Pemuda PAS menjangka, harga minyak Ron 97 dinaikkan 30 semalam bertujuan untuk membolehkan ianya diturunkan dalam Belanjawan hujung bulan ini.
Naib Ketua Pemuda PAS, Raja Ahmad Iskandar Al Hiss (gambar)membuat jangkaan itu dalam kenyataannya kepada Harakahdaily.
"Apa yang kami dapat lihat, Barisan Nasional (BN) akan menjadikan Perbentangan Belanjawan Negara pada hujung September ini untuk menggambarkan membela rakyat dan kemungkinan RON97 akan diturunkan harganya?" kata Raja Ahmad.
Kemungkinan ini dapat dilihat ekoran kekerapan kenaikkan harga petrol RON97 yang memberikan kesan sokongan kepada BN.
"Kami turun menjangkakan harga RON95 juga akan diturunkan oleh BN bagi mengembalikan sokongan kepada mereka menjelangnya Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13!" katanya.
Dewan Pemuda PAS Malaysia juga menyifatkan harga minyak petrol RON97 naik 30 sen kepada RM3.00 seliter bermula awal September baru-baru ini tidak mendahulukan rakyat terutamanya dan ianya dilakukan secara tidak dihebahkan meluas melalui Menteri yang bertanggungjawab.
Ini berlainan jika pengumuman penurunan harga petrol akan dihebatkan secara meluas dan sudah tentunya Menteri yang terlibat akan membuat satu sidang media khas disifatkan hanya ‘berlakon’ sahaja.
Pada tahun ini sahaja, harga petrol RON97 telah naik 10 sen dengan harga barunya RM2.50 seliter pada awal Januari yang lalu.
Dan pada awal April yang lalu, harga seliter RON97 berharga RM2.60 setelah ianya naik 10 sen.
Ini tidak termasuk naik 10 sen selepas bulan April setelah dinaikkan dan sebelum dinaikkan pada awal September ini.
Jika dilihat pula pada tahun lepas, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini.