Saturday, January 5, 2013

SEJARAH SOLAT 5 WAKTU



Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia
ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat Nabi Muhammad telah diperintahkan
untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap
umat Nabi Muhammad di mana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan
kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

SUBUH
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s, iaitu ketika baginda keluar dari
syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut
yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keuar, Nabi Adam a.s, pun bersembahyang dua rakaat.
i) Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam,
ii) Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

ZOHOR
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s, iaitu tatkala Allah SWT telah
memerintahkan padanya agar menyembilah anaknya Nabi Ismail a.s,. Seruan datang pada waktu tergelincir
matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
i) Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
ii) Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
iii) Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
iv) Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s, tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah
SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah
masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah
diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
i) Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
ii) Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
iii) Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
iv) Rakaat keempat: kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB
Manusia pertama yang mengerjakan solat maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh
Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari.
Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
i) Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
ii) Rakaat kedua: untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang
telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
iii) Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahaw tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT
semata-mata, tiada dua atau tiganya.

ISYAK
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s..
Pada ketika itu, nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya
penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu
Isyak yang terakhir. Lalu sembahyanglah nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
i) Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
ii) Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
iii) Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
iv) Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun.

Firman Allah swt:
Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya).
(Al-'Ankabuut 45)

Firman Allah swt:
Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya; Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi. Yang akan mewarisi syurga firdaus; mereka kekal di dalamnya.
(Al-Mu'minun 9,10,11) \

Rasulluallah saw Bersabda:
Yang pertama dihisab dari hamba dihari kiamat dari amalnya ialah solat. Jika baik, maka dia telah berjaya, lulus. Dan jika rosak, maka dia telah gagal, rugi. Jika ada sesuatu yang kurang dari solatnya, lihatlah adakah ada padanya amal sunat, maka disempurnakan apa yang kurang dari solat tadi.
(Hr at-Tirmidzi, Hasan)

Wallahuallam....!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...