri satu
rapat umum, berterima kasih kepada pengundi pada malamnya. Kedua-dua
acara telah berlangsung secara aman.
Saya mungkin merupakan satu-satunya wakil rakyat dalam tahun 1969 yang
sempat mengadakan perarakan dan rapat umum serta berterima kasih kepada
pengundi-pengundi selepas pilihan raya kerana saya telah menempah tiket
untuk terbang ke Sabah pada awal pagi hari Selasa, 13
Mei untuk membantu dalam kempen pilihan raya calon-calon bebas di situ.
Ini kerana pada masa itu hari mengundi Sabah dan Sarawak adalah diadakan
seminggu selepas keputusan pilihan raya diumumkan di Semenanjung.
Semasa saya berucap di rapat umum di Kota Kinabalu pada malam 13 Mei,
barulah saya terima berita bahawa huru-hara 13 Mei telah berlaku di
Kuala Lumpur.
Menuduh saya sebagai menghasut dan mencetus rusuhan 13 Mei menerusi
ungkapan-ungkapan perkauman yang kesat di jalan-jalan di Kuala Lumpur
pada 11, 12 dan 13 Mei adalah fitnah dan dusta belaka yang paling tidak
bertanggungjawab dan keji sekali.
Sebenarnya dalam ucapan pertama saya di Parlimen pada 23 Februari 1971
setelah saya dibebaskan dari tahanan ISA pertama saya, serta setelah
Parlimen dipulihkan semasa membahaskan Rang Undang-undang Perlembagaan
(Pindaan) 1971, saya telah menyeru supaya satu Suruhanjaya Parlimen yang
keahlian termasuk wakil-wakil bukan Ahli Parlimen yang dihormati dalam
bidang mereka masing-masing untuk antara lain mengenal pasti punca
rusuhan 13 Mei. Saya membuat cadangan bagaimana untuk mencegah
berulangnya rusuhan 13 Mei di masa hadapan dan menghentikan masalah
polarisasi kaum di Malaysia.
Berikut adalah apa yang telah saya katakan dalam bulan Julai 1969 semasa
menjawab membalas penahanan saya di bawah ISA dan saya pasti rekod ini
masih disimpan di dalam archive Kementerian Dalam Negeri.
Saya petik,
"My every public statement and stand was motivated by my sense of
Malaysian nationalism and patriotism. I was born in Malaysia and I shall
die in Malaysia. I have no other land as my home. I have children who
are growingup in Malaysia and who are going to live in Malaysia. I fell
it is my duty to do my part to build a multi-racial and harmonious
Malaysia for, without such a society, all Malaysians will suffer."
"I believe that the policy followed by the Alliance is not producing or
generating a sense of Malaysian consciousness and identity transcending
all racial language and cultural differences. I believe that the only
formula to build a Malaysian nation is to give every Malaysian
regardless of his race, language or culture, a stake in the political,
economic, social and cultural development of the country, where no group
feels that it is being discriminated against on racial, cultural,
language or religious grounds. It is this philosophy which guided all my
public actions and utterances."
Ini merupakan kenyataan saya, sayang, love, setia, komitmen,
nasionalisme, patriotisme saya semasa saya masih berusia 28 tahun. Saya
bangga berkata bahawa saya berpegang teguh kepada kenyataan ini sampai
sekarang...
[Tepuk] Anak-anak saya semuanya berada di Malaysia menyumbang
kepada pembangunan Malaysia yang moden, progresif, berdaya saing,
demokratik dan adil.
Pilihan raya umum yang seterusnya akan merupakan satu ujian yang
terbesar buat Malaysia. Menguji sama ada kita berdaya menjadi sebuah
negara demokratik yang biasa. Di mana semua rakyat Malaysia menikmati
hak dan kuasa untuk melaksanakan peralihan kuasa dan kerajaan menerusi
peti undi.
Saya menjemput Yang Amat Berhormat Perdana Menteri serta semua pemimpin
Barisan Nasional supaya menyertai usaha Pakatan Rakyat untuk membuktikan
bahawa kita semuanya nasionalis dan patriotik Malaysia yang berupaya
bekerjasama dengan menubuhkan sebuah suruhanjaya bersama untuk
memastikan bahawa PRU-13 ini akan merupakan pilihan raya yang paling
bersih, bebas dan adil di sejarah Malaysia ini. Sementara membuktikan
kepada masyarakat sedunia serta diri kita sendiri bahawa kita telah
muncul sebagai sebuah negara demokratik yang biasa.
Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri
ada memohon maaf oleh kerana kesilapan-kesilapan Barisan Nasional di
masa lampau.
Akan tetapi sampai sekarang tidak tahulah apa kesilapan-kesilapan yang
beliau minta maaf dan tidak boleh dipertikaikan bahawa beliau semasa 35
bulan sebagai Perdana Menteri ada membuat banyak kesilapan.
Antaranya ialah bahawa kegagalan untuk memulihkan keyakinan orang ramai
terhadap keberkesanan, kebebasan dan profesionalisme institusi-institusi
utama negara sama ada pihak kehakiman, polis, kamar Peguam Negara,
Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, Suruhanjaya Pilihan Raya dan
sebagainya.
Keengganan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menubuhkan satu
judicial tribunaluntuk menyiasat dakwaan serius yang dibuat oleh bekas
pegawai polis peringkat tertinggi termasuk bekas pengarah CCID, Datuk
Ramli Yusuff, bekas pengarah CID Kuala Lumpur Datuk Mat Zain mengenai
salah guna kuasa, subversion of the rule of law, perversion of the
court of justice semua tuduhannya sangat serius yang ditujukan kepada
Peguam Negara Tan Sri Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri
Musa Hassan sampai kepada pemalsuan publication of evidence dalam
insiden mata lebam Dato' Seri Anwar Ibrahim, perbicaraan Dato’ Seri
Anwar Ibrahim pada tahun 1998, usaha menyelamatkan Tajuddin Ramli dari
MAS serta maklumat terkini mengenai kes lima tahun yang ganjil yang
kononnya melibatkan pegawai-pegawai paling berkuasa di negara ini Peguam
Negara serta seorang ketua penjenayah yang mengaitkan juga Timbalan
Menteri masa itu Timbalan Menteri Dalam Negeri Dato' Wira Mohd. Johari
bin Baharum telah membangkitkan pelbagai persoalan mengenai komitmen
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri terhadap kedaulatan undang-undang.
Adakah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan terus mengelakkan dari
mengambil satu pendirian sungguhpun dakwaan-dakwaan ini amat serius dan
mendakwa bahawa pegawai-pegawai undang-undang dan polis tertinggi the
chief legal and police officer of the land iaitu Peguam Negara dan Ketua
Polis Negara masa itu merupakan penjenayah, the Chief Legal Officer of
the land, the chief Police Officer of the land were criminals of the
country, were themselves criminals, merupakan penjenayah?
Hanya baru-baru ini dan Peguam Negara yang sama masih berada di
jawatannya dan saya harap bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri
akan datang untuk menjawab tuduhan yang begitu serius yang memberi kesan
yang tidak baik untuk imej negara ini. Ini yang mustahak kalau kita
mahu mengelakkan kesilapan-kesilapan yang lampau kita perlulah memulakan
dengan bab yang baru.
Sekian, terima kasih
Ucapan Lim Kit Siang macam dalam
Hansad Parlimen pada 22 Mac 2012.
Komen aku:
Hangpa perasan dak, ucapan Lim Kit Siang ni takdak gangguan langsung kecuali
[Tepuk]. Kalau ada sapa-sapa menyampuk contohnya, dalam Hansad akan ada tercatit.
Yang aku herannya mana pi 'pejuang bangsa' macam Zul Kulim yang sebelum
ni lantang tuduh Kit Siang yang mencetus rusuhan 13 Mei tu?
Berkaitan