
Wajib tonton....
Inilah video yang paling jelas menjawab segala tohmahan pecacai gerombolan terhadap keganasan pendemo Bersih terhadap Polis....
Jelas, kereta Polis yang hilang kawalan merempuh sekumpulan pendemo yang duduk di hadapan Sogo sebelum merempuh tembok simen.
Masaalahnya,
Pertama, pasai apa kereta Polis tu bangang sangat memsauki laluan para pendemo. Adakah ini telah dirancang sebagai provokasi terhadap para pendemo?
Kedua, kenapa pulak pemandu kereta Polis waja tu dah siap-siap pakai helmet bawak kereta. Macam ngan dah tau nak kena belasah jaa...?
Ketiga, sapa sebenarnya si mamat pemandu kereta Polis tue.... siap ngan pakai seluar pendek lagi bawak kereta Polis.... special sangat ka mamat tu dalam PDRM?
Keempat, apa misi sebenarnya si mamat tu dapat dari boss dia sebelum ke laman berdepan dengan pendemo....
Woii... korang tak rasa pelik ka? Sesekali aku tengok dah macam kamikaze pun ada.... - TerHot
Siapa Mereka ini???
Pernah dengar apa itu SB?
Pernah dengan apa itu provokasi?


Kenapa Mereka Tidak Memakai Baju BERSIH? Kenapa Mereka Nampak Teruja Sangat Memecahkan Sekatan Polis? Siapa Kenal Mereka2 Ini?? Baca SINI

Pengakuan Zaharin Mohd Yasin, Setiausaha UMNO Bandar Tun Razak membuka cerita..
Bacalah apa yang di tulisnya dalam wall FB miliknya Di Sini…
BERSIH 3.0: Siapa Pemandu Kereta Polis Pakai Topi Keledar Dan Seluar Pendek?
Tragedi
perlanggaran kereta peronda polis dengan peserta Bersih semalam di
Kompleks Sogo dijadikan sandaran utama bukti kununnya keganasan
dimulakan peserta himpunan yang bertempiaran lari setelah tembakan gas
pemedih mata pusingan pertama dilepaskan tepat jam 3.01 petang.
Namun untuk membuktikan bahawa media pencacai Umno-APCO sebenarnya berbohong,
contohnya pada Bersih 2.0 gambar 'peserta' diubah imej, kali ini
kecekapan pihak media dan orang awam merakamkan saat-saat insiden
berlaku sangat menggusarkan Umno-APCO kembali.
Fitnah yang dilempar kununnya
peserta Bersih menterbalikkan kereta peronda adalah hakikat bahawa
seorang peserta telah terperangkap di bawah kenderaan itu dan apabila
pemandunya keluar, terbongkarlah sebenarnya siapa yang menipu.
Pemandunya memakai
baju t berwarna kelabu, memakai topi keledar berwarna hitam yang hanya
dipakai sekiranya berlumba di litar dan berseluar pendek serta bercermin
mata hitam seolah-olah menyamar menjadi salah seorang dari peserta
himpunan.
Dan
saksi kejadian turut menceritakan selepas keluar dari kereta yang remuk
akibat hentaman kuat mengenai tangga kompleks tersebut, pemandunya cuba lari setelah dibelasah teruk oleh peserta himpunan yang menyedari ada jasad terperosok dibawah kereta itu, dan disambut oleh seorang penunggang motosikal yang sudah sedia cabut lari, apakah ia kebetulan semata-mata?
Taktik
sebegini agak baru, tetapi tidak sukar untuk kita meneka siapa
sebenarnya penjenayah yang dilesenkan Umno-APCO untuk melakukan
keganasan.
Polis
Cawangan Khas (SB) sebenarnya adalah dalang yang bertindak sebagai agen
yang menyamar menjadi 'peserta' sebagaimana yang dilakukan rakan mereka
sewaktu kawat duri dipotong sejurus Anwar Ibrahim tiba di Jalan Tun
Perak kurang sejam sebelum insiden berdarah ini berlaku.
Rakaman
video dari pelbagai sumber membuktikan media pencacai Umno-APCO sudah
tidak lagi beretika dalam melaporkan berita hingga terpaksa menipu
kununnya hanya 3000 peserta yang hadir sekaligus gagal mencapai
matlamatnya.
Sedangkan laporan dari Reuters misalnya, menganggarkan lebih 25 ribu atau lebih, BBC turut menganggar lebih 50 ribu dan Al Jazeera 75 ribu.
Persoalannya di sini:
1) Mengapakah hanya jurugambar media pencacai Umno-APCO seperti Utusan dan Berita Hairan tidak dirampas kamera dan kad memori mereka sedangkan wartawan Al Jazzera dan Malaysiakini terpaksa berputih mata melihat harta mereka dirosakkan sekelip mata?
2) Apakah Standard Prosedur Operasi (SOP)
polis terbaru mula diaplikasikan dengan merampas bahan bukti bergambar
dan video sebagai satu langkah melindungi keganasan mereka?
3) Siapakah sebenarnya yang memberi arahan
sekejam ini dengan mengarahkan anggota bawahan yang menyamar sebagai
peserta menggunakan harta awam seperti kereta peronda untuk mencetuskan
provokasi dan melanggar orang awam sesuka hati hingga cedera parah?
Ternyata
dua anggota polis yang cedera tidak mampu melawan kecederaan rakyat
yang beribu kali ganda lebih teruk hingga kununnya menagih simpati
rakyat atas keganasan yang mereka sendiri mulakan.
Bukti paling jelas, pada jam 635 petang, puluhan
'peserta baju t Bersih' menedang kon milik polis ke arah polis
beruniform tanpa ada sebarang tangkapan di hadapan ibu pejabat bank
milik Singapura, OCBC di Jalan Tun Perak.
Provokasi
yang dicetuskan dengan cara sebegitu menyebabkan polis beruniform dan
meriam air mara kununnya untuk menembak air ke arah 'peserta' tetapi
sebenarnya disasarkan ke arah peserta Bersih tulen yang berkumpul di
perkarangan Masjid Jamek.
Apa yang tinggal lagi dengan pasukan polis kita di bawah Menteri Dalam Negeri yang juga sepupu Najib, Hishamuddin Hussien?
Integriti? Profesionalisme? MESRA RAKYAT????
Tepuk dada tanyalah iman.
Seorang
saksi memaklumkan, tindakan penunjuk perasaan terbalikkan kereta
peronda polis adalah untuk menyelamatkan orang yang terperangkap di
bawah kereta itu selepas dilanggar.
Ia
berlaku selepas kereta peronda itu semacam hilang kawalan dan melanggar
tiga orang termasuk seorang gadis Cina sehingga gadis malang itu
terperosok di bawah kereta itu.
Untuk menyelamatkan orang yang terperangkap di bawah kereta itu, mereka beramai-ramai menterbalikkan kereta peronda polis.
(Kereta peronda polis yang remuk teruk di hadapan selepas melanggar tembok Sogo dan tiga peserta perhimpunan. Ia menunjukkan ia dipandu dengan laju sebelum melanggar peserta perhimpunan.)
Menurut
seorang aktivis dari Terengganu yang menyertai perhimpunan hari ini,
kejadian itu berlaku di depan mata beliau berhampiran pasaraya Sogo.
"Ambe (maksudnya saya) petang (tadi) jadi saksi kejadian polis rempuh pendemo. YA! Memang
ade provokasi tapi setelah check-check, rupanya yang start lempar botol
air mineral kat kereta polis tu adalah Sahabat Bodoh (SB)...!
"Mana tak mengamuk polis tu sampaikan sanggup rempuh dengan laju orang awam di hadapan SOGO.
"Berita
yang menyatakan ada meninggal tidak benar sama sekali, tiga yang
dilanggar parah, seorang wanita cina terperosok bawah kereta polis,
sebab tu orang ramai terbalikkan kereta polis, sebab nak selamatkan
wanita tu.
"Polis pun tak dak yang meninggal, walaupun dibelasah dengan agak teruk orang ramai yang tidak puas hati mereka langgar pendemo.
"Persoalannya sekarang kenapa polis tu sanggup rempuh orang ramai dengan laju, sampai retak dinding tangga SOGO tu.
"Suasana pilu, tangisan kedengaran melihat insiden itu.
"Ya, memang ada yang mulakan provokasi, dah kejar orang tu tapi tak sempat sebab dia naik motor lari," cerita saksi itu dalam facebooknya.
Cerita yang beliau tulis itu amat sepadan sekali dengan video yang disiarkan oleh Malaysiakini .
Ia
dapat disahkan apabila seorang wanita yang bersuara nyaring dalam video
ini berkata, "Astaghfirullah... angkat-angkat" sementara seorang lagi
peserta demonstrasi melihat ke bawah kereta peronda polis itu.
Melalui video yang lain pula, pemandu kereta polis itu dilihat memandu secara laju.
Kereta itu kemudiannya merempuh orang ramai yang berada di sekitar Sogo itu dan kemudiannya merempuh tembok.
Orang
ramai membelasah pemandu yang bertopi keledar itu tetapi membawa keluar
dengan baik anggota polis yang turut berada dalam kereta itu.
Kereta itu kemudiannya diterbalikkan kerana menganggap masih ada orang yang terperangkap di bawah kereta itu.
DENGAR SENDIRI PENGAKUAN SAKSI KEJADIAN!!
SIAPA SEBENARNYA PEMANDU KERETA PERONDA POLIS??
"Ini dia cerita kenapa dan mengapa terjadinya aksi rempoh.
Jika
dilihat pada gambar sepasang kaki sedang menghala ke atas dan kepala ke
bawah hasil akibat dirempoh proton waja Polis yang bertugas hari itu?
Kenapa Polis merempuh mereka itu?
Maka
jawab mereka yang menyokong tindakan polis itu setelah melihat video di
Youtube selama seminit dan ditambah pula dengan hajinamoto TV3 maka
mereka beranggapan polis yang memandu itu tidak bersalah. Polis itu
hilang kawalan dan ada juga yang kata polis itu pensang. Mana mereka
dapat maklumat ini adalah setelah melihat video di youtube.
Mereka tahu apa kisah sebenar yang terjadi?
Mereka
kata polis telah diserang dan menyebabkan polis itu lintang pukang lari
dan akhirny hilang kawalan dan merempoh mereka yang berada ditepi jalan
itu. Mana mereka dapat maklumat? Adakah mungkin setalah mereka membaca
blog yang paling hebat penyebar fitnah iaitu blog Papa Gomo.
Ini cerita sebenarnya.
Selepas
polis melepaskan gas pemedih mata maka berkeliaranlah lari para peserta
himpunan BERSIH 3.0 untuk menyelamatkan diri. Ketika itu, ramai yang
sudah menangis dan muntah-muntah kerana gas pemedih mata kali ini
kandungan bahan kimianya lagi teruk berbangding dengan gas yang
digunakan semasa menghalau peserta himpunan BERSIH 2.0.
Namun
rezeki peserta ini baik maka sebuah lari berhenti dan memberi air
mineral. Berkotak-kotak botal air mineral air telah diberi dan jika
dirujuk pada gambar banyak kotak air mineral disitu.
Sedang
mereka cuba pulihkan kesengsaraan untuk bernafas dan susah untuk
melihat maka lalu 2 buah kerata waja polis. Sebuah kerata hanya lalu
dengan perlahan dan tiada apa berlaku pada sebuah kerata waja pertama
itu.
Namun
berbeza kerata waja yang kedua ini,pemandu kerata itu telah menimbulkan
provokasi dengan membunyikan hon dan menyebabkan peserta hilang sabar
dan membaling botol mineral. Tidak dinafikan ada juga yang bertindak
ganas sehingga menendang kereta waja itu sehingga kereta itu kemak.
Mungkin
agak terlalu takut lalu kereta waja itu memecut lacu sehingga hilang
kawalan dan meyebabkan kerata yang dipandunya itu merempoh peserta yang
tidak terlibat dalam upacara membaling botol itu. Ini kerana kereta waja
itu tidak bergerak terus ke depan tetapi membekok ke bahu jalan
sehingga ada yang tercedera dan diantaranya adalah wanita mengandung.
PERSOALAN?
Kenapa
polis perlu timbulkan provokasi dengan membunyi-bunyikan hon atau
pelbagai lagi provokasi. Adakah polis yang bertindak hari itu mengikut
SOP Polis yang sebenar dan bukankah tugas polis ialah mengawal keadaan
sehinggalah keadaan tidak terkawal barulah Polis boleh bertindak dan itu
pun masih memerlukan SOP dan bukannya menggunakan undang-undang hutan!"
oleh Jeming Hassan Full - KLIK SINI