Monday, December 3, 2012

Gadis sunti diraba 'polis' dalam tandas sekolah

Gambar hiasan
MELAKA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang sedang berjoging di tepi pantai mendakwa beliau telah dicabul oleh seorang lelaki yang mengaku dirinya seorang pegawai polis.

Budak perempuan tersebut mendakwa ketika beliau sedang berjoging seperti biasa di sepanjang Pantai Puteri di Tanjung Keling beberapa hari lepas, beliau telah diarahkan berhenti oleh suspek yang memperkenalkan dirinya sebagai pegawai polis.

Suspek kemudian bertanyakan arah dan mengajak mangsa menunggang bersamanya untuk menunjukkan jalan. Suspek kemudiannya membawa mangsa ke sebuah sekolah menengah beberapa kilometer dari pantai tersebut.

Setibanya di sekolah tersebut, suspek mengarahkan mangsa untuk membuat ujian air kencing kerana dakwa beliau, mangsa disyaki penagih dadah. Suspek kemudian memaksa mangsa menggunakan tandas dan kemudian meraba kemaluannya.

Ketika suspek sedang membuka zip seluarnya, mangsa telah lari keluar dari tandas dan menjerit meminta tolong.

Suspek kemudian terkejut dan ketakutan terus memecut dengan motorsikalnya.

Mangsa memberitahu ibu bapanya dan kemudian membuat laporan di Balai Polis Tanjung Keling. Beliau juga mendakwa suspek telah mengambil gelang, cincin dan telefon bimbitnya.

Penolong OCPD Melaka Tengah, Supt Muhammad Koey Abdullah mengesahkan laporan tersebut.

The Star
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...