Saturday, September 8, 2012

KG. PULAU JUAR KINI HAK PAS, UMNO BERKUBUR


Kg. Gajah 8 Sep. 2012, semalam tepat jam 10.00 malam, Kampong Pulau Juar / Kg. Raja dalam Parlimen Pasir Salak dan di DUN Kampong Gajah gempar dengan perubahan minat pendudukanya untuk tidak lagi berminat dengan UMNO sebaliknya menerusi wakil mereka En. Abdul Rahmah bin Abdul Karim dan En. Sapawi mereka menyerahkan 40 borang ke ahli untuk menyertai PAS.
Rakaman setinggi-tinggi pehargaan atas kehadiran semua pihak khusus kepada YB Dato Sri Niza serta kerabat dari PR. Kehadiran yang bagini ramai sudah pasti ianya memberikan satu kekutan kepada parti serta rakan-rakan dalam PR untuk menghadapi PR 13 itu nanti.


Sdr. Mustaffa Kamil Ayub, Majlis Pimpinan PKR
Sebagai anak tempatan, majlis yang diadakan pada malam ini sungguh memberi erti dan ianya melambangkan satu perubahan politik tanah air, insyaalah pada PRU13 nanti, Gagasan PR akan ke Putra Jaya, jamuan raya kali ini melambangkan adanya kekuatan untuk PR bergerak ke sana. Tahniah kepada rakan-rakan di kampong Pulau Juar yang telah berjaya " mematikan " UMNO cawangan ini. Insyaallah dengan kerja kuat lagi, dan kita pastikan semua UPU seluruh parlimen Pasir Salak memastikan kemenangan memihak kepada PR dan sudah tentu Putra Jaya milik PR. Sebagai rakyat kita tidak mampu lagi di tipu oleh UMNO, sudahlah 55 tahun kita di "abdikan" dan cukuplah setakat itu.

Kedua-dua gambar yang di paparkan adalah keadaan hadiran pada malam itu, adalah diandaikan seramai 1500 orang hadirin turut sama, kalau di lihat dari segi kehadiran yang tidak perlu disediakan bas, atau baju t atau wang tambang cuma makan jamuan raya ianya sungguh menggalakkan. Sudat tentu kehadiran malam ini memberikan satu tamparan hebat kepada UMNO, tambahan pula seramai 40 orang penduduka kampong ini yang menyerahkan borang menyertai PAS. Matlamat penduduk di sini ialah untuk memastikan UMNO di tumbangkan.


Sebelum YB Dato Sri Niza tampil untuk menyampaikan ucapan, beliau sempat juga menandatangani di plug pelancaran Majallah du'aat ( suara seruan rakyat marhaen ) terbitan Dewan Muslimat Pas Kawasan Pasir Salak. ( gambar YB Dato Sri sedang menandatangai plug diperhatikan oleh Ketua Muslimat dan YDP Pas Kawasan ).

Sebagaimana biasa, semasa berucap, beliau terus memberikan info terkini kaitan dengan permasalahan yang berlaku khusus kaitan dengan bila PRU13 akan diadakan. Memang di ketahui umum tarikh piliharaya di Malaysia adalah hak mutlak PM, hanya PM sahaja yang tahu bila inya akan diadakan.

Adalah di harapkan pada PRU13 nanti, semua orang Malaysia ( Melayu, Cina & India serta kaum-kaum lain ) amat perlu untuk memberikan sokongan kepada PR ( Pakatan Rakyat ) ini jelas di mana keadaan negara kini amat memerlukan satu kerajaan yang bersih, rakyat tidak perlu lagi memberikan mandat kepada UMNO, UMNO sudah hampir 60 tahun memerintah, dan di usia ini sepatutnya ia sudah di rehatkan. 

Sebagai gandingan PAS dan DAP yang sering di war-warkan sabagai " parti suruhan " kepada DAP, YB Niza menjelaskan bagaimana kedudukan sebenar, siapa yang sebenarnya menjadi orang suruhan. Isu kaitan dengan HUDUD memang jelas terpapar di mana UMNO perlu akur dengan " kurang ajar " MCA dalam penentuan pelaksanaan hukuman tersebut. Selain itu, beliau juga memaklumkan bagaimana Hassan Aqidah di gugurkan keahliannya dalam PAS.


Akhirnya beliau juga mengucapkan syabas kepada jawatankuasa kerja yang berjaya menganjurkan program malam ini serta di doakan moga-moga keakraban antara saudara berterusan sehingga dapat memenangkan calun-calun dari PR. Terima kasih dan wasallam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...